Bab13

123 6 0
                                    

     Syed memandang sahabatnya yang kelihatan lemah serta tidak bermaya. "Bas sampai lepas zuhur,dalam pukul 2 petang macam tulah.Aktiviti kita pagi ni start pukul 9:25 pagi dan habis pukul 11:15 pagi.Lepas tu semua orang kena kemas barang dan khemah,kemudian berkumpul kat dewan untuk majlis penutup.Last sekali makan tengah hari dan solat Zuhur."panjang lebar Syed menerangkan jadual mereka untuk hari terakhir di kem kepada Aisya.

Gadis itu pula kelihatan antara dengar dan tidak sahaja,langsung tiada suara yang bertanya dan yang diberikan hanya anggukan semata.

"Aku akan serahkan kerja kau pada Arief nanti,kau pula aku akan dapatkan keizinan daripada Tuan Syahrul untuk berehat kat dewan."katanya sambil menutup buku nota yang tadinya digunakan.

Arief di sisi kakaknya sekadar diam kerana tidak mahu mengganggu sedang Alina dan Emelin sudah mula menyiku satu sama lain. "Apa benda kau orang berdua ni?!"marahnya perlahan di sebabkan sudah tidak tertahan melihat perangai kedua-duanya.

Terhenti terus perlakuan masing-masing sebelum perlahan-lahan memandang ke hadapan.Ketiga-tiga sahabat sudah memandang mereka serentak dengan pelbagai jenis pandangan. "Kenapa mesti Tuan Syahrul?"terkeluar juga soalan yang ingin ditanyakan kedua-duanya sejak tadi.

"Sebab aktiviti lepas ni dia yang handle."ringkas sahaja dia menjawab soalan yang diajukan oleh Emelin.

Kedua-dua mereka membulatkan mulut dengan menyebut perkataan 'ohh...' sebagai tanda faham.Bunyi deringan telefon membuatkan semua orang terkejut,Arief pantas menarik keluar telefonnya sebelum panggilan tersebut dijawab.

Entah apa yang diperkatakan hamba Allah yang berbual dengan Arief langsung tidak diketahui mereka.Arief bangun sebelum menjauhi rakan-rakan dan kakaknya,setelah merasakan jaraknya cukup jauh barulah dia kembali fokus pada perbualan.

"Macam mana keadaan Aisya?"jelas suara lelaki itu bertanya di corong telefon.Arief merapatkan mukanya dengan telefon kerana risau jika ada yang mendengar suaranya pula nanti.

"Demam."sepatah sahaja dia menjawab supaya tidak perlu diterangkan panjang lebar. "Aku nak kau pastikan tak ada sesiapa pun yang masuk dalam dewan bila Aisya berehat nanti.Kau pun sama."mendengarkan sahaja arahan tersebut terus dia mencebik tidak puas hati.

'Dia fikir aku ni siapa?'katanya dalam hati sebelum kembali mendengar apa yang sedang dikatakan Amir kepadanya.

"Kau tak payah nak membebel kat sana Arief.Sekejap lagi Amirul sampai,biarkan dia yang bawa Aisya pergi dewan lepas sarapan nanti.Sekarang ni,kau pergi sarapan dulu nanti lapar aku yang susah."panggilan dimatikan begitu sahaja dengan tanda tanya di kepala Arief sendiri.

'Amir kenal Abang Mirul.Sejak bila? Macam ada benda tak betul je tapi...apa?'soalan itu bagai berpusing-pusing di dalam kepalanya dan tidak menjumpai jalan keluar yang memberikan jawapan.Arief menyimpan semula telefonnya ke dalam poket sebelu melangkah ke arah kantin.

Semua pelajar sudah mula beratur mengambil sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam goreng.Arief yang sudah terliur terpaksa bersabar dan beratur di barisan belakang kerana lambat.Hampir tiga minit dia menanti sebelum dapat mengambil sarapan juga air.Matanya terpandangkan kelibat Amirul yang baru tiba dengan motornya yang diletakkan di tempat biasa.

Lelaki itu kelihatan selamba menghampiri tiga orang jurulatih kem yang duduk di sebuah meja bersama Syed yang berdiri di belakang mereka.Tahulah dia apa yang sedang dilakukan Syed ketika itu dan dia juga pasti Amirul akan menarik sahabatnya nanti untuk meminta sesuatu.Arief yang tidak mahu memberatkan fikirannya terus membasuh tangan dan mengambil tempat bersebelahan Johan.Doa makan dibaca sebelum dia menjamu sarapan dengan penuh berselara.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now