[24]. Lia

931 92 11
                                    

Lia, atau nama penuhnya Miralia merupakan anak gadis tunggal kepada Maria dan Leena Merlin.

Lia punya rambut hitam ikal mayang, dan mata hijau emerald seperti ayahnya, Maria.

Personaliti?

Normal. Sepatutnya normal. Di mata orang lain, Lia adalah tuan puteri yang mulia dan berbudi.

Kalau si lelaki berjaya berbual bersama Lia lebih seminit, mereka akan dicemburui lelaki lain berbulan lamanya.

Kelab peminat Lia terlalu agresif dan telah ditubuhkan sejak Lia sekolah rendah lagi.

Kata Leena, ibunya, Lia warisi pheromone yang ayahnya ada sewaktu zaman remaja si ayah. Bezanya pheromone Lia lebih kuat dan tertumpu kepada kaum lelaki.

Disebabkan Lia terlalu menyerupai si ayah, Leena menekankan Light supaya melindungi si adik seperti pahlawan peribadinya.

Namun begitu, cinta pertama Lia adalah lelaki bernama Night, rakan baik abangnya sendiri. Lia jatuh cinta pada pandangan pertama, ketika dia berusia 3 tahun.

Ya.

Anda tidak salah baca. 3 tahun.

Ketika itu, ia hanyalah perasaan ingin tahu pada si lelaki, kemudian berkembang menjadi satu pujaan.

Akhirnya melahirkan perasaan cinta.

Perasaan cinta tersebut buatkan Night sentiasa larikan diri dari Lia. Kalau dia boleh jadi halimunan, Night akan selamanya hilangkan diri dari pandangan Lia.

Dah mencecah tiga tahun dia cuba mengelak. Namun, Night perlu terima hakikat masalah tetap tak akan selesai kalau dia hanya tahu melarikan diri.

Atas permintaan Light, dia terpaksa menanti di luar pintu pagar sekolah dengan hati yang gusar.

Seperti mana Light selalu mendengar permintaan dirinya, Night juga akan sentiasa tunaikan permintaan Light.

Budi dibalas budi dan jasa dibalas jasa. Baik dibalas baik, manakala jahat dimaafkan dengan hati terbuka. Itu pendirian Night yang telah ditanam oleh bapanya sejak dia kecil.

Namun setiap detik penantian untuk kembali bersemuka bersama Lia seperti seksaan hidup bagi Night. Makin lama makin susah dia nak bernafas.

Mahu saja kakinya menekan pedal minyak kereta dan sepantas kilas memandu kereta tersebut jauh dari Akedemi Henry.

Fikiran Night makin serabut, makin kalut. Sampai tak sedar dirinya sudah lama diperhati oleh seseorang dari luar. Mata si gadis tak berhenti menatap wajah cinta hati yang sentiasa melarikan diri.

Menurut abangnya, Night baru sahaja menamatkan pembelajarannya pada tahun ini. Lia cukup sabar menanti hari cuti untuk mengatur perjumpaan bersama Night.

Tiga tahun adalah masa yang terlalu lama buat Lia. Kini dia telah pun berusia 17 tahun, hanya setahun lagi dia dikira sebagai seorang dewasa.

Dah cukup lama Lia menanti saat ini. Bibirnya mengukir senyuman dan dengan langkah yang berani dia membuka pintu bahagian pemandu.

Belum sempat Night memberi reaksi, Lia lebih pantas menekan butang laras kerusi dan menyandarkan Night kebelakang.

Dengan lancar dia mengunci pergerakkan Night dengan menindih si lelaki antara dirinya dan kerusi.

"Night, dah puas kau larikan diri?" soal Lia lembut, dan tanpa menanti balasan Night, bibir si lelaki dikucup.

"Mmmphhh!"

Nak ditolak badan si Lia, dirisaukan si gadis terhantuk di langit kereta. Night hanya mampu pasrah dan menutup mata.

Reaksi Night hanya buatkan Lia tersenyum lebar. Melepaskan rindu yang lama terpendam, barulah Lia memberikan ruang untuk Night tenangkan diri.

"Bukannya kau tak boleh tolak suruhan abang. Tapi Night tetap Night, hati terlalu lembut untuk menolak." sindir Lia.

Night hanya menutup mulut dan mata, biarkan Lia membuat apa sahaja.

"Night, kau masih marah pada benda yang aku buat?  Walaupun kau hilangkan diri tiga tahun, merajuk, tapi tak pernah sekali aku kesal dengan apa yang aku buat." Lia mengusap rambut si lelaki.

Lia masih tersenyum, tetapi hatinya terguris melihat reaksi Night macam batu.

Dia hanya mengeluh, melepaskan Night dan kembali ke kerusi penumpang.

....

......

.......

Lepas dah pastikan keadaan kembali normal, barulah Night memulakan pemanduan.

Sekalipun dia tidak menoleh ke arah Lia sepanjang perjalanan. Hanya menumpukan perhatian pada jalan, untuk tenangkan jantung yang masih berdegup kencang.

Lia menjeling dari ekor mata, ke arah telinga Night yang memerah macam udang kena bakar.

Lia fikir, mereka akan terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Siapa sangka dengan suara sedikit terketar, Night beranikan diri untuk bersuara.

Melontarkan perasaan terbuku selama tiga tahun.

"Saya... Saya sentiasa fikirkan Lia sebagai adik. Tak pernah sekali... Saya fikirkan Lia ke arah macam tu... Maaf..tapi.."

Makin lama, suara Night makin perlahan dan akhirnya hanya menjadi omelan kecil.

Jawapan Night sama seperti jangkaan Lia. Cliche, hanya kerana dia muda empat tahun dari Night.

"Tapi Lia tak pernah anggap Night sebagai abang. Lia sentiasa cintakan Night, dari dulu dan akan selamanya."jawapan cliche juga diberi.

Pada itu, Night terdiam. Dari ekor mata, Lia dapat lihat si lelaki menggigil kecil.

Kesian.

Tapi tak bermakna Lia akan putus asa. Cinta Lia takkan terkubur begitu sahaja.

Dia cuma berikan masa untuk Night menerima dirinya. Lia boleh tunggu.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now