[6]. Doktor Q

1.6K 133 12
                                    

Angin bertiup sepoi bahasa.

Tirai dibiarkan menari mengikut rentak angin, dan cahaya matahari curi curi masuk dari tingkap.

Suasana yang sangat tenang, masa yang paling sesuai untuk membaca.

Bagi Rain, ini adalah dunia dia. Syurga dia.

Sehingga pintu dibuka dari luar, dan seorang penunggu biru berdiri di hadapan pintu. Kewujudan penunggu biru yang mengubah tempat syurga dirinya.

"Dah sambung cerita?" soal si gadis berbaur mengarah.

Terus terbantut niat Rain untuk membaca. Buku ditangan terpaksa ditutup dengan hati yang berat.

Ciss..

"Tak. Aku tak de mood nak sambung." jawabnya malas, dalam masa yang sama mengharap agar si gadis berputus asa.

Tentang buku itu.. Biarlah dilupakan. Sekarang Rain agak menyesal kerana pergi mengarang buku tersebut.

Sky tak membalas, hanya berjalan dan mencapai buku yang tersusun pada rak.

Kemudian dengan selambanya ambil tempat duduk depan Rain dan mula membaca.

Buatkan Rain mengeluh pada tingkah laku si gadis.

Dia dah biasa bersendirian di kelab tersebut.

Dia pengasas, dia juga pengerusi dan dia jugalah ahli.

Sekarang tidak lagi.

Haaa...  Dengan keluhan dia sambung membaca buku di tangan.

"..tsk.." perlahan, tetapi bunyi mengadu kesakitan tersebut tak lepas didengar oleh Rain.

Segera dia menoleh pada punca bunyi tersebut. Buku ditangan ditolak ketepi.

"Kau cedera?" Rain segera menarik tangan si gadis, memerhati luka kecil di ibu jarinya.

"Terguris kertas sedikit. Tak mengapa." jawab Sky malas. Benda kecil macam tu tak perlu dibesarkan.

Kalau dibalut sedikit, tutup la luka tersebut.

"Mana tahu ada jangkitan." tanpa memperdulikan Sky, Rain menarik si gadis untuk mengikutnya keluar dari bilik kelab.

Terkelip kelip mata Sky melihat telatah Rain.

"Kemana?"

"Bilik rawatan."

"....." perlu ke? Luka yang sikit tu.. Tak perlu la sampai ke bilik rawatan, bukan?

Tapi dia biar sahaja si lelaki menariknya, malas untuk berdebat. Tak sampai seminit, mereka sampai ke destinasi, bilik rawatan ST berlin.

Belum pun sempat Rain mencapai tombol, seseorang membukanya dari dalam.

Seorang lelaki berkaca mata, kelihatan kemas dengan kod putih berikan senyuman pada mereka berdua.

Senyuman yang sangat lembut dan mempersonakan. Dari gaya si lelaki, Sky tahu dia adalah doktor untuk bilik rawatan tersebut.

"Rain, jarang kau datang sini." tegur si Doktor muda. Dia kemudian memberikan laluan untuk mereka masuk.

Nampaknya Rain dan Doktor muda tersebut adalah kenalan lama.

"Tangan budak ni luka." Rain tunjukkan luka kecil Sky pada si Doktor muda.

Si Doktor muda, dengan profesionalnya, mengarah Sky untuk duduk dan merawat tangan si gadis dengan penuh prihatin.

Hurm...

Dia langsung tak komplain kenapa luka kecil macam ni pun kena pergi ke bilik rawatan. Kalau Sky berada di tempat si Doktor, mungkin dia dah halau budak mengada ngada macam tu.

"Semua pelajar di sini adalah keturunan Bangsawan, di mana luka sebegini pun boleh jadi isu besar. Kami rakyat jelata kenalah jalankan tugas yang ditetapkan."

Sky pandang si Doktor tak percaya. Boleh ke lelaki itu baca fikiran? Atau nampak sangat ke apa yang dia fikir?

Melihat reaksi Sky, doktor muda itu ketawa kecil.

"Saya tak boleh baca fikiran, tapi..  Saya boleh baca reaksi dan bahasa badan orang. Maaflah buat harapan palsu. Baiklah, dah selesai."

Sky lihat balutan yang tersangatlah kemas pada ibu jarinya. Balutan si doktor sangat teliti dan cantik.

"Terima kasih, tapi itu hanya balutan biasa saja." ujar doktor muda, yang kemudian mengalihkan perhatian pada Rain pula.

"Kau tak nak kenalkan aku pada gadis cantik ni ke, Rain?" nadanya sedikit mengusik, almaklum jarang sama sekali Rain dekat dengan pelajar lain, lagi-lagi pelajar perempuan.

"Sky, ahli baru Kelab Literature." jawab Rain mendatar, malas nak timbulkan lebih banyak salah faham.

"Oo.. Cik Muda Sky berminat dengan kelab sunyi tu?"

Kali ni, biar Sky yang teka apa di sebalik soalan si Doktor muda. Mesti dia fikir orang kaya suka buat benda yang habiskan masa.

"Pffffftt!!  Maafkan saya. Betul apa yang Cik Muda fikirkan. Tahniah dapat baca fikiran saya." Si Doktor muda cuba menahan ketawanya, terhibur.

Muka Sky bertambah berkerut. Doktor muda ni boleh baca fikiran orang!

"Cik Muda Sky, selamat berkenalan. Kalau ada apa-apa kecederaan boleh datang jumpa saya di sini. Aa..  Saya lupa perkenalkan diri. Nama saya Quin. Panggil saja Doktor Q." ujar Doktor berkaca mata itu ramah.

Doktor Q. Doktor yang boleh baca fikiran orang lain.

.....

"Tolong tengok-tengokan si Rain ni ya. Pastikan dia tak buat benda benda aneh kat kelab."

".. Tu hanya kelab membaca. Benda pelik apa yang boleh aku buat?" Suara Rain jelas menunjukkan dia tak puas hati dituduh sedemikian.

"Hohoho.. Seorang teruan dan seorang gadis berduaan, banyak benda boleh berlaku." perli Doktor Q. Dia berikan senyuman sinis, buatkan hati Rain terbakar.

"... Sky, aku balik bilik kelab dulu."

Hurm.. Kena lah pandai larikan diri bila kena serangan kritikal macam tu.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now