Epilog

269 8 2
                                    

18 tahun berlalu...

"Ya. Nak pergi kubur dengan abanglah, papa jangan risau ayah ada." panggilan telefon ditamatkan sebelum dia menyimpan telefon di dalam kereta. Kaki membuka langkah memasuki kawasan perkuburan sebelum mata mencari kubur yang baru diziarahnya tiga hari yang lalu.

Setelah menjumpai dia terus berjalan mendekati. Dibersihkan kubur tersebut sebelum dia turut membersihkan kubur bersebelahannya. "Aira." satu suara memanggil membuatkan gadis itu berpaling.

Seorang lelaki kemas berpakaian kurta menghulurkan botol air besar berisi air paip. Aira menyambutnya sebelum diletakkan ke tepi. "Abang tolong bersihkan tempat tu untuk ayah duduk," arah Aira membuatkan dia akur.

Tangan membersihkan tempat yang ditunjukkan Aira tadi sebelum dia mengajak Ayah Aiman untuk duduk. "Ayah baru 43 tahun bukannya 75 tahun. Kuat lagi kalau nak berdiri," balas Aiman Tahar walaupun dia tetap duduk di tempat yang dibersihkan lelaki itu.

"Ayah memanglah sihat tapi kesian juga kalau biar berdiri je. Nah Abang Andi," Aira memberi respon sambil menghulurkan surah yasin kepada Andika dan Ayah Aiman.

Aira duduk di sebelah Andika yang mengetuai bacaan Yasin untuk disedekahkan kepada ibu kandung mereka, Aisya juga ayah kandung mereka, Amirul. Merdu dan gemersik suara Andika membaca surah Yasin di kawasan tanah perkuburan yang sepi.

Usai membaca Yasin, mereka menyiram kubur Aisya dan Amirul dengan air yang dibawa Andika dari rumah. "Aisya... Mirul... Andi dengan Aira dah besar. Terima kasih Mirul sebab jadi bapa yang bertanggungjawab sepanjang 17 tahun membesarkan dia orang. Sekarang Iwata akan ambil alih tugas kau. Kita jumpa lagi ya. Insya-Allah. Assalamualaikum," senyuman kecil diukir oleh Aiman Tahar di akhir bicaranya sebelum berjalan mendapatkan kereta di luar kawasan tanah perkuburan.

Andika menatap kubur ibu bapanya begitu juga dengan Aira yang matanya sudah berkaca. "Ummi... terima kasih sebab gadaikan nywa untuk kita orang." Andika bersuara selajur memegang batu nisan yang tertera nama ibunya.

"Terima kasih juga untuk walid sebab tak pernah lalai jaga kita orang." Aira menyambung sambil beralih pandang ke arah wajah kembarnya. Andika mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Aira.

"Ummi... walid... hari ni... Andi dengan Aira akan bertolak pergi Jepun. Otoosan akan jaga kita orang, ummi nak tahu tak? Otoosan dah peluk Islam sejak kita orang umur 4 tahun tapi kahwin tak juga sampai sekarang." tergelak kecil Aira mendengar bicara abangnya. Andika turut tersenyum walaupun hidungnya sudah merah menahan tangis.

"Ummi... Aira dapat surat tawaran untuk sambung belajar kat universiti Osaka. Insya-Allah, bulan depan dia akan mula semester pertama. Andi pula... tengah mohon universiti dekat Kyoto. Syarikat walid sekarang... Andi jaga tapi untuk sementara ni Papa Arief dengan Ayah Aris ambil alih." seronok Andika bercerita walaupun dia sedar ibu bapanya berada di alam sana.

"Papa Arief dah kahwin ummi. Tiga tahun lepas, sekarang dah ada seorang anak lelaki. Ummi... Ayah Aiman dan Papa Arif belum kahwin lagi macam otoosan. Abah Yusuf dah kahwin, ada tiga orang anak. Dia orang semua tetap ambil berat dan sayangkan kita orang sama macam dulu. Andi dan Aira gembira tapi... tanpa ummi dan walid... kegembiraan tu kurang sikit." Andika meluahkan rasa hatinya dengan air mata yang sudah mengalir keluar.

Setiap kali dia menziarahi kubur ibu bapanya, setiap kali itu jugalah dia akan bercerita pelbagai perkara dan menitiskan air mata sebak. Dia tidak kuat menahan kesedihan yang melanda, air mata jugalah peneman kehidupannya. Dia sentiasa memujuk diri agar tabah sejak kematian Amirul kerana dahulu jika ayah mereka itu masih ada pasti lelaki itulah yang akan memujuknya untuk tidak bersedih dengan pemergian Aisya.

Kini dia sendiri yang perlu bertahan demi kekuatan diri. "Andi teringin nak cium dan peluk ummi. Andi teringin nak rasa tangan ummi lap air mata Andi. Andi teringin nak dipeluk oleh ummi. Bukan kata Andi seorang, Aira pun sama ummi." tangan kirinya merangkul bahu Aira sebelum mendekatkan tubuh mereka.

Tangan kanan Andika beralih ke wajah adiknya, air mata di kiri dan kanan pipi Aira dikesat dengan jemari. "Andi janji akan jaga Aira." "Dan Aira janji akan jaga Abang Andi untuk ummi... dan walid," mata yang merah dan berair terus ditala ke arah kubur Aisya juga Amirul.

"Andika dan Aira sayang dan rindu sangat pada ummi dan walid." pasangan kembar itu mengungkapkan bicara yang sama setiap kali sebelum mereka pulang daripada menziarah.

Andika berdiri selajur memegang tangan Aira yang turut berdiri. "Kita jumpa lagi nanti ya ummi... walid. Andi dengan Aira minta diri dulu. Assalamualaikum," ucapnya sebelum berlalu dengan memimpin tangan Aira.

Ketiadaan Aisya sebagai seorang ibu buat mereka sungguh menyayat jiwa dan raga namun Amirul berusaha memberi kebahagiaan yang setimpal bagaikan mereka menerima kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Cinta dan sayang yang diberikan Arif Arsyad, Aiman Tahar, Yusuf dan Iwata melengkapkan lagi kehidupan mereka. Namun kelengkapan itu diragut seketika dengan pemergian Amirul lapan bulan lepas. Ya, memang mereka berduka tetapi itu merupakan takdir yang tidak dapat ditolak jadi mereka perlu redha. Kini mereka bakal memulakan kehidupan baru bersama Iwata, Arif Arsyad dan Aiman Tahar di Jepun. Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa mereka tidak akan pernah dilupakan apatah lagi dipersia-siakan. Itulah tanda sebuah janji.

~Tamat~

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now