[1]. SKY

2.6K 159 26
                                    

"Sky~ Mama dah masak makanan kegemaran kamu! Sky~" wanita itu berteriak dari bawah.

Sky menguap, tetapi dia paksa diri untuk bangun.

Sudahla biliknya di tingkat atas, malas betul nak turun ke bawah.

Bila anak gadisnya telah munculkan diri, Amber cepat cepat menarik anaknya yang satu itu ke meja makan.

Terhidang semangkuk bubur ayam...  Yang sedikit hangus.

Hurmm.. Memang betul ini masakkan Mama. Bisik hati Sky.

Tapi dia suka masakkan mama, walaupun terkadang lama juga dia berada di dalam tandas.

"Ada apa-apa istimewa ke hari ni?" tanya Sky sambil mencapai sudu dan mula menjamah.

Mama tak suka masak, bermakna dia akan masak bila ada benda yang buat mama gembira berlaku.

Amber tersengih-sengih.

"Tadi Mama baru balik dari hospital, pastu kan.."

"Mama sakit? Demam?" Sky segera letakkan sudu di tepi. Cepat cepat dia bangun dan dapatkan Mama. Lepas merasakan suhu pada Mama normal, barulah dia senang hati.

Amber ketawa melihat reaksi anaknya. Alahai, sama seperti si Boss Biru.

"Bukan. Bukan sebab sakit. Tapi.."

Gringgg gringg!

Bunyi telephone mematikan apa yang Amber cuba sampaikan. Cepat cepat dia pergi mengangkat panggilan.

Sky kembali menjamu sarapan. Lepas suapan yang ke sepuluh, barulah Mama datang dengan sengihan lagi besar.

"Sky, jom kita keluar beli belah hari ni. Mama nak hias rumah, beli kek!  Kita akan buat kejutan untuk Papa!"

"Kejutan?" ada apa-apa istimewa ke hari ni?

Sky tertanya-tanya, tapi dia bersetuju. Waktu mereka keluar, hari mulai mendung.

Hujan mula menitik. Jadi Mama suruh Sky tunggu di suatu kedai makan sementara dia keluar membeli barang.

Kedai tersebut milik kenalan Mama, jadi dia tidak risau tinggalkan Sky sendiri.

Kata Mama, mereka perlu segera sebelum Papa pulang ke rumah.

Apabila hujan berhenti dan Mama belum lagi pulang, Sky buat keputusan untuk mencari Mama.

Dan dia melihat Mama berjalan masuk ke sebuah lorong yang agak terpencil.

Kalaulah mereka tidak keluar hari itu..

Mama. Mama!  MAMA!!

Dia buka mata emasnya. Sekali lagi termimpikan peristiwa sembilan tahun lalu.

Sky mengeluh. Dia tak mampu lupakan Mama, sehingga terbawa bawa ke mimpi. Jam tepat pada 7 pagi.

kenapa tepat?

Kerana kali terakhir Mama kejutkan Sky untuk bangun adalah pada 7 pagi. Sejak dari itu, Sky akan sentiasa sedar tepat pada masanya.

Dia bangun dan mula bersiap. Rambut biru dibiarkan lepas, menutup matanya supaya mata emas tersebut tidak kelihatan.

Kenapa?

Kerana setiap kali Papa melihat mata tersebut, dia akan tunjukkan wajah yang sedih.

Sebab itu Sky tutup matanya.

Dia menuruni anak tangga, dan bergerak ke ruang makan.

Papa ada di situ, menanti Sky untuk sarapan bersama. Akhirnya Papa pulang ke rumah selepas empat hari bermalam di tempat kerja.

".. Papa.. Selamat pagi."

Sky ambil tempat duduk di sebelah Ash.

"Pagi." jawab Ash sepatah.

Mereka kemudian bersarapan tanpa sebarang perbualan.

Baru sahaja Sky bangun untuk ke kolej, suara Ash menghentikan langkahnya.

"Hari ni papa boleh hantarkan kamu."

Sky geleng kepala. Dia tahu Papa terlalu letih. Mesti tidak cukup tidur.

"Papa rehat. Tak mengapa." Ujar Sky sebelum pergi.

Ash mengeluh. Anaknya terlalu pendiam. Terlalu jaga perasaannya.

Terlalu.. selfless.

Kenapa semua jadi macam ni? 

Pemandu peribadi menghantar Sky sehingga ke pintu gerbang Kolej ST Berlin. Kolej khas untuk anak bangsawan di negara ini.

Bila lihat saja rambut biru tersebut, semua pelajar tahu dia adalah anak tunggal kepada Tuan Pengarah Syarikat Merlin.

Cik Muda Lione.

Pada mulanya, semua pelajar cuba dekati Sky. Malangnya si gadis tak pernah tunjukan minat untuk berbicara dengan mereka.

Dia hanya diamkan diri... Dan diamkan diri.

Sentiasa berseorangan.

Nak dimarah bila mereka tidak dilayan, Sky punya kedudukan yang tertinggi. Jadi mereka akhirnya mengalah untuk cuba berkawan dengan Sky.

Kecuali seorang gadis misteri ini. Sky tak tahu siapa nama gadis tersebut tetapi gadis itu tak pernah berputus asa.

Contohnya sekarang ni.

"Cik muda, selamat pagi."

"...."

"Cik muda tahu peraturan dah dikuat kuasakan. Sekarang ni semua pelajar diwajibkan masuk ke kelab."

"..."

"Cik muda akan masuk kelab apa? Ha!  Apa kata cik muda masuk kelab sama dengan saya?  Saya kelab muzik."

"....."

"Kami akan adakan persembahan orchestra setiap hujung tahun. Sangat menyeronokkan!"

"....." ( bila dia nak berhenti bercakap? )

"Kalau berminat, jangan lupa beritahu saya. Saya boleh tunjukkan jalan."

Akhirnya si gadis itu berhenti bila pensyarah masuk ke kelas.

Tak tahu apa masalah perempuan tersebut. Dah sebulan dia berada di kolej ini, sebulan tu jugak la dia tak pernah bersuara membalas segala pertanyaan perempuan tersebut.

Perempuan pelik.

Author note.

Hai guys

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hai guys..  Ni adalah Sky, illustrated by author's brother.

Xde hightlight warna kuning, oren pun jadilah.. Hehehe.

Personaliti Sky sama macam langit, tenang, xde perasaan dan jauh.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now