[36]. Persediaan

784 71 10
                                    

"Sky kat atas pentas tadi sangat menakjubkan! Semua penonton puji bertapa cantiknya anak gadis papa." puji Ash melambung.

Kalau anak orang lain, dia langsung tak perduli macam mana cantik atau macam mana sekalipun dipuji orang lain.

Tapi mereka semua tak boleh tandingi Sky!

Ini kerana Sky mewarisi genetiknya dan Amber, maka Sky dilahirkan menjadi seorang yang terlalu comel dan sempurna!

Sky yang malas melayan Ash kemudian menoleh ke arah Light. Seperti biasa Light akan memberi senyuman manisnya.. Tapi kali ini.. Light nampak tak bermaya.

Dan.. Mata Light sembab seperti baru lepas menangis.

"Light, ada sakit kat mana-mana ke? Kenapa menangis?" cepat cepat Sky dekati Light dan memeriksa keadaan si lelaki.

Soalan Sky buatkan muka Light memerah, tetapi cuba dikawal sehabis baik. Jatuhlah ego Light kalau orang tahu dia menangis kerana putus cinta. Dia berdehem beberapa kali untuk pastikan segalanya nampak normal.

"Jangan risau, Light okay saja. Sky, awak sangat cantik hari ni." dia mengusal rambut Sky perlahan.

Kalau dulu, dia gemar mengusap rambut si gadis yang lembut.

Tapi sekarang, perbuatan tu hanya buat Light sakit.

Perit.

Seperti hatinya dicincang-cincang.

Light tak pernah tahu dia selemah ini. Dia fikir dia boleh lindungi Sky dari lelaki lain... Tapi tanpa disedari, semuanya bukan lagi dalam kawalan Light.

"Terima kasih." balas Sky.

Si gadis seperti tersedar sesuatu dan menoleh ke belakang. Sepatutnya dia dan Rain keluar bersama, dan bila dia ternampak Papa dan Light, terus dia tak sedar bila Rain hilangkan diri.

Hati si gadis berdebar tiba-tiba, naluri Sky menyatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Nalurinya kuat mengatakan.. Sekiranya dia gagal bertemu Rain hari ini, Rain akan hilangkan diri selamanya.

Sementara Sky bertemu keluarganya, Rain berada di dalam situasi yang paling dia nak elakkan.

"Rain, kat sini kau rupanya." suara lelaki tersebut mengejutkan Rain. Dia menoleh dan terundur sehingga hampir jatuh.

Dah lama dia tak jumpa dengan bapa tirinya, Jeanis Vein. Sebab terlalu lama lah, Rain hampir lupa ketakutannya pada lelaki di hadapan.

"Pa.. Papa. Apa papa buat.. Kat sini?" mukanya putih pucat seperti nampak hantu.

Siapa sangka Papa akan datang mencarinya. Tekak Rain terasa kering kerana peluh yang keluar tak berhenti.

"Kenapa? Tak suka tengok aku datang?" rengus Jeanis.

Rain cepat-cepat menggeleng. Kakinya terundur selangkah lagi, tetapi ditahannya nafsu untuk larikan diri.

Kalau dia betul-betul lari, keadaan mesti jadi lagi teruk.

"Menyusahkan Papa untuk datang ke sini." akhirnya dia bersuara. Rain segera tunduk hormat, dan cuba tenangkan diri.

"Heh. Kau dengan Hitomi memang berbeza. Aku tak sangka ketara sampai macam ni sekali."komen Jeanis.

Jeanis kemudian mencapai putung rokok dari poket baju, lalu dinyalakan. Dan asap rokok dihembus ke muka Rain.

Rain terbatuk kecil, matanya berair akibat terkena asap.

"Malam ni kau ada urusan penting. Baik kau bersiap sedia sekarang. Aku tak nak dengar kegagalan." 

Rain tak membalas, hanya jadi patung untuk terima arahan.

"... Aaa.. Aku lupa lagi. Bukan kau yang keluar malam ni. Hitomi yang akan uruskan semuanya bagi pihak kau kan? Pesan kat dia, kalau dia gagal, dengan kau sekali terima hukuman." ugutan Jeanis semakin keras.

Jeanis kutip Hitomi hanya untuk dipergunakan. Segala bisness kotornya dia serahkan kepada Hitomi. Sama ada mengedar dadah, membunuh mahupun merompak.

Hitomi cumalah kambing hitam, digunakan sebagai umpan dan kalau ditangkap, Jeanis takkan masuk campur.

Rain?  Rain pemerhati segalanya. Dia seorang yang pengecut dan hanya mampu jadi pemerhati, sedangkan dia menjalani kehidupan normal sebagai anak orang kaya.

Walhal statusnya sama dengan Hitomi. Tiada perubahan.

Ya. Dunia tak pernah adil.

Sejak kebelakangan ini, Rain mula kumpulkan keberanian. Dia mula berfikir dia yang mahu gantikan Hitomi untuk jalankan misi.

Namun.. Ia cumalah keinginan yang tak tercapai.

Akhirnya.. Hitomi seorang yang perlu kotorkan tangan.

"Ah, tak sia-sia aku datang sini. Tak sangka boleh terserempak dengan Tuan Pengarah Merlin tadi. Hehehehe." Jeanis bercakap seorang diri.

Mendengar nama Keluarga Merlin, fikiran Rain melayang kepada pemilik gadis berambut biru tersebut. Walaupun namanya bukanlah Merlin, tetapi Sky punya kedudukan besar dalam keluarga tersebut.

Sky Lione.

Sky yang punya warna mata emas.

Warna mata emas..

"Urgghhh.." Rain mengerang kesakitan. Kepalanya berdenyut tak berhenti. Sakitnya seperti mahu menghempap kepala pada dinding.

Untuk beberapa saat, sakitnya tadi mulai hilang. Tapi bagi Rain, seperti berpuluh minit lamanya telah berlalu.

"Rain?" panggil Jeaniss apabila si lelaki tidak menjawab.

Rain masih diamkan diri. Hanya merenung Jeanis seperti tiada apa-apa yang berlaku.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now