Pagi yang terang,
Hari yang tenang.Maria menjalankan rutin hariannya menuruni tangga untuk ke ruang makan dan memberi kucupan selamat pagi pada Leena.
Lia telah lama hilang, keluar bersama Night entah kemana. Tapi Maria dah biasa dengan ketiadaan anak gadisnya. Jadi dia tak berapa nak kisah.
Hari ni, meja makan kekurangan seorang lagi ahli. Biasanya mereka bertiga akan bersarapan bersama.
"Mana Light?" terus dia menoleh ke arah Leena yang sibuk menghidang makanan.
Leena seperti teringat sesuatu dan keluarkan sekeping nota dari poket baju nya, lalu diberikan pada si suami.
"Dia nampak terkocoh-kocoh pagi tadi dan suruh saya sampaikan nota ni kat awak." jelas Leena dengan lembut.
Dia kemudian mengambil tempat di sisi suami untuk membaca bersama nota yang ditinggalkan anak sulung mereka.
Tanpa buang masa Maria membuka lipatan dan meneliti nota tersebut. Isinya buatkan Maria berkerut seribu.
Papa,
Tolong uruskan dokumen bagi pihak Light dan Tuan Pengarah, please. Light dah maklumkan kepada semua staff suapaya rujuk kat papa untuk urusan rasmi.
Kami ada benda penting, jadi terpaksa ambil cuti hari ni.Dari anak yang sentiasa menyanyangi mu,
Light .Sayang?
Anak yang sentiasa menyayangi mu?
Urat urat muka Maria timbul, dan mahu saja dia mengoyakkan nota kecil tersebut.
Bayangkan, Maria kena siapkan kerja untuk tiga orang? Urghhh!!! Tak guna punya Light!
Ketawa kecil dari Leena terus menenangkan hatinya yang tadi marak terbakar.
Wanita itu kemudian mengusap tangan Maria lembut, seperti cuba memujuk.
"Jangan risau, Lee akan tolong Tuan Muda kat syarikat. Biarlah budak tu keluar bermain sekali sekala. Dia masih muda."
"..jangan panggil saya macam tu.." sengaja Maria menjakan suara, nak tarik perhatian la katakan.
Leena ketawa kecil. Dia saja bergurau dengan memanggil Maria sebegitu. Sebabnya, dah terlalu lama paggilan Tuan Muda tak keluar dari mulutnya.
"Baiklah, sayang. Hari ni Lee akan temankan sayang sepanjang hari, okay?" Pujuk Leena lagi.
Dia kemudian memberi ciuman ringan pada dahi Maria, dan bangun untuk membancuh air.
Maria tersenyum bahagia, terus lupa pada masalah yang akan melanda di syarikat. Buat masa ni, biarlah dia dikaburi dengan cintanya pada si isteri.
Rancangan Light berjalan lancar. Kalau dia gunakan ibu untuk hantarkan mesej, dia boleh kurangkan kemarahan si ayah. Bernas kan?
Kelemahan utama Maria Merlin, tak lain tak bukan.. Isteri tercinta.
Sementara itu, Light dan Ash sedang sibuk mencari dewan theater.
Ash memakai topi berserta misai, janggut palsu dan cermin mata hitam. Dan Light pula memakai hoddie dan penutup mulut. Mereka berdua nampak mencurigakan menyebabkan beberapa pengawal datang untuk mengesahkan identiti mereka.
Semuanya gara-gara Ash membuat peraturan mereka perlu memakai penyamaran.
Kalau identiti mereka terdedah, mungkin mereka tak akan bebas untuk ke sana dan kemari mencari Sky.
Siapa tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan ahli keluarga Merlin? Mereka akan diburu habis habisan, sama ada untuk berbual kecil atau bersalaman.
Sudah la mereka duduk di kerusi paling hadapan, dengan pakaian yang aneh, mereka jadi tumpuan orang sekeliling.
".. Pakcik, tak ke pakai macam ni lagi tarik perhatian orang lain.. Kalau diorang tahu siapa di balik penyamaran ni, pihak media takkan berdiam diri." bisik Light.
"Jangan risau. Isteri pakcik yang ajar penyaman ni. Kami selalu pakai camni untuk keluar ke tempat awam. Identiti kami tak pernah terdedah." jelas Ash bangga.
Tanpa Ash sedar, Amber si isteri hanya mahu lihat suaminya perbodohkan diri sendiri. Dan Light yang cukup kenal pada Puan Amber, dah boleh teka cerita di sebaliknya.
Light hanya mampu geleng kepala.
"Jangan lupa ambil gambar Sky banyak banyak. Pastu send copy kat pakcik nanti. Kamu kan pakar dalam bidang ambil gambar ni?"
Di hujung ayatnya, nada Ash tersangat la sinis, buatkan Light tersenyum paksa.
Ash tahu apa yang Light buat tiap hari.
Dari atas pentas, Sky sedang sibuk mencari kelibat kedua mereka. Paling kurang, dia tahu dimana papa dan Light akan berada sebelum dia membuat persembahan.
Kalau boleh, dia nak intai reaksi kedua mereka semasa dia membuat persembahan di atas pentas.
"Apa yang pelakon perempuan kita sibuk mencari dari tadi?." suara yang cukup Sky kenal buatkan gadis itu menoleh ke belakang.
Rain lengkap beruniform seperti seorang pemburu, yang sepatutnya dipakai oleh pelakon utama. Buatkan Sky keliru, kerana Rain tak sepatutnya terlibat dalam lakonan.
"Pelakon utama lelaki tak dapat hadir. Jadi diorang berpakat untuk pilih aku sebagai pengganti. Sebab aku sebagai penulis skrip lebih cepat hafal berbanding orang lain." Rain terangkan.
Sky mengangguk faham. Dia juga banyak berlatih dengan Rain di bilik kelab, jadi dia lebih selesa berlakon dengan Rain.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light