Bab 32

82 4 1
                                    

   "Masuklah."ajak Haiqal sambil menolak pintu rumah untuk Aisya yang berdiri di belakangnya.Amirul melangkah mendekati mereka sementara Syafiq membawa beg pakaian milik Amirul.

Kasut dibuka sebelum Aisya masuk ke dalam rumah diikuti dengan Amirul serta dua lelaki itu.Beg pakaian yang dibawanya diletakkan di ruang tamu,Aisya berlalu ke dapur sebelum menuju ke tempat mencuci pakaian. "Bahan nak masak semua dah ada kalau dah habis call kita orang je."kata Haiqal penuh ramah tidak ubah seperti ketika mereka mengenali satu sama lain di sekolah menengah dahulu.

Aisya mengangguk faham sambil tersenyum kecil. "Aisya! Naik atas!"laung Amirul dari arah tangga.

Syafiq duduk di sebuah sofa panjang yang terdapat di ruang tamu sambil bermain telefonnya.Haiqal turut serta dan membiarkan pasangan suami isteri itu berada di tingkat atas.Amirul awal-awal lagi sudah menghalang mereka untuk naik ke tingkat atas apabila lelaki itu bersama Aisya.Jadi itu bukanlah masalah untuk mereka bagi mematuhi arahan tersebut.

Amirul melangkah mendahului Aisya sedang gadis itu sekadar mengekori.Mereka berdua tiba di hadapan sebuah bilik yang pintunya tertutup rapat.Tombol pintu dipulas selajur Amirul menolaknya perlahan.Amirul melangkah masuk sebelum dia mengarahkan Aisya untuk masuk.

Ruangan bilik yang kemas dan teratur membuatkan Aisya terpukau memandangnya. "Bilik kau..."kata Amirul sambil membuka pintu gelangsar yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Dia berpaling memandang ke arah Aisya yang berdiri di tengah-tengah bilik. "...dan aku,"pandangan mata terus bertembung ketika Amirul menghabiskan ayatnya itu.

"Baju aku dah ada dalam almari ni.Kau guna yang sebelahnya,"dia menunjuk ke arah dua almari yang bersebelahan.Aisya melangkah mendekati almari tersebut sebelum membukanya

Terdapat beberapa pasang baju t-shirt lengan pendak dan juga lengan panjang serta kain batik dan seluar track suit.Aisya memandang ke arah Amirul yang sudah bersandar di pintu almarinya.Amirul yang faham terus memaut bahu isterinya,tubuh Aisya yang kecil hampir jatuh kerana ketidak seimbangan.

"Aku belikan baju ni untuk kau termasuklah kain batik ni."katanya sebagai jawapan bagi persoalan yang menyelubungi benak Aisya.

Telefon Aisya berdering sebelum sempat dia berkata-kata,tangan Amirul yang berada di bahunya ditolak ke tepi sebelum dia menjawab panggilan tersebut sambil berlalu menjauhi Amirul. "Kenapa?"Amirul cuba curi-curi dengar perbualan isterinya.

"Nanti aku tengok kalau boleh."suara Aisya kedengaran berada dalam dilema namun itu tidak merisaukan Amirul yang sudah berfikiran sebaliknya terhadap perbualan si isteri.

Panggilan itu ditamatkan sebelum Aisya kembali semula ke dalam bilik.Baru Aisya menolak pintu bilik,Amirul sudah berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.Wajah lelaki itu kelihatan sedang marah, "Siapa?"soalnya dengan mata menatap wajah Aisya.

"Ainnur."nama itu disebutnya dengan jujur.

"Dia nak apa?"soalan lain pula diajukan namun kali ini nadanya lebih tenang daripada tadi tetapi tetap terselit sedikit kasar di situ.

"Ada reunion sekolah untuk batch saya minggu depan."jawab Aisya dengan mata menatap ke arah tempat lain kerana terlalu gugup untuk memandang wajah Amirul.

Amirul mendiamkan diri begitu juga dengan Aisya. "Kau pergilah reunion tu lagipun aku tak ada minggu depan.Almaklumlah nak pergi Maldive."Aisya menundukkan kepala apabila mendengar nama tempat tersebut.Hatinya luluh kerana dipermainkan Amirul.

Imbas kembali...

"Jom pergi Maldive."Aisya berpaling menatap wajah Amirul yang turut memandang dirinya.Wajah tidak percaya ditunjukkan manakala Amirul sudah tersenyum sinis.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now