"Mama?" Sky memanggil perempuan berambut hitam tersebut.
Tetapi Amber tidak dengar panggilan si kecil. Dia terus masuk ke tepi bangunan, dan..
Bang!!
Satu tembakan dilepaskan.
Sky menutup telinganya yang berdesing. Tetapi dia risaukan mama, jadi kaki kecilnya dekati tempat tersebut.
Mama terbaring di atas lantai. Lantas Sky berlari mendapatkan Mama, risau.
"Sayang.. Kamu.. Datang? " Amber memaksa diri untuk bangun. Dia melihat biru tersebut, dia cuba dapatkannya. Akibatnya dia termuntahkan segumpal darah.
"Mama?" si kecil segera tunduk, memeriksa keadaan Amber.
"Sky? Aa... Sky.."
Lemah sahaja dia bersuara. Dia memaksa tanggannya untuk mengusap rambut Sky.
Kebangaannya, Sky. Air matanya bercucuran mengalir, mengingati suami kesayangan.
"Sky... Beritahu Papa.. Mama minta maaf." dia paksa diri untuk bersuara.
Dia janji untuk tidak tinggalkan si lelaki. Tetapi... Dia dah terlalu letih. Air matanya mengalir tak berhenti.
Sakit. Matanya mulai kabur, hanya samar samar melihat warna biru dan kuning emas itu.
Dia sudah letih.
"Sky... Mama sayang kamu.. Mama.."
....
Lantas dia tidur, meninggalkan si gadis sendirian.
Sky merenung ibunya yang mula jadi sejuk. Dia tidak sedar apabila orang ramai membuat kekecohan.
Langsung dia tidak perduli bunyi ambulan. Matanya tak berhenti merenung Mama yang lena tidur.
💿💿💿💿💿
Ash segera sujud kepada lelaki tua di hadapannya. Air matanya mengalir tak berhenti walaupun dia seorang lelaki.
"Maaf kan saya. Maaf kan saya tak dapat lindungi dia... Maaf"
Di cuba menahan air mata yang mengalir, tetapi tidak mampu.
Si kecil Sky hanya memerhati dari tepi. Dia juga seperti Papa, cuba menahan tangisan.
Dia perlu jadi kuat, supaya Papa tidak risaukan dirinya.
Mama dah tiada, jadi dia perlu ganti tempat Mama. Dia perlu lindungi Papa.
Lelaki tua itu memandang sayu pada lelaki rambut biru tersebut.
Dia mengangkat Ash, supaya tidak lagi sujud.
Bukan salah Ash, bukan salah lelaki itu. Itu semua satu kemalangan.
"Sudah lah. Benda dah jadi. Sekarang kau perlu jaga Sky, perlu jadi kuat."
Ash mengalih perhatian pada Sky yang masih mendiamkan diri.
Dia segera mengesat air mata bersisa, tetapi perit di hati masih belum diubati.
Feng, si tua sangat memahami. Dia juga pernah kehilangan isteri tercinta. Dia faham perit yang Ash lalui.
Tetapi disebabkan itu dia tahu bertapa pentingnya Ash untuk kuatkan diri.
Sky.
Sky masih ada.
Ash perlu sedar si anak perlukan perhatian lebih.
Sky baru berusia 9 tahun, dia telah kehilangan si Ibu.
Amber dijumpai terbaring berlumuran darah di tepi bangunan. Walaupun Ash hantar penyisat elit dibantu juga kumpulan Feng, mereka gagal menjejaki pembunuh.
Dua hari kemudian, majlis pengebumian dilangsungkan secara besar-besaran.
Puan Besar Lione Amber Vi Lucienna, Isteri kepada lelaki terkaya telah mati ditembak. Berita ini dipaparkan pada halaman hadapan surat khabar dan di television.
"... Saya takkan maaf kan. Saya tak akan maafkan siapa yang sentuh Amber."
Tangannya digenggam. Sehingga nampak urat urat sehingga ke mukanya. Matanya dipenuhi dendam.
Si tua Feng tidak menyampuk, kerana dia juga akan hapuskan semua yang terlibat dalam pembunuhan anak gadisnya.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light