[60]. Moonstar and a Village girl

1K 83 11
                                    

Di sebuah kampung yang kecil dan harmoni, seorang bayi dilahirkan di tengah malam tanpa bulan dan bintang.

Pasangan yang sangat-sangat menantikan kelahiran si kecil menamakannya MoonStar kerana bagi si pasangan, si anak adalah bulan dan bintang dalam kehidupan mereka.

Cahaya mata yang dikirimkan pada dunia si pasangan. Mereka menatang anak kebanggaan mereka lalu ditayang ke semua orang kampung.

"Lihatlah, lihatlah anakku yang comel. Lihatlah lihatlah anak kebanggaan kami!" kata si ibu bangga.

Bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang sangat mulus, rambut yang ikal mayang dan bibir munggil yang memerah semulajadi.

Di hadapan si pasangan mereka memuji, di dalam hati mereka mengutuk. Manusia sentiasa cemburu.

Tiga tahun selepas kelahiran si bayi, si ayah telah ditimpa musibah di dalam hutan ketika memburu binatang. Mayat si ayah ditemui jatuh ke lurah yang dalam.

Tahun berikutnya, si ibu yang menggantikan si ayah untuk mencari rezeki turut sama jatuh ke dalam lurah yang sama.. Dan ditemui mati di tempat kejadian.

Maka orang kampung mula mereka cerita, mula sampaikan buah mulut dan gosip tentang MoonStar sebenarnya anak pembawa malang.

Anak yang membunuh kedua ibu bapa sendiri.

Menyumpah kematian keatas ibu bapa sendiri.

Dari satu rekaan, menjadi satu realiti. Mereka tak berhenti menghina, mencaci dan mengkeji si kecil MoonStar.

Kalau si kecil keluar sahaja, pelbagai jenis barang dibaling ke arahnya. Setiap hari, badan Moonstar pasti dipenuhi luka luka. Dari luka kecil sehingga luka besar.

"Monster Monster!" teriak orang kampung bila dia melintas.

Ketika usianya 7 tahun, akhirnya Moonstar melarikan diri ke dalam hutan dan bersembunyi di dalam sebuah gua.

Dia mula percaya semua yang dikatakan orang kampung. Sebab itu, biarlah dia bersendiri. Biarlah dia menyendiri.

Dari usia 7 tahun sehingga usianya 17 tahun, dia hidup sendirian. Kalau ditanya, pasti Moonstar akan mengatakan dia lebih selesa begitu, dari terus dicemuh orang kampung.

Sehingga satu hari, Moonstar terserempak dengan seorang gadis kampung yang sesat di dalam hutan ketika mencari makan.

" Jangan dekat. Kalau engkau tak nak ditimpa malang, baik kau jauhi aku."
Moonstar beri amaran.

Tapi si gadis buat tak endah pada amaran yang diberi, malah menyoal semula.

"Kenapa pula engkau boleh buat aku jadi malang? Sedangkan kat mata aku,  kau cuma manusia yang sama macam aku. Atau kau sebenarnya penunggu hutan ni?"

Moonstar tak membalas. Dia terus balik ke gua di tengah hutan. Bila Moonstar hampir sampai, barulah dia sedar si gadis kampung tadi telah mengekor sama.

"Aku dah suruh kau pergi jauh dan jangan dekati aku!"

Si gadis buat tidak endah lagi. Dengan selambanya dia masuk ke dalam gua dan mengumpul kayu-kayu kering. Kemudian dia mula menyalakan unggun api.

"Tengok tu,  langit dah gelap. Sampai ke hati kau biarkan gadis lemah macam aku di tengah hutan pada malam hari? Jangan risau, aku hanya tumpang sehari dan esok aku akan balik semula ke kampung."

Mendengar penjelasan si gadis kampung, Moonstar mengalah dan biarkan si gadis buat apa sahaja yang dimahukan.

Bila pagi telah tiba, seperti yang dijanjikan si gadis telah hilang, mungkin pulang ke kampung.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now