Bab 26

71 4 0
                                    

Beberapa pasang baju miliknya dilipat sebelum dimasukkan ke dalam beg.Dia tidak membawa banyak baju untuk pulang ke rumah pada kali ini cukup sekadar dia membawa sedikit sahaja kerana di rumahnya juga terdapat baju-baju yang lain.

"Berapa lama kau balik?"soal Laila yang sibuk menonton filem seram Jepun iaitu Ju-On di komputer riba.

"Seminggu."Aisya menjawab dengan wajah kurang gembira.

Dia kembali mengemas apa yang patut kerana Arief telah bersetuju untuk pulang pada pukul 2 petang dan sekarang sudah memasuki pukul 12:53 tengah hari.Jika dia lewat pasti dibebeli oleh adiknya itu.

"Kau kenapa macam tak suka je nak balik?"soal Laila lagi namun kali ini gadis itu sudah duduk di atas katil Aisya.Komputer riba dibiarkan terbuka dengan video yang dijeda.

Laila memandang ke dalam mata teman sebiliknya dan jelas dia dapat melihat yang mata Aisya berkaca.Perlahan-lahan dia menghampiri rakannya itu sebelum mencubit kedua-dua belah pipi Aisya sehingga gadis itu mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!"kata Aisya sambil memukul bahu Laila.

"Tengok.Keluar pun air mata kau,kalau dah berkaca mata tu buat apa tahan? Tu pasal aku cubit kuat-kuat supaya kau menangis."selamba Laila menjawab hingga menangis Aisya mendengarnya.

Laila pula jadi serba salah dan bimbang melihat Aisya tidak berhenti menangis.Dia hanya mahu bergurau sahaja nampaknya Aisya betul-betul dalam kesedihan yang melampau. "Alah kau ni Aisy.Sikit je aku buat tu."pujuknya sambil menarik Aisya untuk duduk di atas katil.

"Sini aku tengok."tangan Aisya yang menutupi muka dialihkan sebelum dia melihat pipi gadis itu yang sudah kemerah-merahan namun bukan itu sahaja.Wajahnya turut kemerah-merahan.

"Alah...janganlah nangis.Aku ni tak reti nak memujuk."jujur Laila berkata namun tangisan Aisya tetap tidak berhenti.

"Ahh...Kau nangislah dulu nanti dah siap kau ceritalah apa yang patut."katanya sebelum berlalu keluar dari bilik untuk mendapatkan tisu daripada rakan di bilik sebelah.

Perlahan-lahan tangisan Aisya reda sebelum berhenti begitu sahaja namun sendunya tetap ada.Laila kembali semula dengan membawa sekotak tisu di tangan serta dua air kotak yang berbeza perisa.Dia melepaskan nafas lega melihat Aisya sudah kembali tenang.

"Nah!"tisu dihulurkan bersama air kotak soya yang dibawanya.Aisya mengambilnya sebelum mengucapkan terima kasih secara perlahan.

"Sorrylah aku nangis tak tentu pasal pula.Tapi aku bukan nangis sebab sakit."terang Aisya sambil berpusing menghadap Laila yang duduk di atas katil sendiri.

Laila mengangguk faham sebelum bertanyakan sebab Aisya menangis. "Aku takut untuk hadapi kehidupan baru."jawab Aisya tanpa memberitahu dengan lebih lanjut.

"Aku tak adalah pakar sangat dalam kehidupan ni tapi apa yang aku boleh cakap pada kau...Kejap aku fikir dulu."tergelak Aisya melihat perangai Laila sedang Laila pula gembira melihat rakannya itu ketawa.

"Aisya,kehidupan ni memang akan sentiasa berubah.Daripada kita bayi,budak kecil,remaja,dewasa dan tua.Pasti ada ketakutan untuk hadapi cabaran sebab bila dah makin besar ni cabarn dia pun makin banyak.Kau kena hadap juga semua yang berlaku dalam hidup ni asalkan kau tak pilih jalan yang salah.Berpeganglah pada agama dan percaya pada diri sendiri dalam masa memohon bantuan Yang Maha Esa.Insya-Allah,kau akan berjaya hadapi segala-galanya."panjang lebar Laila memberi motivasi keyakinan diri secara percuma kepada Aisya.

Aisya tersenyum gembira mendengar kata-kata Laila yang mendatangkan kembali keberaniannya.Dia terlalu gusar untuk menjadi isteri kepada Amirul kerana segala pengalaman yang pernah dilaluinya bersama lelaki itu sewaktu zaman remajanya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now