Bab 42

86 3 0
                                    

     "Kenapa perlu culik Iwata?"soal Aisya dari dalam talian.Dia kini berada bersendirian di rumah,Amirul sudah lama keluar ke masjid untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah.Di dalam surat yang diperolehinya pagi tadi ada tertulis nombor telefon yang perlu didailnya untuk berhubung dengan si penculik.

"Bukan ke dia penting untuk kau? Oh! Ya,aku lupa.Iwata bertepuk sebelah tangan sedangkan engkau...engkau bersama Amirul,"kata-kata lelaki itu bagai mencabar kesabaran Aisya yang kian menipis.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus keluar,tubuh ditegakkan sebelum telefon bertukar ke tangan kiri.Tangan kanan terus memeriksa komputer riba yang terpasang di atas meja. "Apa yang kau nak?"Aisya cuba berdolak-dalik untuk melengahkan masa.

"Aku tak perlukan wang.Aku nak kau datang sendiri depan aku untuk selamatkan Iwata,"jawab lelaki itu sebelum menghamburkan tawanya.Aisya yang geram pantas mengemam bibirnya selajur menguak rambut ke belakang.

"Aku akan bagi alamat dan tarikh untuk kau pergi.Jangan lupa bawa Faris sekali,lelaki tu sepatutnya terima balasan."mendengarkan sahaja ayat tersebut terus membuntang mata Aisya.Kini dia sedar orang yang membahayakan nyawa Iwata merupakan Syaqirah.

"Jangan apa-apakan Iwata ataupun orang lain.Aku akan datang,"katanya sebelum kedengaran perkataan 'bagus' dan talian terputus begitu sahaja.

Komputer riba di atas meja yang memaparkan perkataan 'failed' membuatkan dia mengeluh berat.Telefon diletakkan ke tepi selajur tangan menggerakkan tetikus menuju ke ikon pangkah. 'Kenapa susah sangat?'monolognya setelah tiga kali gagal menjejaki lokasi si penculik melalui panggilan telefon.

Mindanya mula tertekan membuatkan air mata mulai bertakung.Sejak zaman remaja lagi Aisya akan melepaskan tekanan perasaan melalui tangisan kerana dia merasakan yang itu lebih baik daripada menjerit.

Azan Isyak berkumandang daripada masjid,Aisya yang melentokkan kepala di atas sofa terus berdiri secara perlahan-lahan.Dengan lemah dia melangkah ke tandas untuk mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat.Usai solat dia terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa,memohon bantuanNya serta kekuatan daripadaNya agar dapat menempuhi cabaran yang mencabar diri juga emosi kecil Aisya.Aisya akhirnya terlena di atas sejadah setelah penat berfikir sejak pagi.

~~~

Pi memasuki sebuah kelab malam sebelum mencari kelibat seseorang dalam ratusan manusia yang hadir ke tempat tersebut untuk berhibur.Matanya tertancap pada seorang lelaki yang duduk bersendirian di sebuah meja bulat.Terus Pi melangkah mendekati lelaki tersebut sebelum duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.

"Perempuan tu dah call kau?"lelaki yang memakai hud untuk menutupi wajah itu bertanya sambil mata memerhatikan sekeliling kawasan yang bingit.

"Dah dan aku buat macam yang kau suruh."jawab Pi sambil mengangkat tangan memanggil pelayan untuk menghantarkan arak ke meja mereka.

Seorang pelayan lelaki berbangsa Cina datang membawa sebotol arak jenis wiski berserta dua gelas kaca.Pelayan tersebut berlalu selepas membuka penutup wiski dan menuangkannya ke dalam kedua-dua gelas.

Pi terus meneguk sehingga habis manakala lelaki tersebut menolak gelas di hadapannya ke arah Pi yang kelihatan senang hati menerima. "Sekali sekala kau minum.Apa salahnya?"soal Pi ketika mengangkat cawan berisi arak di hadapan wajah lelaki tersebut yang mulai rimas.

Tangan Pi ditolak perlahan untuk menjauhi wajahnya, "Aku tak akan minum benda tu.Walaupun aku ni jahat aku tetap tak akan minum air kencing syaitan,"balas lelaki tersebut selajur meletakkan sehelai kertas di atas meja.

Pi mencapai kertas tersebut sebelum membacanya.Terhambur ketawa daripadanya setelah membacanya apa yang tertera. "Kau ni memang nak buat perempuan tu gila ke?"soal Pi sambil menatap wajah lelaki itu yang terlindung di balik hudnya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now