Bab 14

114 5 0
                                    

Sebulan kemudian...

Langkah dipercepatkan menuruni setiap anak tangga sebelum menuju ke blok lain.Kini anak tangga dipanjat sebelum dia berhenti di tingkat tiga bangunan tersebut.Aisya pantas berlari sambil mengangkat kain sekolahnya nasib dia memakai seluar sukan dan ramai pelajar telah pulang pada waktu-waktu sebegitu jadi tidaklah dia berasa malu.

Di kaki lima dia membelok ke arah kanan,dari jauh sudah kelihatan Yusuf bersama Arif Arsyad berbincang tentang sesuatu mungkin berkaitan pelajaran.Kain diturunkan namun langkahnya tetap selaju tadi.

"Lambat."kata Yusuf sepatah saat melihat Aisya berada di depan mata.Arif Arsyad di sebelahnya hanya mengukir senyuman sambil menggeleng melihat gelagat dua sahabat.

"Sorry tadi berborak dengan Sherry lama sangat sampai terlupa janji kita."pohon Aisya sambil tersengih seperti kerang busuk.Kedua-dua lelaki di hadapan mata terus menggeleng setelah mendengar alasan Aisya.

Mereka memang arif jika Aisya bersama Syahirah mahupun Ezzah,tiga gadis itu akan mula bercerita sesuatu setiap kali berjumpa.Sudah pasti Aisya orang pertama yang akan memulakannya kerana gadis itulah yang paling peramah dan paling bising sehingga satu sekolah mengetahuinya.

"Dah,jom.Nanti dia lari lagi,"kata Yusuf sebelum berjalan mendekati salah sebuah kelas tingkatan tiga sedang Arif Arsyad menemani Aisya di luar.

"Kau betul nak cakap dengan dia?"soalan Arif Arsyad menjadikan dia sendiri ragu-ragu dengan keputusan sendiri.Aisya hanya mengangguk mengiyakan walaupun dalam hati terasa menyesal.

Arif Arsyad kembali memandang ke hadapan setelah Aisya membuat keputusan.Dia cuma mahu Aisya yakin pada diri sendiri tentang keputusan yang bakal memberi kesan besar dalam hidup gadis itu kelak.Yusuf yang berjalan mendekati seseorang di tengah kelas menjadi tatapan mata mereka berdua.

Tangan menepuk bahu si sahabat yang sedari tadi sibuk membuat nota subjek Sains tingkatan tiga.Syazwan yang terkejut terus berpaling sebelum melepaskan nafas kelegaan kerana Yusuf yang berada di belakangnya.Saat dia ingin menyambung kerja Yusuf terus menahan dengan membisikkan sesuatu tepat di cuping telinganya.Wajah yang tadi tenang bertukar perlahan-lahan,sepi dan kosong kini memenuhi wajah lelaki itu.

"Kali terakhir."ayat yang keluar dari mulut Syazwan membuat Yusuf mengukir senyuman yang cuba disembunyikan dengan cara mengemam bibir.

Dia kembali ke arah Aisya dan Arif Arsyad yang sentiasa sabar menanti di muka pintu.Isyarat tangan dibuat di hadapan gadis tersebut sambil kepala diangguk tiga kali sebagai tanda Syazwan bersetuju. "Thanks."kata Aisya sebelum melangkah mendekati Syazwan yang mula mengemaskan barang-barangnya.

"Syaz...kenapa...kau selalu lari daripada aku?"soalan yang memang ingin ditanyakannya setiap kali terserempak dengan lelaki itu akhirnya dapat juga diajukan.Syazwan sudah banyak kali tidak menghadiri perjumpaan kumpulan mereka setiap petang selepas tamat waktu kelas.Lelaki itu juga sudah jarang kelihatan di mana-mana kawasan sekolah,dia seperti hilang setiap kali Aisya mencari di semua tempat.

Terhenti tangan yang tadinya sibuk memasukkan buku ke dalam beg sandang.Dipandang wajah Aisya yang sudah punya kesan parut di dahi namun tetap cantik sehingga hatinya sendiri luluh melihat gadis itu.

"Aku tak pernah lari."jawapan mudah yang diberikan bagai membakar hati Aisya.

"Habis selama ni apa? Mana kau pergi? Kenapa boleh hilang macam tu je? Kau memang lari daripada aku Syaz,mengakulah."dengan tahap kesabaran yang ada dia tetap bertanya walaupun sudah kedengaran sedikit nada kasar.

Lelaki itu langsung tidak mengendahkannya dan sibuk menutup zip beg serta menyandangnya begitu sahaja. "Kau penipu Syaz.Kau kata kau kawan aku tapi kenapa kau lari daripada aku? Mana kau bila aku perlukan? Kau penipu..."kata-kata Aisya meresap masuk menusuk hatinya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now