Langsir putih ditiup perlahan. Di sisinya, seorang lelaki cuba menumpukan perhatian kepada buku di tangan.
Namun gagal.
Sudah sepuluh kali dia mengulang ayat yang sama.
Selama ini, hanya dia seorang dalam bilik kelab tersebut. Hanya dia dan buku.
Itu dah cukup untuk membuat harinya lengkap.
Tapi sekarang?
Hatinya terasa kosong.
Sejak dia dan si gadis bertemu untuk pesta buku tempoh hari, Sky tidak lagi menghadirkan diri ke kelab.
Seminggu berlalu macam tu sahaja.
Dan sepanjang itulah , Rain rasakan seperti sebulan lamanya berlalu.
Kenapa dahulu dia tak pernah rasa sunyi? Tapi sekarang.. Suara Sky seakan terngiang di telinganya.
Akhirnya Rain mengalah, lantas menutup buku di tangan. Pen di atas meja dicapai, dan kertas kosong dicapai kemudian dicoret.
Tangannya laju menyusun kata.
Mungkin itu saja boleh hilangkan kekosongan yang menghantui dirinya sekarang.
The monster... And a villager.
Tangganya tak berhenti menulis. Dari satu muka surat ke helaian yang seterusnya.
Sedang dia mendalami perasaan watak utama, pintu dibuka dari luar.
Terus tangannya terhenti, dan secara automatik dia menoleh ke arah gerangan di muka pintu.
Seorang gadis sedang merenung ke arahnya. Mata mereka bertembung, buatkan Rain terpaku seolah-olah tenggelam di dalam mata emas milik si gadis.
"... Sia..pa?" soal Rain ragu-ragu. Peluh dingin mula menitis, dan tangannya menggigil kecil.
Mata emas tersebut seperti mata medusa, ratu ular yang membekukan semua yang direnungnya.
"Aku. Takkan kau dah lupa tentang aku?"
Keluar suara yang cukup Rain kenal. Barulah dia tersedar pada rambut biru milik si gadis yang beralun cantik di tiup angin.
"..Sky.. Lione." nama tersebut dibisik perlahan, seperti tersedar sesuatu.
Apabila Sky memotong rambut hadapan, ramai juga yang mengambil masa beberapa minit untuk menyedari identitinya.
Tanpa perdulikan reaksi aneh Rain, Sky berjalan masuk dan memeriksa rak buku, mencari sesuatu yang baru untuk di baca.
Kemudian dia tersedar fail yang semakin menebal di sudut rak. Fail yang mengandungi manuskrip novel yang sebelum ini belum lengkap.
"Kau dah sambung cerita ni?" soal Sky.
Rain yang mula membiasakan diri dengan perubahan Sky, kemudiannya menyusun semua kertas yang bersepah tadi dan mengumpulkan semua ke fail baru.
Sky tak menanti jawapan, dia terus menyambung pembacaan sambil berjalan ke tempat kegemaranya.
Selepas sepuluh minit, fail di tangan ditutup, dan Sky menoleh ke arah Rain yang pura-pura menyibukkan diri dengan buku di tangan.
"Cerita ni masih tergantung. Kau tak terangkan kenapa Ame bunuh penjaga dan kawan baiknya. Kau tak leraikan satu pun misteri buku ni."
Komen Sky. Sebagai pembaca, dia paling tak suka cerita yang tergantung. Penulis ada di depan mata, maka Sky boleh komen sepuas hati dan paksa penulis lengkapkan lubang lubang di dalam cerita.
".. Sebab memang tujuan aku untuk buat cerita ni tergantung. Biar pembaca fikir dan bayangkan sendiri alasan kenapa Ame buat semua tu."
Rain menulis cerita tersebut hanya sekadar mengisi masa. Dan dia hanya lengkapkan buku tersebut atas permintaan Sky.
Kalau tidak.. Buku tersebut akan dibiarkan tergantung.
"Rain, kau rasa kenapa Ame lupa semua kesalahan yang dia buat?" soal Sky ingin tahu.
".... Aku pun tak pasti. Tapi.. Mungkin dia akan lebih bahagia kalau dia boleh lupakan semua kesalahan lampau dia."
"Manusia hidup dengan belajar dari kesilapan lalu yang mereka buat. Kemudian cuba perbaiki diri. Bukan dengan lupakan kesalahan macam ia tak pernah berlaku." Sky membantah.
Jawapan Sky buat Rain terpana seketika. Kemudian si lelaki tersenyum dan akhirnya ketawa.
"Kan Bagus kalau dia boleh dengar apa yang kau cakap sekarang ni. Pffft.. Pertama kali aku dengar kau cakap lebih dari sepuluh patah perkataan serentak. Sekarang aku mula ragu-ragu, adakah kau ni perempuan selekeh yang sama menyemak masuk kelab aku, atau tidak."
Sky meletakkan fail tadi kembali ke rak buku. Selepas dia habiskan masa bersama papa seminggu, Sky mula berubah.
Sedikit demi sedikit.
Dia mula robohkan semua dinding dinding yang dibina bertahun lamanya. Dinding yang halang dirinya dari membuka hati kepada orang lain.
"Seminggu boleh merubah seseorang. Tapi ada juga yang seratus tahun pun masih belum boleh berubah." Sky memetik salah satu kata-kata dari novel yang pernah dia baca.
"Seronok la kau bercuti lama-lama sampai boleh ubah penampilan dan personaliti kau. Tapi jangan sampai lupa, minggu depan 'Hari Usahawan' St Berlin. Ada banyak persediaan kelab perlu dibuat. Jangan ambil cuti lagi." tiba-tiba Rain membuka topik baru.
Sky menoleh kebelakang. Pertama kali dia dengar tentang festival tersebut.
"Hari..usahawan?" Sky meminta kepastian.
"Satu-satunya hari ST Berlin dibuka untuk orang luar. Dan setiap kelab perlu dirikan kedai jualan."
Kenapa Sky tak pernah tahu kewujudan hari tersebut? Dia berkerut.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light