Sofie : Selamat bertemu kembali di dalam sesi Questionare Ketiga, juga sesi terakhir untuk segment ini. Kali ini, tetamu jemputan kita adalah sepasang suami isteri yang semua cukup kenal.
Lee : Hai semua, Leena di sini. Selamat berkenalan.
Maria : Hai. Gembira bertemu korang.
Sofie : Hehehe.. Pasangan idola semua, pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, dan dikurniakan dua orang anak yang sangat hebat, Light dan Miralia.
Lee : Terima kasih, tapi kami tidak lah sampai menjadi idola.
Maria : .. Kadang kala saya rasa serba salah. Kenapa kami sahaja pasangan bahagia dalam cerita ni? Macam tak adil.
Sofie : ehh.. Urmn.. Takdir dah menentukan. Hehehehe.. ( tukar topik, tukar topik) Jadi, tanpa buang masa lagi, mari kita bergerak ke soalan pertama. Sebelum perkahwinan awak berdua, Maria pernah hilangkan diri selama 4 tahun. Apa yang berlaku ketika itu?
Maria : Masa tu, saya rasa diri ni tak layak untuk Leena. Jadi saya buat keputusan untuk jauhkan diri dan berlatih untuk jadi yang terbaik.
Keadaan syarikat kucar-kacir selepas kematian Tuan Pengarah sebelum ini, jadi saya gunakan alasan tu untuk ke luar negara.
Selain belajar seni pertahankan diri, saya juga agak sibuk memanipulasikan data keluarga.Sofie : Manipulasi data?
Maria : Ya. Pertama, kami hasilkan berita palsu tentang kewujudan waris cucu lelaki yang duduk tersembunyi dari keluarga.
Dalam masa yang sama, menutup kewujudan anak gadis keluarga Merlin. Barulah identiti saya yang sekarang ni terbina.Sofie : Tujuan untuk manipulasi data?
Maria : Untuk pastikan saya dapat bersama Leena secara Official. Dan seterusnya, dengan identiti baru sebagai pewaris sah, saya menolak untuk jadi waris keluarga dan berikan kepada Ash. Perkara ini saja mengambil masa berbulan lamanya.
Ketika tu, yang banyak membantu adalah Ash.Sofie : ... Err.. Agak complicated. Hebat sungguh kemahiran Keluarga Merlin untuk ubah fakta. Baiklah baiklah, mari kita beralih pada Puan Leena. Semua orang tertanya, bagaimana awak boleh jatuh cinta pada Tuan Muda Maria? Hehehe, jawab jawab, jangan tak jawab!
Lee : eh.. Mn.. Saya pun tak pasti bila saya jatuh cinta. Orang kata, cinta datang tanpa diundang dan dirancang.. Dan saya setuju.
Sejak pulangnya Tuan Muda ke tanah air, jantung saya tak tenteram dan selalu berdebar. Hari demi hari, saya masih belum sedar perasaan yang mula berputik ini...
Sampai lah.. Ketika Tuan Muda lamar saya... Saya menangis terharu.. Saya terlalu gembira. Dan ketika itu saya sedar, saya juga cintakan Tuan Muda selama ini.Sofie : cuba lebih terangkan lebih jelas. Maksud saya, apa yang ada pada Tuan Muda Maria buatkan awak jatuh cinta?
Lee : Saya percaya ianya masa. Masa saya habiskan bersama Tuan Muda, sentiasa bersama, akhirnya lahirkan perasaan cinta.
Sofie : hurm. Menurut Puan, masa boleh lahirkan cinta. Jadi kalau boleh letakkan level cinta Puan pada Tuan, berapa tinggi level cinta awak berdua?
Lee : eh? Mnn.. Tak terukur. Perasaan mana boleh diukur. Hahaha. Tapi kalau boleh, saya nak jawab, level paling tinggi setinggi-tingginya.
Maria : ( tersenyum senyum tak berhenti.)
Sofie : Hohoho.. Jadi awak berdua ada rancangan untuk anak ketiga?
Lee : .....
Maria : .....
Sofie : ?? Kenapa awak berdua diamkan diri?
Maria : .. Rasanya cukup dengan Light dan Lia . Anak-anak ketika masih kecil sangat comel dan seronok bila manjakan mereka.. Bila mereka dah besar....
Sofie : kenapa dengan mereka?
Maria : ....
Sofie : err. Nampaknya Tuan Maria menolak untuk bersuara lebih lanjut. Apa pula pandangan Puan terhadap Light dan Lia.
Lee : Light seorang budak yang baik dan berkaliber. Dia matang pada usia muda, dan boleh uruskan diri dan keluarga dengan baik.
Ketika... Saya jumpa gambar Sky bertimbun dalam bilik dia, saya agak terkejut. Tapi saya rasa ia bukan perkara luar biasa. Sebab, Tuan Muda pun selalu buat benda yang sama.
Mereka cuma nak lindungi orang tersayang.Maria : Saya tak macam tu. Leena, saya tak seteruk Light! Awak kena percayakan saya.
Lee : (nampak ragu-ragu) apapun, Light budak yang baik. Cuma kebelakangan ini dia merisaukan saya. Light banyak termenung dan berkhayal. Ada satu masa dia tuangkan sos dalam minuman. Dia macam baru lepas putus cinta.
Sofie : .... Putus cinta dengan Sky?
Lee : ya. Keluarga kami tahu dia suka pada Sky, tapi Ash sorang saja tak tahu. Budak tu jujur dengan perasaan dia. (Tersenyum kecil)
Sofie : apa pula pandangan Puan pada Miralia?
Lee : ... Dia mengingatkan saya pada zaman remaja Tuan Muda.
Maria : ... Awak masih ingat macam mana rupa perempuan saya?
Lee : Saya tak akan pernah lupakan. Tuan Muda sangat cantik dan elegant. Saya agak bangga dengan Lia kerana warisi kecantikan awak.
Maria : (mengeluh)
Sofie : apa pula pandangan awak tentang khabar angin hubungan Miralia dan Night?
Lee : oh. Ia bukan khabar angin. Lia sudahpun minta izin pada kami untuk benarkan mereka berkahwin selepas Lia habis belajar. Night budak baik, saya percaya dia boleh bahagiakan Lia.
Maria : No komen.
Sofie : No komen?
Maria : Saya cakap apa pun, Lia tak akan peduli. Budak tu.. Biarlah dia buat apa yang dia mahu. Saya hanya akan sokong dari belakang dan hulurkan bantuan bila dia perlu. Pada Night, saya hanya mampu beri simpati.
Sofie : ... Dengan ini berakhirlah segment kita untuk kali terakhir. Terima kasih kepada semua tetamu yang memberi kerjasama. Bye bye.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romantizm"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light