Bab 40

97 3 0
                                    

     Wajahnya dibasahkan untuk kesekian kali menggunakan air paip sebelum diangkat memandang cermin muka yang tersedia di dalam bilik air.Nafas ditarik dan dihembus perlahan sedang kedua-dua belah tangan menampung badan dengan memegang singki.Hatinya sungguh berdebar,jantungnya pula bagai ingin gugur.Dia sendiri tidak tahu mengapa semuanya terasa menyesak pemikiran pada saat ini.

Amirul berdiri tegak sebelum tangan kanan menguak rambut ke belakang. 'Terima kasih Aisya.Aku percaya pada kau,"ucapnya di dalam hati sebelum meneruskan hajat untuk mandi wajib.

Usai mandi dia keluar dengan memakai tuala,langkah diatur menuju ke arah almari untuk mengambil pakaian.Baru dia hendak membuka pintu almari,terhenti terus pergerakannya secara automatik apabila mendengar suara Aisya.

"Mana baju saya?"soal gadis itu yang menutup tubuhnya dengan selimut.Amirul mencebik tanpa menoleh,dia kembali membuka pintu almari dan mencari pakaian untuk dipakai.

"Baju kau kat hujung kaki katil sebelah kiri."jawabnya selajur menutup pintu almari namun tetap tidak berpaling.

Amirul mengundur ke belakang sebelum duduk di atas katil. "Kau pergi mandi nanti aku tukar cadar katil."arahnya setelah melihat Aisya bangun lengkap berbaju serta berseluar.

Gadis itu akur tanpa mengungkapkan kata-kata.Tuala dan pakaian terus diambil sebelum dia masuk ke dalam bilik air.Nafas lega dilepaskan oleh Amirul,pantas tubuh ditutup dengan pakaian sebelum melakukan seperti yang dirinya katakan kepada Aisya sebentar tadi.

Cadar katil dicabut begitu juga dengan sarung bantal dan selimut.Kesemuanya dibawa ke tingkat bawah dan diletakkan ke bahagian mencuci untuk dibasuh.Amirul kemudiannya duduk di ruang tamu untuk menenangkan diri buat seketika.

Mata dipejam selepas dia menyandarkan tubuh pada sofa,memori semalam datang menerjah minda.Aisya memang tidak pernah menjual harga diri malah telah dibuktikan malam semalam.Dia memang mengetahui betapa isterinya itu menjaga kehormatan diri tetapi sengaja dia menyatakan yang sebaliknya untuk membuat Aisya marah.

'Baru balik dah gaduh lepas tu hari ni kena pergi siapkan kerja.'untuk mengalihkan minda daripada terus memikirkan hal semalam,dia mulai membebel dengan diri sendiri. "Kan bagus kalau perempuan tu teman aku."tanpa sedar dia telah mengungkapkan kata-kata tersebut secara nyata.

"Teman pergi mana?"tersentak dia jadinya apabila mendengar suara Aisya yang sudah pun berdiri di belakang sofanya.

Amirul terus duduk tegak secara tiba-tiba menyebabkan Aisya tidak sempat mengelak daripada dagunya berlanggaran dengan kepala si suami.Sakit yang dirasa oleh kedua-duanya membuatkan ruang tamu dipenuhi bunyi 'ahhh...' dan 'aduh...' sebelum sepi selepas seminit berlalu.

"Kau ni kenapa?! Sakitlah!"marah Amirul selajur berdiri memandang Aisya yang kini duduk di atas lantai dengan memegang bawah dagunya.

"Saya...ahh..."tidak sempat dia menghabiskan kata-kata kerana rasa sakit mencengkam setiap kali mulutnya digerakkan.Amirul yang hairan terus mendekati isterinya.

Dia duduk melutut di sisi Aisya sebelum tangan memegang lembut wajah si isteri yang sudah menahan air mata kesakitan. "Aku langgar sikit je,tak akanlah sakit teruk sangat."kata Amirul sebelum mendongakkan sedikit kepala Aisya.Dengan jelas dia melihat kesan lebam sebesar syiling 20 sen lama di bawah dagu Aisya.

Sengaja dia menekan bahagian tersebut untuk memberikan kesakitan kepada Aisya.Tangannya dipukul sebelum ditolak kasar oleh Aisya yang mengaduh selepas dia menekan bahagian lebam tersebut dengan jari telunjuk.Amirul terus ketawa sedang Aisya menumpahkan air mata kerana tidak dapat menahan rasa sakit.

Ketawa Amirul perlahan-lahan reda sebelum kerisauan pula yang datang menyentuh hatinya. "Aku baru cakap semalam yang kau ni lemah.Baru lebam sikit dah nangis,aku ni dulu kulit kepala terkoyak sebab langgar bucu boleh ketawa lagi.Tapi waktu kena jahit kat hospital meraunglah."cerita lelaki itu yang membuatkan Aisya berhenti daripada sendunya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now