Bab 22

96 3 0
                                    

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke ruang tamu. "Lap mata kau tu,jangan ada kesan menangis pun."pesan Amirul ketika berjalan meninggalkan Aisya di belakangnya.Aisya sekadar akur dan terus mengelap sisa air matanya sebelum mengambil tempat di sebelah Amirul di sebuah sofa namun kedudukan mereka sungguh jauh dengan di tengah-tengahnya tiada sesiapa.

"Mirul kata yang Aisy dengan dia dah lama kenal.Betul ke?"soal Puan Ana kepada anak perempuannya itu.

Aisya sekadar menggangguk dan mengucapkan 'ya' dengan nada perlahan.Amirul langsung tidak melepaskan pandangan matanya daripada Aisya yang menikus di hujung sofa.

Pandangan matanya dibawa ke seluruh ruang rumah sedang Aisya dibiarkan sepi. "Mirul cakap yang dia nak tunang dalam masa lima bulan je.Lagipun dia orang dah kenal lama jadi tak susahlah."Puan Syafiqah berkata bagi pihak anak lelakinya itu.

Amirul dari awal lagi telah berkata yang dia sama sekali tidak akan bercakap berkaitan hal kahwin,dia cuma akan menjawab jika disoal dan dia akan bercakap bila ibu atau ayahnya tidak dapat menjawab sesuatu persoalan itu.

"Tak apa ke lima bulan je tunang? Aisy ada lagi satu sem sebelum dapat ijazah.Tak boleh ke..."Aisya terus memberhentikan kata-katanya tat kala mata menatap wajah Amirul yang memandangnya.

"Aisy ada enam bulan je untuk dapatkan ijazah dalam masa tu adalah lebih baik bertunang.Sekurang-kurangnya tak adalah orang cakap yang Aisy ni anak dara tak laku."Arief dan Aris yang mendengar sudah menahan gelak masing-masing.

"Ayah..." "Apa kata biar Mirul cakap dengan Aisya kat luar sekejap."pantas sahaja Amirul memotong kata-kata Aisya.

Kedua-dua orang tua mereka mengizinkan dengan begitu mudah.Aisya sekadar berjalan di belakang Amirul menuju ke luar rumah sehinggalah mereka tiba di kereta milik Aufa.Sengaja Amirul membawa Aisya ke situ kerana dia tidak mahulah perbincangannya dapat didengari oleh orang yang tidak sepatutnya.

"Kau ni terima je lah!"marah lelaki itu dalam nada yang cuba diperlahankan.Aisya pula sudah memalingkan mukanya daripada menatap wajah Amirul.

"Kenapa awak perlu muncul balik?"soalan Aisya membuatkan Amirul mengukir senyuman sinis.Gadis tersebut dihampirinya sebelum dia merapatkan tubuh Aisya ke pintu kereta dengan tubuhnya menghimpit tubuh Aisya.

Dahi Aisya disentuhnya dengan jari jemari,dia cuba mencari kesan parut yang pernah ditinggalkan dahulu namun kesan tersebuut telah tiada.Sakit hatinya kerana Aisya sanggup membuang parut tersebut.Kepala Aisya terus ditolak kasar sehingga terhantuk pada pintu kereta.

Amirul bertindak memegang kedua-dua belah lengan Aisya dan mencengkamnya dengan kuat.Rasa sakit di kepala Aisya akibat terhantuk kini ditambah dengan cengkaman Amirul serta himpitan tubuhnya. "Sakitlah...tepilah sikit,"Aisya cuba menolak Amirul ke belakang namun tubuhnya tidaklah sekuat mana untuk menentang Amirul.

"Mana parut kau?"keras suaranya bertanya dengan wajah bengis yang penuh kebencian.

Aisya teragak-agak untuk menjawab pertanyaan tersebut, "Aku tanya tu jawablah!"belum sempat Aisya bersuara Amirul sudah menengking.Terhenjut sedikit tubuh kecil Aisya kerana terkejut.

"Dah tak ada.Saya letak Bio Oil untuk hilangkan parut kat dahi tu."jawapan Aisya menambahkan lagi amarah di hati Amirul yang sedia terbakar.Perlahan-lahan Amirul menjatuhkan kepalanya di bahu kiri Aisya.

Gadis itu ternyata tidak selesa diperlakukan sedemikian rupa. "Parut yang aku bagi kau pulihkan tapi darah Si Aqid tu kau tak nak pula buang."jelas kata-kata itu diungkapkan oleh Amirul tepat di cuping telinganya yang terselindung di balik tudung.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now