Bab 1

428 14 1
                                    

     Renungan diarahkan ke luar tingkap,langit biru ditambah dengan putih awan membawa dirinya dalam imaginasi tanpa arah.Perlahan Arief menapak masuk ke dalam bilik kakaknya, "Akak,"terbantut Aisya daripada berangan di petang hari apabila adiknya memanggil.

Pantas dia bangun selajur menghampiri meja belajar dan mengambil sepucuk surat yang diletakkan ke dalam sampul. "Akak setuju ikut kau pergi kem minggu depan tapi ada syarat."gadis itu berkata sambil berjalan ke sisi katil tempat adiknya duduk.

"Sekotak coklat penuh."Arief menyambung bicara kakaknya kerana sudah terlalu lali dengan Si Aisya yang menggemari coklat tidak kira berjenama ataupun yang biasa ditemui.Gadis itu mengukir senyuman sbelum menghulurkan sampul surat tadi kepada adiknya. "Kem berapa hari?"lima jari ditunjukkan di hadapan wajah kakaknya sebagai jawapan.

"Kak Aisy jangan lupa buat list barang-barang hari ni nanti dah nak pergi mesti ada barang yang tertinggallah,terlupa nak belilah.Sama macam bila akak nak balik asrama."sengaja diperli gadis tersebut dalam dia mengingatkannya.

"Yalah,akak tahu."dicubit lembut pipi kanan Arief namun dapat ditepis pula.Aisya menggeleng sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke tingkat bawah.

'Susah betul nak jadi reporter untuk Abang Syazwan nanti.'rambutnya dikuak ke belakang sambil memikirkan pelbagai perkara yang perlu dilakukan berdasarkan beberapa arahan daripada Syazwan dan Yusuf.

~~~

Aisya mengetuk-ngetuk kepalanya dengan hujung pen,setengah jam yang lalu dia sudah menyenaraikan barang-barang keperluan yang perlu dibawa untuk ke kem.Esok mereka sekeluarga akan keluar ke bandar untuk membeli barang lain.Pintu utama rumah dibuka dari luar sebelum Tuan Ariffudin bersama Arief dan adik bongsunya masuk sambil memberikan salam.Aisya sekadar menjawab salam tersebut tanpa berpaling ke arah mereka.

"Aisy dah siap tulis list?"pertanyaan ayahnya dibalas dengan gelengan kepala.

Puan Ana muncul daripada dapur dan menghampiri ruang tamu,ibunya mengambil tempat bersebelahan dengan Tuan Ariffudin seperti selalu.Arief sekadar duduk di atas karpet sama sepertinya manakala Aris duduk di sofa tunggal dengan meriba kucing peliharaan mereka yang diberi nama stokin.

"Arief dah siap?"adik lelakinya mengangguk sebelum mengeluarkan sehelai kertas kecil dari alam poket baju melayu.

"Dah! Aisy dah siap,nah."dihulurkan kertas yang di atasnya tertera pelbagai nama barang yang akan dibawa.Puan Ana mencapainya sebelum membaca setiap satu senarai tersebut.

Senarai barang kem

1. Baju muslimah 7X

2. T-shirt 5 X

3. Track suit 10X

4.Kasut 2 pasang

5.Tuala mandi

6.Kelengkapan mandian (Berus gigi,ubat gigi,sabun dan pencuci muka)

7.Stokin dan handsock 5X

8. Tudung hitam 6X

9. Telekung

10. Ubat-ubatan

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now