Bab 19

87 3 0
                                    

Kopi panas yang dipegangnya pantas diletakkan ke tepi apabila merasakan gegaran perlahan dari dalam poket seluar.Telefon ditarik keluar sebelum satu mesej dibaca.

Unknow number:Hope you enjoy your life before we meet this Friday.

Mesej daripada nombor yang tidak diketahui itu sekadar diendahkannya tanpa mahu membalas.Telefon dimatikan sebelum disimpan semula.Kopi tadi dicapainya selajur didekatkan ke bibir,dihirup sedikit kopi tersebut yang masih panas.

Dari jauh Aisya dapat menangkap kelibat Syahirah yang berjalan tergesa-gesa menghampirinya. "Sorry lambat."kata gadis itu dan hanya dibalas dengan senyuman kecil berserta anggukan kepala.

Syahirah mengambil tempat di sebelahnya,gadis itu bersandar tenang sambil mata memandang kesibukan manusia yang memenuhi ruangan lapangan terbang.Aisya di sisi menghulurkan secawan koko panas yang sering dibeli Syahirah sepanjang melanjutkan pelajaran di England.Ucapan terima kasih diungkapkan setelah dia mengambil cawan tersebut.

"Bila awak nak datang lagi?"tanya Syahirah ketika mendekatkan cawan dengan bibir.

Aisya yang tadinya duduk tegak terus bersandar bersama keluhan berat.Fahamlah dia akan maksud tingkah laku Aisya itu. "Tak apalah mungkin dah ditakdirkan awak sempat duduk dua hari je kat sini teman kita."kata Syahirah tanpa sempat memberikan peluang untuk Aisya menjawab.

"Apa awak mengarut ni Sherry? Kita belum jawab lagi."berkerut dahi Syahirah mendengar balasan kata Aisya yang sudah tegang wajahnya.

"Insya-Allah,kita akan datang lagi tapi mungkin lepas dah dapat kerja.Faham-fahamlah,tinggal lagi dua semester lepas tu grad dan tunggu kerja.Ada gaji,dapat cuti panjang barulah boleh datang sini lagi."terang Aisya sambil membetulkan tudungnya dengan tangan kanan.

Membulat mulut Syahirah memahami perancangan tersebut.Kedua-duanya mendiamkan diri dan menghabiskan minuman masing-masing sebelum membuang cawan kertas itu ke dalam tong sampah berdekatan.

"Kalaulah awak boleh ikut kita balik Malaysia...mesti best.Adalah juga kawan kat majlis nanti."terus berubah nada Aisya yang tadinya tegas kini menjadi manja.Bukannya dia tidak tahu yang Aisya sengaja berkata sebegitu kerana tidak mahu pulang ke Malaysia.

"Tapi sayangnya kita tak dapat pergi pula.Tapi...tuan punya badan tu mungkin akan jumpa cinta hati pertama dia kat majlis nanti.So mesti dia lupakan kita kat sini."kata Syahirah yang sengaja mahu menyakat sahabatnya itu.

Aisya di tepi sudah membuat wajah terkejut dan geli. "Tak naklah."dicuit pinggang Syahirah sehingga termelatah dan terlompat kecil gadis itu kerana terkejut.

Syahirah cuba membalas dendam namun Aisya lebih pantas melarikan diri.Kedua-dua gadis itu sungguh gembira sedangkan mereka akan berpisah dalam beberapa minit sahaja lagi.Itulah persahabatan hakiki yang sukar untuk dicari gantinya.

~~~

"Apa?"tanya Amirul setelah bagai tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh adik lelakinya,Adam.

"Ibu suruh kau ikut dia malam tu juga."dari dalam telefon dia dapat mendengar suara Adam mengulangi semula arahan daripada ibu mereka.

Pantas Amirul menutup fail kerjanya dan terus fokus pada perbualan yang tadinya dianggap tidak penting. "Kenapa aku?"soalnya mudah sambil bangun daripada kerusi dan berjalan perlahan menghampiri rak buku bertingkat yang berada berhampiran.

Butang loud speaker telah dipasang jadi dapatlah dia mendengar suara adiknya itu dengan jelas. "Apa masalah kau ni? Siapa yang hari tu beria sangat? Kau juga! Dah malaslah aku nak jawab soalan bodoh kau tu!"panggilan mereka tamat begitu sahaja.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now