Beberapa ahli aristokrat mula dekati Ash dan memulakan perbualan. Majlis majlis sebegini adalah masa paling sesuai untuk membuat network.
Maria yang katanya pergi mengambil air masih belum pulang, jadi Ash yang kebosanan menanti akhirnya menyibukkan diri dengan perbualan tentang market dan bisness.
Tiba-tiba sahaja ada tangan yang merayap di dadanya, lantas memeluk Ash dari belakang, dan badan si perempuan menempek pada belakang Ash seperti tak nak lepaskan.
"Ash~ you datang majlis I. Thank you~"
Orang disekeliling mula berbisik sesama sendiri, dan yang berbual bersama Ash tadi mula mencari alasan untuk meminta diri.
Siapa yang tak tahu scandal Nina dan Ash di dunia bisness?
Kalau boleh mahu saja Ash tolak si gadis yang tak reti cermin diri, tetapi dipaksa juga diri untuk memberi senyuman.
Apa boleh buat, kene jaga hubungan persahabatan dengan keluarga lain. Walaupun Syarikat Merlin paling terkaya, Ash memang jaga hubungan antara syarikat.
"Er.. Cik Nina, tak manis dilihat orang." Ash akhirnya berjaya lepaskan diri.
Mungkin ini adalah petanda buruk yang Maria cakapkan, walaupun Ash boleh agak perkara ni akan berlaku bila dia buat keputusan untuk hadiri majlis tersebut.
"Pedulikan apa kata orang. I dah lama rindu you, biarlah I lepakan rindu ni." Nina tersenyum mengoda.
Ash mula runsing. Kalau dulu ketika Amber masih ada, isteri kesayangannya akan melekat pada Ash dan menghalau semua perempuan lain.
Selepas itu Maria pula yang jadi pengganti sebagai penghapus semua serangga serangga penyibuk.
Tapi Maria masih belum pulang pulang buatkan Ash makin tak sedap hati.
Nina kemudian memanggil pelayan terdekat dan mengambil segelas air wine dari dulang yang dibawa pelayan lelaki tersebut. Kemudian dia mencapai tangan Ash, merayau-rayau pada tangan si lelaki, sebelum memberinya gelas tersebut.
"Minum la sikit. You nampak tak berapa selesa, baik you tenangkan diri dulu." badan Nina kemudian dilentokkan dan kepalanya bersandar pada dada Ash.
Bibir merahnya mengukir senyuman penuh misteri, dan matanya melirik merenung wajah Ash yang dekat.
Ahhhh.... Nina cuba menahan keterujaannya.
Dalam hati Ash, Maria dipanggil berkali -kali, namun rayuannya tak tertunai, dan akhirnya Ash menyerah kalah dan biarkan Nina bersandar pada dadanya.
Semua tetamu disekeliling hanya mengintai dari ekor mata pada gelagat mereka berdua. Almaklum hampir setiap tahun pada majlis itu perkara yang sama berulang jikalau CEO Maria tiada di sisi Ash.
Ash kemudian meneguk air yang diberi dan pulangkan semula gelas tadi kepada si gadis.
Sempat juga Ash mengundur beberapa langkah ke belakang untuk mengelak dari terus jadi mangsa pelukkan.
Pelayan tadi datang kembali dan mengutip gelas yang telah kosong dari tangan Nina.
Senyuman Nina makin lebar. Dia tekad.. Hari ini adalah hari dimana Tuan Pengarah Ash Lione menjadi miliknya.
Wine yang telah ditabur ubat peransang akan mula berkesan beberapa saat selepas diteguk. Ubat tersebut disediakan abang kesayangan Nina sebagai hadiah hari jadi.
Seperti yang dirancang, Ash mula hilang fokus. Keadaan sekeliling seakan berpusing pusing buatkan dia mula hilang pertimbangan.
Namun Nina lebih pantas dan merangkul lengan Ash supaya orang disekeliling tidak sedar apa yang sedang berlaku.
"Ash, you tak selesa kan?" dia berbisik di telinga si lelaki.
Ash tidak membalas. Badannya terasa panas, dan kalau boleh mahu sahaja dia membuka bajunya dan berendam di dalam air sejuk.
Keadaan Ash buatkan Nina menjilat bibir. Tangannya mula merayap pada muka lelaki yang telah menjadi idaman bertahun lamanya.
Dan bibir itu dikucup, biarkan semua tetamu yang melihat sebarkan pada dunia, lelaki itu telah jatuh ke tanggannya.
Ash biarkan sahaja dirinya dipimpin Nina entah kemana.
Dia hanya sedar dirinya dibaringkan ke atas katil, dan sesuatu menghimpit dirinya.
"Ash.. Malam ni tiada siapa yang akan ganggu kita. Hahahaha hahaahahaha.. Kau aku punya. Aku punya!!!" Nina ketawa mengilai.
Kemudian rambut lelaki itu diusapnya dan pipi lelaki itu dibelainya.
Dah lama dia impikan masa ini akan tiba. Terlalu lama.
Nina kemudian memeluk lelaki itu sepuas hati seperti anak patung. Dia terlalu gembira...
Malangnya... Apa yang dibisikkan Ash kemudian mematikan semua kebahagiaan yang menyelubungi Nina.
"..Amber.. Amber.."
Zapppp!!
Macam ada wayar terputus buatkan kewarasan Nina hilang serta merta.
Matanya bertukar merah dan bibirnya digigit hingga berdarah kerana terlalu marah.
Panggg!!
Ash ditampar sekuat hati.
"Betina tu dah Mati! DAH MATI!! Kenapa kau tak boleh lupakan dia!! Kenapaaa??!! "
Tamparan tadi buatkan pipi Ash merona merah, namun si lelaki masih belum sedar dari keadaan mamainya.
Bibirnya tidak berhenti memanggil nama wanita yang dirindui.
Buatkan hati Nina terbakar marak!
Rambut Ash yang sebentar tadi diusap lembut, kini ditarik dan kepala Ash dihentuk pada kepala katil.
Bang!
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light