Bab 34

78 5 1
                                    

     Ainnur memandang ke arah Ezzah yang duduk di hadapannya. "Kau dah buat belum?"mereka beralih memandang ke arah Yusuf yang bertanya.Arif Arsyad pantas mengetuk kepala kawannya dengan buku.

"Apa benda kau ni? Orang tu tengah cubakan."marah Arif Arsyad dengan wajah bengang.Yusuf memohon maaf sebelum menjamah donut coklat yang dihidangkan Aiman Tahar untuk mereka.

"Susah sangat ke nak contact Aisya sampai kena suruh budak dua orang ni?"soal Aiman Tahar yang turut serta bersama mereka.Ainnur dan Ezzah berpandangan begitu juga dengan Arif Arsyad dan Yusuf.

Kedua-dua mereka mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. "Kau ni banyak songehlah Aiman! Dah cukup bagus kita orang serbu rumah kau daripada kafe tau."kini giliran Yusuf pula untuk marah.Ketawa Ainnur dan Ezzah mendengar amarah dua lelaki itu.

"Shhh...dah bunyi ni,"kata Ainnur dengan jari telunjuk dibawa ke bibir sebagai tanda meminta mereka untuk diam.

Terus diam semuanya mendengar bunyi deringan di telefon Ainnur yang telah diletakkan di tengah-tengah meja. "Hello.Assalamualaikum,Ainnur?"dengan jelas mereka dapat mendengar suara Aisya di corong telefon.

Yusuf yang begitu gembira hampir menjerit bertanya khabar namun pantas dihalang Arif Arsyad kerana dia mengetahui situasi Aisya ketika itu.Mereka dapat menjejak telefon Aisya dengan bantuan Syahirah yang berada di England.Melalui GPS mereka mengetahui yang Aisya sedang menuju ke Nusajaya dan Arif Arsyad yakin sahabatnya itu bersama-sama Amirul.Jika tidak mahu bahaya janganlah mencarinya.

Arif Arsyad memberi isyarat tangan menyuruh Ainnur memulakan perbualan.Ainnur yang faham terus mengangguk. "Waalaikumusalam Aisya.Kau tengah buat apa?"dia memulakan perbualan dengan tenang dan terkawal.

"Aku on the way pergi SMK Medini dengan Amirul."Arif Arsyad yang mendengar terus bertukar wajah menjadi lebih serius apabila tekaannya mengena.

"Aisy,kau...pergi tak reunion tu?"soalan yang merupakan harapan mereka untuk bertemu Aisya itu terus diajukan Ainnur.

"Insya-Allah.Mirul kata boleh ni,"terkejut mereka mendengar balasan kata Aisya yang kedua itu.Amirul membenarkan Aisya untuk pergi begitu sahaja tanpa sebarang keraguan.Sungguh aneh.

"Habis tu kelas kau?"sengaja dia bertanya lebih lanjut untuk mengaburi Aisya.Yusuf mengangkat ibu jari sebelum ditunjukkan kepada Ainnur thumbs up itu buat gadis tersebut.

Nyaris Ainnur tergelak namun pantas Ezzah menekup mulut gadis itu dengan tangannya sambil menggeleng cemas.Ainnur menolak tangan kawannya ke tepi dan kembali ke dalam perbualan yang tergantung. "Aku balik U dua hari lagi,reunion hari Jumaat.Pukul 9 malam,Jumaat dan Sabtu tak ada kelas cik kak.Kenapa nak risau?"suara Aisya kedengaran tegas di dalam talian mungkin kerana tertekan melayan Ainnur.

"Jangan marah Aisy.Aku tanya je."pujuk Ainnur dengan membuat suara kecil sedangkan yang boleh membuat suara tersebut hanyalah Ezzah.Jika Ainnur buat kebiasaannya Aisya akan meluat dan memarahi gadis itu.

"Tak payah buat suara tu.Aku menyampah,"jujur sahaja gadis itu berkata.Ternyata Aisya diapit tekanan oleh Ainnur yang asyik bertanya atas arahan mereka.

"Yalah,sorry.Nanti aku suruh Ezzah ambil kau kat rumah untuk pergi reunion tu."kata Ainnur tanpa berbincang dengan Ezzah yang sudah terkejut.Ezzah yang geram terus memukul lengan kanan Ainnur berkali-kali.

Ainnur yang berasa sakit membalas dengan pukulan juga.Mereka berhenti apabila mendengar persoalan Aisya. "Ezzah kat situ ke?"tanpa perlu menjawab 'ya',Ezzah terus bersuara dan menyatakan kerinduannya pada Aisya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now