Bab 49

95 4 0
                                    

Hari itu kandungan Aisya genap lima bulan, dia perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan seperti biasa. Arief yang sepatutnya membuka kafe sengaja menutupnya dan memberikan cuti kepada semua pekerja. Dia mahu menemani Aisya bertemu doktor pada hari tersebut.

"Alhamdulilah. Kandungun Puan Aisya sihat tapi ibunya yang nampak kurang sikit. Makin susut badan ni kenapa?" soal doktor yang juga merupakan kakak kepada Arif Arsyad.

Aisya tersengih sedang Arief di sisi menggeleng dengan perangai kakaknya itu. "Mana tak susut doktor kalau orang suruh makan dia ambil sesuap je lepas tu dah tak nak makan lagi." balas Arief sebelum menerima cubitan istimewa daripada Aisya.

"Alah Kak Diana ni. Tak seleralah nak makan bukan macam waktu awal-awal pregnant tu." kata Aisya yang sengaja memberikan alasan untuk tidak dimarahi.

Diana memandang geram dengan gadis itu, bukan dia tidak tahu yang Aisya sebenarnya masih bersedih dengan keadaan Amirul. Tangan Aisya dicapai selajur diusap lembut. "Tak boleh tau macam ni, Aisy kena makan banyak sikit nanti baby tak cukup khasiat. Vitamin pun Aisy kena makan sekali. Aisy kan sayang Mirul jadi mesti Aisy sayangkan baby juga." pujuk Diana yang sentiasa berjaya membuatkan Aisya berlembut hati untuk mendengar nasihat tersebut.

Usai mengambil vitamin di kaunter, Arief membawa Aisya menuju ke keretanya. Lelaki itu memandu kereta menuju ke lebuh raya. "Kau betul nak pergi sana?" soal Arief meminta kepastian daripada kakaknya.

"Ya. Aku nak stay kat sana." jawab gadis itu sambil memandang skrin telefon yang memaparkan gambar Amirul pada hari itu. Suaminya kelihatan tenang dalam keadaan koma sedangkan dia sebagai isteri masih menanti dalam sendu dan harapan agar Amirul kembali sedar secepat mungkin.

Arief memandu kereta menuju ke Lapangan Terbang Senai walaupun dia berasa berat hati untuk melepaskan Aisya pergi namun dia tidak boleh menghalang kehendak kakaknya itu. Aisya berhak ke atas diri sendiri dan jika apa yang dilakukan kakaknya itu akan memberi kegembiraan buat si pemilik tubuh dia rela membiarkan gadis itu pergi.

"Betul tak nak bagitahu aku mana kau nak pergi?" soalan yang sama sejak seminggu lalu dia akan bertanya meskipun jawapan yang diterima tetap sama. Arief melepaskan keluhan berat melihat Aisya menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Aku ok kat sana nanti. Jangan risau," Aisya cuba menyakinkan adiknya itu. Arief yang lebih tinggi daripadanya membuatkan Aisya sedikit sukar untuk mengusap rambut lelaki itu.

Arief mengukir senyuman paksa walau hati tidak rela. Aisya memasuki balai berlepas meninggalkan Arief yang memandang kelibat kakaknya buat kali terakhir. 'Tolonglah balik cepat. Tak ada siapa nak hilang kau, Aisya.' bicaranya di dalam hati dengan mata yang berkaca.

Entah mengapa dia merasakan itulah pertemuan terakhirnya dengan Aisya. Gadis itu bagai meninggalkan segala-galanya di Johor Bahru termasuklah cinta buat Amirul. 'Ya Allah, lindungilah kakak aku.' doanya sebelum melangkah pergi dengan membiarkan Aisya membawa diri.

~~~

Dia terjaga daripada lena yang begitu lama, mata memerhati ke arah kiri untuk mencari seseorang namun tidak kelihatan. Dia bangun sebelum duduk melunjur di atas katil, tangan kanan yang bersambung dengan wayar menjadi tatapan. Tangan kiri diangkat memegang kepala, berbalut dengan kain sama seperti lengan kanannya. Selimut yang menutupi sebahagian tubuh terus dicampak ke tepi.

Tubuhnya juga berbalut dengan kain yang sama. 'Aisya?' nama itu menerjah kepalanya tanpa disangka. Amirul mencabut wayar di tangan kanan serta beberapa wayar lain yang menghubungkan dengan monitor yang memaparkan nadi lelaki itu.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now