Bab 28

84 3 0
                                    

     Aris masuk ke dalam bilik kakaknya tepat pukul 8 pagi.Aisya yang sibuk mengemas almari pakaiannya langsung tidak terperasankan Aris yang sudah mengambil tempat di hujung katil.Saat dia berpaling ke belakang terus sahaja dia termelatah kerana terkejut melihat Aris di situ yang tersenyum ke arahnya.

"Dah kenapa masuk sini?"tanya Aisya sambil menyimpan baju-baju yang telah dilipat.Pintu almari ditutup sebelum dia duduk di sebelah adiknya.

"Datang nak hantar pesanan daripada ibu."Aisya mengangguk faham dan membiarkan adiknya terus berkata-kata.

"Ibu suruh Kak Aisy turun sekarang dan jumpa Abang Mirul sekarang juga."terbeliak biji mata Aisya mendengar arahan tersebut yang disampaikan oleh Aris.

Tidak dia sangka yang Amirul akan sampai di rumahnya malahan sanggup berhadapan dengan Tuan Ariffudin dan Puan Ana untuk membawanya keluar.Aris meminta izin untuk turun ke tingkat bawah sambil mengingatkan Aisya buat kesekian kali supaya turun bertemu Amirul.

Aisya bangun dan mencapai tudung sarung.Nasib dia memang sudah memakai baju lengan panjang daripada pagi jadi tidak perlulah menukar pakaian lagi.Cermin mata yang diletakkan di atas meja dipakai seperti biasa sebelum dia keluar daripada bilik.Kaki melangkah menuruni anak tangga secara perlahan-lahan.Dia dapat melihat Amirul yang duduk di ruang tamu dengan membelakangi kedudukan tangga.

"Aisy duduk sini.Kenapa tak cakap dengan ibu dan ayah yang Mirul nak datang?"soal Puan Ana sambil menarik tangan anak perempuannya menuju ke sebuah sofa.

Aisya didudukkan di situ yang mana tempatnya berhadapan dengan Amirul.Lelaki itu tepat memandang dirinya yang menunduk memandang lantai.Senyuman manis yang ditunjukkan Amirul hanya menyakitkan hatinya sahaja.

"Mirul kata nak bawa Aisy keluar untuk bincang sesuatu."kata Tuan Ariffudin memaklumkan akan hal tersebut yang sudah diketahui Aisya lebih awal namun dia telah menolak ajakan itu.

Amirul mengangguk mengiyakan kata-kata Tuan Ariffudin. 'Kalau kau tolak waktu aku call itu bolehlah tapi depan mak bapak kau memang tidaklah Aisya.'kata Amirul dalam hati sambil menatap diri Aisya yang menikus.

"Aisy pergilah bersiap jangan buat Mirul tunggu lama-lama.Arief pun pergi bersiap temankan Kak Aisy."arah Puan Ana kepada dua orang anaknya yang duduk bersebelahan.

"Ibu...Aris tak boleh ikut ke?"soal budak lelaki itu ketika Aisya dan Arief bangkit untuk naik ke atas.

"Budak kecil tak boleh masuk campur hal orang dewasa lagipun Aris kena buat ulang kaji untuk exam lagi dua minggu."Aisya menahan gelak mendengar jawapan Puan Ana yang melarang Aris daripada mengikuti mereka dan sudah tentu jawapan tersebut disokong oleh Tuan Ariffudin.

Aris sekadar akur walaupun sedikit kecewa,Aisya cuba memujuk dengan berjanji yang dia akan membawa Aris keluar jika lapang.Terus tersenyum girang adiknya mendengar kata-kata Aisya.Selesai menukar pakaian,Aisya dan Arief menaiki kereta Amirul menuju ke Hutan Bandar.

Arief meminta diri untuk membeli air terlebih dahulu dan membiarkan Amirul membawa Aisya berjalan.Dia akan turut serta selepas membeli air di kedai makan.Aisya berjalan perlahan di sisi Amirul yang mendiamkan diri.Mereka bersiar-siar di sekitar Hutan Bandar sebelum berhenti berhampiran kolam mandi awam yang dipenuhi kanak-kanak.

Amirul pantas menarik Aisya ke satu bahagian untuk mereka duduk.Di bawah pokok yang redup mereka berteduh berhadapankan pemandangan kanak-kanak di dalam kolam.

"Wedding tu semuanya buat kat rumah kau dan tak ada bersanding.Pagi nikah tengah hari walimatul urus yang paling ringkas."terus dia memberitahu kesemua yang telah dirancang dalam tempoh tiga bulan mereka bertunang.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now