Das peluru ditembak tanpa henti. Kedua-dua belah pihak masing-masing derhagakan darah pihak musuh.
Selagi salah satu tidak tumpas, selagi itu perang tembak menembak tidak akan berakhir.
Pada mulanya Hitomi yakin dengan membuat serang hendap di kawasan pakir kerata tersebut akan buat Kumpulan Feng tidak bersedia.
Malangnya, Hitomi sendiri yang telah masuk ke dalam perangkap mereka. Kini tiga dari enam pengikut Hitomi tumpas, dan mereka telah dikepung, tidak boleh larikan diri.
"Luiternal, pasukan bantuan dah ditewaskan kat pintu masuk. Dan pintu kedua juga telah dikepung." salah seorang yang paling terdekat memberi laporan.
Muka Hitomi berubah keruh. Nampaknya, dia akan tumpas di sini.
Bukannya sesiapa akan kisah kalau dia mati. Papa?
Papa dengan mudah boleh mencari pengganti baru. Hitomi cuma salah satu kambing hitam yang liat nak mati.
Selepas beberapa minit, pihak lawan berhenti menembak. Hitomi mengambil peluang tersebut untuk mengisi peluru, dan mencari tempat menyorok paling strategik untuk membidik.
Sekalipun dia akan mati di sini, Hitomi berkeras untuk tidak tumpas tanpa berlawan.
Dari pihak musuh, hanya seorang gadis kenit berjalan keluar, seolah-olah tidak takut ditembak. Dia hanya memegang sepasang pistol patah pada tangan kanan dan kirinya.
Kemunculan gadis kenit buatkan tiga pengikut butterfly rendahkan pengawasan mereka, bersedia untuk menembak si gadis.
Dengan satu lompatan, si gadis merapatkan jarak antara dua pihak dan tiga das peluru dilepaskan hampir serentak.
Das peluru tepat pada dahi ketiga-tiga ahli butterfly, dan tumpas begitu sahaja. Hanya tinggal Hitomi seorang diri, dengan sepucuk pistol di tangan.
"Aku tahu kau kat mana. Baik kau serah diri sekarang." gadis kenit tersebut, Laura memberi amaran.
Jantung Hitomi berdegup laju. Peluh menitis tak berhenti seperti kelenjar peluh telah berhenti berfungsi. Saat saat mendekati detik kematian, siapa tak takut?
Hitomi tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan keluar dari persembunyian. Pistol masih diacukan ke arah Laura, memastikan keselamatan diri.
"Hurmm.. Kau ketua dia? Budak kecik macam kau?" kening Laura tejengkit.
Dalam hati Hitomi, dia rasa perempuan kenit ni tak layak cakap macam tu kat dia.
"Dengar sini budak, kalau kau campak pistol tu, aku boleh lepaskan kau hidup hidup. Bunuh budak macam kau tak bawa makna. Kau cuma perlu bagi tahu kami dalang yang hantar kau. Senang kan?"
Tawaran yang Bagus. Tapi sekali Hitomi khianati kumpulan, ia sama seperti menempah keranda. Atau mungkin pengakhiran lagi teruk dari apa yang Hitomi bayangkan.
Dia menarik picu pistol, memberi jawapan yang pasti. Dia takkan menyerah kalah.
Laura hanya tersengih dan turut sama menarik picu pistol. Jarak mereka terlalu dekat, jadi mustahil untuk mengelak.
Click!
Sesuatu meletup dah asap berkepul kepul memenuhi ruang, membutakan seketika mata semua.
Bom asap!
Segera Hitomi berundur untuk bersembunyi semula, tetapi dia ditarik masuk ke dalam sebuah kereta yang kemudian memecut laju meninggalkan kawasan parkir.
Setelah asap mulai hilang, hanya Laura tinggal sendirian.
"Tuan Ketua, target dah terlepas!" salah seorang pengikut berteriak. Muka Laura selamba, hanya menanti arahan seterusnya dari ketua.
"Biarkan. Tak perlu ekori diorang." Feng Long berjalan keluar dari tempat persembunyian, mendekati Laura. Bahu si gadis kenit di tepuk, seperti memberi penghargaan pada usaha Laura sebentar tadi.
"Pemberi maklumat dah pesan, jangan cederakan budak tu. Berterima kasih la kat maklumat yang diorang kasi, tak ada yang terkorban hari ni." terang Feng Long kepada pengikut lain.
Sementara dalam kereta yang masih dipandu laju, Hitomi tersandar lemah ke kusyen lembut kereta.
"..X. Lain kali, tak perlulah selamatkan aku. Kau hanya letakkan diri kau dalam bahaya." Hitomi tahu dia patut berterima kasih pada X, tapi dia tak suka libatkan orang lain.
".. Jangan la cakap macam tu. Aku risaukan kau, tahu tak!" bantah X, dan segera dia memeluk Hitomi sekuat hati.
Kepala Hitomi disembamkan ke dada X, lembut dan menenangkan. Lebih lembut dari bantal, buatkan Hitomi rasa nak tidur.
"Tak senonoh." suara dari arah pemandu mencemuh, dari nadanya saja boleh tahu bertapa meluatnya dia melihat tingkah laku Hitomi dan X.
"Quin. Kau pun datang selamatkan aku? Wow, hari ni hari apa sampai benda pelik boleh berlaku?" perli Hitomi.
"...kalau perempuan tu tak merayu kat aku, jangan harap aku nak tunjuk muka kat kau."cemuh Quin lagi.
"Kau layan Rain dengan baik, kau layan aku macam sampah. Padahal kami...."
Piiiiiinnnn!!
Kereta dari arah bertentangan memberi hon. Cepat cepat Quin mengelak buatkan Hitomi terhantuk pintu belakang akibat pusingan ganas.
Ceh.. Quin sengaja.
"Quin, bawak la elok elok. Atas jalan raya jangan main-main." X akhirnya bersuara.
Hitomi dan Quin memang tak pantang berjumpa. Macam kucing dengan anjing. Dan X selalu jadi orang tengah yang terpaksa tonton mereka bertengkar.
Haaa.. Walhal X tahu disebalik mengapa Quin begitu bencikan Hitomi.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light