Bab 30

82 3 0
                                    

     Aisya tersedar daripada lena apabila mendengar bunyi air dari tandas.Dia terus duduk di atas katil sebelum brpaling ke sebelah dan melihat Amirul tiada di sisi.Tahulah dia yang lelaki itu berada di dalam tandas ketika ini.

Telefon yang berada di meja kecil bersebelahan katil dicapai sebelum dia melihat jam yang baru menunjukkan pukul 5:20 pagi.Telefon diletakkan kembali sebelum dia mengikat rambut menjadi satu.Pintu tandas terbuka sebelum Amirul keluar dengan hnaya memakai tuala.

Aisya membutakan matanya tanpa memandang ke arah Amirul yang beralih menuju ke almari. "Mana kau letak baju aku?"tersentak Aisya mendengar soalan tersebut.

Pantas dia bangun sebelum mendekati Amirul,sehelai t-shirt berwarna hitam dan sehelai kain pelikat ditarik keluar.Dihulurkan baju dan kain tersebut kepada Amirul yang berdiri di belakangnya.Tanpa mengucapkan terima kasih Amirul terus mengambilnya.

"Pergi mandi sana.Aku nak ajak kau solat berjemaah waktu Subuh ni."arah Amirul sambil memakai pakaiannya.Aisya tidak membalas apa-apa namun dia tetap akur sebelum mencapai tuala dan baju dari dalam almari.

Aisya melangkah masuk ke dalam tandas,sungguh dia terkejut kerana bau tandas begitu harum dengan bau sabun,ubat gigi serta pencuci muka yang digunakan oleh Amirul. 'Berapa banyak dia pakai sampai wangi nak mampus tandas ni?'soal Aisya dalam hati sambil menutup hidungnya.

Dia mandi seperti biasa dan terus mengambil wudhuk.Dia keluar daripada tandas dengan memakai baju t-shirt lengan pendek berwarna merah tua serta seluar track suit.Amirul yang duduk di meja belajar Aisya terus berpaling.

"Kenapa kau tak pakai rantai ni?"rantai pemberian Amirul yang menggantung cincin tunang Aisya terjuntai elok di tangan kanan Amirul.Aisya terus terdiam sambil memegang rantai yang telah menggantikan rantai Amirul di lehernya.

"Aku tanya ni.Kenapa kau tak pakai?"Amirul bangkit menghampiri Aisya yang masih kaku di hadapan tandas.

Lelaki itu terus menolak tubuh Aisya ke arah pintu tandas sebelum mengepungnya dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di kiri dan kanan Aisya.Wajahnya didekatkan dengan wajah Aisya yang cuba mengelak namun tidak berjaya.

Amirul semakin mendekat sehingga hidung mereka berlaga.hembusan nafas Amirul dapat dirasai Aisya dengan jelas memanaskan kulitnya.Degupan jantung Aisya semakin tidak teratur sehingga menggigilkan tangannya apabila Amirul kian mendekat dan perlahan-lahan melagakan bibir mereka.

Amirul terus membenamkan bibirnya menjadikan kedua-dua bibir itu bertaut lembut.Pada mulanya Aisya terkejut sebelum menutup mata merasai kebahagian itu.Amirul menarik bibirnya menjauhi bibir Aisya.

"Tepi! Aku nak ambil wudhuk balik semula."kata Amirul rsebelum menolak tubuh Aisya ke tepi dengan kasar sebelum masuk semula ke dalam tandas.

Seminit kemudia Amirul keluar dan menyuruh Aisya untuk mengambil wudhuk sebelum mereka menunaikan Solat Subuh berjemaah di dalam bilik.Usai solat Aisya menyalami tangan Amirul dan menundukkan kepala untuk membiarkan Amirul mencium kepalanya namun hampa kerana Amirul terus berlalu.

Jam memasuki angka enam,Aisya keluar dari bilik meninggalkan Amirul yang berbaring di atas katil.Ketika melepasi ruang tamu sempat Arief mengusiknya dengan bertanyakan tentang perihal malam semalam.Sudah tentu Arief mendapat habuan daripadanya iaitu cubitan di lengan.

Aisya menuju ke dapur untuk membantu ibunya menyediakan sarapan pagi. "Mirul mana Aisy?"soal Puan Ana kerana tidak terlihat akan menantunya.

"Baring kat bilik.Penat sangat rasanya,"jawab Aisya sambil mencari susu Dutch Lady di dalam peti sejuk.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now