Bab 6

146 6 0
                                    

Mereka memandang kedua-dua hamba Allah yang duduk bersebelahan itu namun tetap dengan kedinginan dan amarah yang menyelubungi.Keluhan berat diluahkan oleh Syed sedangkan Aliya hanya menggeleng perlahan.Peti ubat diletakkan di hadapan Aisya dan Amirul.

"Nasiblah luka Kak Aisy tak teruk mana tapi mungkin yang dekat sini akan tinggalkan kesan parut."lembut jari jemari Aliya menyentuh luka di dahi Aisya.

"Baguslah tu biar parut memburukkan muka dia yang sedia buruk."sengaja Amirul memulakan perbalahan antara mereka.Aliya yang mendengar terus mencubit lengan abangnya itu tanda amaran.

Aisya tetap mendiamkan diri malas mahu melayan Amirul yang telah dianggap sebagai orang gila.Syed menarik jaket Amirul agar lelaki itu duduk menghadapnya kembali,ubat disapukan pada kesan-kesan luka dan hidung yang berdarah tadi hanya dilap dan dipastikan tiada lagi darah.

Ditampalkan plaster luka pada dahi serta pipi Aisya.Setelah siap segalanya barulah Aliya dan Syed menggemas semula peti ubat untuk disimpan.Aisya bangun dan ingin berlalu pergi,baru enam langkah lengannya telah direntap oleh Amirul yang memaksa tubuhnya untuk berpaling.

Dia tidak dapat menyeimbangkan kedudukannya sehingga terjatuh ke dalam dakapan Amirul.Telinganya dapat mendengar bunyi detakan jantung lelaki itu yang berdegup tenang.Entah mengapa hatinya rasa luluh secara tiba-tiba.Ditolak tubuh Amirul menjauhi tubuhnya,hatinya terasa perit begitu juga jiwanya yang terseksa.

"Apa lagi yang awak nak?!"naik terus suaranya sehingga boleh didengari dari luar dewan.

Amirul diam seribu bahasa,perilaku Aisya kali ini sangat mencabar dirinya.Gadis itu bagai memintanya untuk maju setapak daripada segala perbuatannya sebelum ini. "Kenapa kau ni emo sangat?"tenang dia bertanya sambil mengerutkan dahi.

Aisya mengalihkan pandangannya daripada terus menatap wajah Amirul. "Saya tak akan emo kalau awak tak cari pasal!"ditengking lelaki itu tanpa rasa hormat yang telah lama melayang sejak kejadian Amirul memeluknya.

Amirul yang tidak berpuas hati pantas mencubit pipi kiri Aisya,gadis itu memukul tangannya pinta dilepaskan. "Kenapa awak ni suka kacau orang?! Sakitlah!"sekali lagi Amirul mencubit pipi Aisya sehingga merah jadinya.

"Aku tak suka kacau orang tapi aku nak musnahkan hidup kau seorang sahaja."lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Aisya.Tajam matanya merenung wajah manis itu dari sisi kanan bahagian bawah.Walaupun Amirul lebih tinggi berbanding Aisya tetapi badannya lebih lentur dan boleh menunduk separas bahu gadis itu tanpa rasa sakit di bahagian belakang tubuhya.

Dengan sengaja Aisya menyiku rahang Amirul sebelum berjalan pergi.Tetapi perkara yang sama berlaku lagi cuma kali ini Amirul menarik kedua-dua belah bahunya dan mendakapnya dari belakang tanpa rasa malu di hadapan Syed dan Aliya yang melihat keadaan mereka.

"Lepaslah Mirul!"dia meronta dalam pelukan terlarang itu.Demi keselamatan dia terpaksa menyiku pinggang Amirul dan menendang pehanya.

Berjaya juga dia meloloskan diri untuk kali kedua. "Awak ni!"tapak tangan Aisya dihayun mengena pada pipi kiri Amirul.

Berpinar matanya dilempang Aisya, "Awak dahlah buat salah tapi satu kata maaf pun tak terluah! Sebab awaklah Amirul Iqram,saya dapat banyak luka.Bukan dekat muka je tapi dalam ha..."kata-katanya tergantung memikirkan semula apa yang perlu dimarahkan terhadap lelaki tidak berperasaan itu.

Ingin sahaja dia menyatakan bahawa hatinya terasa sakit yang amat tetapi memikirkan semula yang Amirul tidak akan mempedulikan semua itu adalah lebih baik dia berdiam.Air mata jatuh membasahi pipinya.

"Saya sakit! Saya sakitlah dengan sifat awak ni Amirul!"ditumbuk dada lelaki itu sekuat hatinya sebelum dia melangkah meninggalkan dewan dan terus menuju ke khemahnya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now