Bab 27

78 4 0
                                    

     Kereta dipandu memasuki halaman rumah sebelum berhenti di belakang kereta Tuan Ariffudin.Enjin dimatikan sebelum but kereta dibuka,pintu kereta dibuka serentak sebelum Aisya dan Arief keluar.Masing-masing pergi ke arah but kereta untuk mengambil beg pakaian dan apa yang patut.

Pintu rumah dibuka dari dalam saat mereka berjalan menghampirinya.Puan Ana keluar degan wajah gembira sambil di sisinya berdiri Nek Yah yang sudah memanggil nama dua beradik itu.Aisya dan Arief terus bersalaman dengan dua wanita itu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Ayah."tegur Aisya sambil menghulurkan tangan kepada Tuan Ariffudin yang ralit membaca surat khabar di ruang tamu.

Lelaki yang sudah memasuki pertengahan 50-an itu menyambut salam yang dihulurkan anak perempuannya diikuti anak lelakinya.Aisya membiarkan Arief membawa begnya ke bilik sedang dia menuju ke dapur untuk membuat air kopi.

Botol yang menempatkan beberapa pek kopi kecil dicapainya bersama gelas bersih yang berada di atas rak. "Aisy buat apa?"soal Puan Ana sambil memegang bahu anaknya.Aisya berpaling sebelum tersenyum,tanpa perlu berkata-kata dia sekadar menunjuk ke arah pek kopi yang telah dikeluarkan.

"Tak payah buat.Kat atas meja tu ada satu jag air kopi yang ayah buat."kata Puan Ana sebelum berlalu ke singki untuk menyiang ikan yang baru dibelinya pagi tengah hari tadi.

Aisya menyimpann kembali pek kopi ke dalam bekas sebelum membawa gelas ke arah meja makan.Jag yang berisi air kopi itu dicapai sebelum dituangkan memenuhi gelasnya.Arief menuruni anak tangga selajur melangkah keluar dari rumah.Dia masuk semula dengan di tangan membawa tiga keping sampul surat dan sehelai bil.

Saat melepasi Aisya,dia meletakkan salah satu sampul surat di hadapan kakaknya itu.Selebihnya diletakkan di atas kabinet dapur untuk diperiksa oleh Puan Ana.

"Aku nak pinjam laptop kau untuk tengok movie Tokyo Ghoul.Alang-alang kau busy nak fikir siapa si penghantar surat tu."kata Arief mengambil kesempatan yang ada.

Aisya sekadar bersetuju dan membiarkan Arief mengambil komputer ribanya.Itu perkara biasa jika adik-adiknya meminta komputer riba adalah semata-mata untuk menonton filem yang telah dimuat turunnya.Kadang-kadang mereka akan meminta untuk muat turun beberapa filem yang dicadangkan oleh orang lain.Jadi terpaksalah Aisya menurut tetapi sebelum melakukan muat turun dia sendiri perlu tahu filem tersebut berkaitan apa kerana risau jika kandungannya tidak baik.

"Ibu,Aisy naik atas dulu."kata Aisya memberitahu ketika meletakkan gelas ditepi singki.

Pantas dia mendaki anak tangga menuju ke ruang tamu tingkat atas,kipas dibuka untuk menghilangkan kepanasan yang dirasai.Arief melangkah keluar daripada biliknya sambil menyandang beg komputer di bahu.Dia masuk ke dalam bilik sendiri tanpa menutup pintu.

Aisya langsung membiarkan adiknya itu melakukan hal sendiri.Sampul surat berwarna coklat cair yang berada dalam tangannya itu dipandang seketika.Tidak punya alamat namun tertera namun penuhnya yang ditulis dengan tulisan tangan.

'Mesti orang tu hantar sendiri surat ni tanpa guna pos laju.'Aisya mengagak mengikut apa yang dapat dilihatnya.Surat tidak ada alamat biasanya akan diasingkan untuk memanggil si penghantar semula bagi menetapkan alamat penerima.

Surat tersebut dibuka dan di dalamnya terdapat sehelai kertas berlipat.Ditarik kertas tersebut keluar sebelum seutas rantai jatuh ke atas kakinya.Aisya menunduk mengambil rantai itu selajur dibelek-beleknya.Rantai berwarna perak dengan hiasan berbentuk hati yang berukir namanya itu memukau mata.

Aisya kembali menatap surat tadi,lipatannya dibuka sebelum isinya dibaca perlaha cukup untuk pendengaran sendiri.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now