Bab 39

89 4 0
                                    

Mac,2017

Kelas pada hari itu tamat seperti kebiasaan,kelas tambahan pula sudah dibatalkan kerana cikgu mempunyai hal peribadi.Faris mengemas kesemua barangnya sebelum mendekati meja Sofea yang terletak di hadapan kelas.

"Aku laparlah.Jom pergi makan."ajak Faris sambil menanti sahabatnya itu mengemas barang-barang.

"Kau pergilah dulu.Aku nak jumpa kembar aku kat kelas sebelah."kata Sofea bersama senyuman manis.Faris akur kerana perutnya sendiri sudah terlalu lapar sejak pukul 12 tengah hari tadi.

"Faris! Kau tunggu aku kat tempat biasa tau! Kalau aku tak sampai cari aku!"pesan Sofea dari muka pintu kelas ketika Faris sudah menghampiri tangga.Lelaki itu memberikan isyarat 'ok' menggunakan tangan sebelum hilang daripada pandangan.

Faris pergi meletakkan beg serta buku-bukunya di tempat menunggu yang tersedia di hadapan sekolah sebelum menuju ke kantin.Kelihatan puluhan pelajar lelaki dan perempuan berada di kantin membuatkan tempat duduk di situ penuh.Terpaksalah dia makan di atas tangga lagi.

Usai membeli dua bungkus roti dan sebotol air mineral,Faris terus menuju ke arah tangga.Doa makan dibaca sebelum secubit roti disumbat ke dalam mulut.Habis sebungkus roti dia terus meneguk air mineral sehingga tinggal separuh.Sebungkus lagi roti disimpan untuk Sofea,memang dia sudah berniat untuk membelanja rakannya itu kerana tempoh hari Sofea telah memberikannya wang untuk makan.Semuanya gara-gara wangnya diambil oleh pembuli jika tidak pasti Sofea tidak mendapat susah.

Faris menuju ke tempat menunggu,tempat dia meletakkan beg itu tadi merupakan tempat biasa yang diperkatakan oleh Sofea namun gadis itu masih belum juga muncul.Jam di dalam poket seluar dikeluarkan sebelum diperiksa.

'Dah pukul 2:45 petang.Apasal sampai 30 minit jumpa kembar dia? Biasanya 10 minit je.'kerisauan datang menerjah tangkai hati seorang sahabat.

Roti dan air mineral yang dipegangnya diletakkan bersama beg dan buku-buku yang lain.Faris berlari memasuki bangunan sekolah menuju ke kelas tempat Sofea bertemu kembarnya.

"Balik-balik semuanya kau!"terhenti langkah di tangga apabila mendengar suara tersebut.Perlahan-lahan dia melangkah sebelum bersandar pada dinding untuk menyembunyikan diri daripada diketahui.Telinga dipasang sementara dia sendiri bersedia menghadapi ancaman yang tidak diduga.

"Aku tak faham apa yang kau mengarutkan ni."dengan jelas dia dapat mendengar suara Sofea berkata-kata.

"Kenapa asyik kau je yang dapat semuanya?! Semua pandang aku buruk tapi kau semuanya baik!"muncul suara seorang gadis yang hampir menyerupai suara Sofea.

Tahulah Faris bahawa gadis itu merupakan kembar kepada Sofea seperti yang pernah diceritakan sahabatnya itu sebelum ini.Dia kembali menajamkan telinga dan memberi fokus seratus peratus kepada perbualan adik-beradik itu.

"Aku teringin nak tengok hidup kau musnah.Kita tengok kalau masa tu ada tak orang yang sokong kau."suara itu berbicara lagi sedang Sofea mula mengeluh di atas kerusi yang didudukinya dengan tangan yang terikat ke belakang.

"Kau marahkan aku sejak kecil lagi Qirah tapi aku tak pernah benci kau.Kenapa kau mesti bangkitkan hal ni?"lembut Sofea berkata cuba untuk menenangkan emosi kembarnya yang kini berada di luar kawalan.

"Kau diam Sofea! Orang asyik kata kau dan aku ni tak pernah sama walaupun kita kembar.Kau Dahlia Sofea dan aku pula Dahlia Syaqirah! Apa bezanya kita?!"tengking gadis itu yang menggelar dirinya sebagai 'Dahlia Syaqirah'.

"Kau tu adik aku.Satu-satunya adik aku,Qirah."Sofea tetap idak mahu mengalah dan terus memujuk dengan kata-kata.

Syaqirah menghampiri kakaknya sebelum mencengkam tudung yang dipakai gadis tersebut.Pin yang terdapat di bawah tudung Sofea membuatkan bawah dagunya teras sakit akibat tekanan benda tajam.Sofea meronta agar tangan Syaqirah menjauhi kepalanya namun semakin dironta semakin sakit yang dirasakan.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now