[45]. Di sebalik Nina

696 67 5
                                    

Jeanis dan Nina merupakan anak kembar keluarga Veins.

Pada usia mereka kecil, kedua ibu bapa Jeanis dan Nina terlibat di dalam kemalangan, menyebabkan Jeanis dan Nina menjadi anak yatim piatu.

Syarikat keluarga Veins mula merundum disebabkan pewaris keluarga masih kecil dan ketua sementara yang menjadi pengganti seorang yang tidak berkaliber. Malah mencuri duit syarikat hingga syarikat hampir jatuh muflis.

Di kalangan orang bangsawan, keluarga Veins kelihatan hina kerana punya pangkat tanpa harta.

Maka Veins dan Nina sentiasa menjadi mangsa buli pada anak bangsawan yang lain.

Mereka bergantung sesama sendiri, melepasi hari hari kegelapan mereka. Bertahun lamanya.

Ketika si kembar berusia 16 tahun, hubungan antara Jeanis dan Nina mulai rengang. Jeanis lebih tertumpu kepada syarikat sehingga melupakan si adik perempuan.

Nina mempunyai mata merah dan rambut putih, akibat dari penyakit kulit albino yang dihidapi. Namun, kekurangan tersebut adalah kecantikan Nina.

Perempuan yang mula mencemburui si gadis mula mencari pelbagai cara untul membuli Nina.

Sama ada membaling batu, menyimbah air kotor atau pun mengunting rambut putih si gadis.

Nina memahami abangnya sedang sibuk menguruskan syarikat untuk keluarga. Maka dia hanya diamkan diri.

Diamkan diri sehingga keadaan semakin parah.

Jeanis yang berada di pejabat mendapat panggilan Nina telah dihantar ke hospital. Nina dijumpai mamai di bilik sukan sekolah, dengan keadaan khayal akibat pengambilan dadah yang merbahaya.

Kesemua pelajar perempuan yang terlibat dalam kes tersebut direman namun disebabkan mereka anak bangsawan, mereka berjaya lepas dengan mudahnya.

Manakala Nina dihantar ke pusat pemulihan.

Sekali mereka terjebak dengan dadah, susah untuk mereka melepaskan diri.

Terkadang, Nina akan merenung ke langit biru dan tersenyum tanpa sebab. Terkadang dia tersengih sengih sambil menyanyikan lagu yang direka sendiri dan menari nari.

"Semuanya salah abang. Abang tak lindungi kamu dengan baik." Jeanis menekup mukanya dengan kedua belah tangan.

Nina hanya ketawa, melihat ke arah langit biru di luar tingkap.

"Abang abang.. Nina nak jumpa hero Nina. Hero Nina jumpa Nina dalam kegelapan, selamatkan Nina dan pujuk Nina bila Nina menangis. Mana dia abang? Nina nak jumpa dia." ulang Nina untuk keberapa kalinya, sambil cuma mengapai langit biru.

Menurut doktor yang menerima Nina tempoh hari, seorang pelajar lelaki berambut biru yang menghantar Nina ke hospital. Mungkin itu yang dimaksudkan adik perempuannya.

Tapi Jeanis tahu identiti si lelaki. Ash Merlin, satu-satunya waris lelaki keluarga Merlin ketika itu. Kedudukan yang terlalu tinggi, tak mungkin akan datang melawat Nina jika Jeanis merayu sekalipun.

Doktor mengesahkan, walaupun kesan dadah telah mulai hilang, psikologi Nina tidak lagi normal. Mungkin gila akibat terkanan yang dia hadapi.

Jeanis enggan menghantar Nina ke doktor psikologi. Jadi dia merawat Nina di rumah dan mengupah doktor persendirian. Malah Nina juga diberhentikan sekolah.

Keadan Nina makin kritikal, amarah si gadis tidak boleh dikawal dan ramai Pembantu rumah menjadi mangsa keganasan Nina.

Emosi Nina tidak stabil dan berubah rubah. Dia sering mengugut untuk membunuh diri jika Jeanis tidak memberinya dadah yang diingini.

Nina telah lama rosak.

Adiknya yang dulu seorang yang pendiam, seorang yang manis...

Telah hilang.

Kenapa semua jadi begini? Kenapa orang yang merosakkan Nina masih hidup bahagia dan terlepas dari kesalahan mereka?

Semakin lama, dendam mula terkumpul menjadi nanah busuk.

"Kenapa orang lain boleh hidup normal, tapi Nina tidak?  Dunia ni tak adil?  Hahahaha.. Kalau tak adil biar aku jadikan ia adil. Biar semua rasa apa yang aku rasa."

SKY [Complete]Where stories live. Discover now