[53]. Masa adalah ubat

752 72 6
                                    

Dia merenung pantulan pada gelas,  merenung pantulan dirinya yang telah kehilangan segala senyuman. Lampu malap bilik tersebut buatkan keadaan makin suram.

"Aku dah bersama Sky sejak kecil hingga dewasa. Tapi sepanjang jangka masa tu, aku tak pernah sekali pun berjaya buat dia tersenyum. Tapi kau... manusia yang baru muncul dalam hidup Sky. Dan hanya separuh tahun, kau berjaya buatkan dia menangis untuk kau. Kau berjaya buat perkara yang aku langsung tak boleh." Light mula bercakap seorang diri.

Dia merenung pada pantulan diri yang menyedihkan. Saat itu pintu bilik pejabat peribadi nya di buka dari luar dan Lia menjenguk ke dalam bilik.

Si gadis yang melihat keadaan sedih si abang, menggeleng beberapa kali.

" Apa yang abang buat dalam gelap gelap macam ni? Abang buat mama risau tahu tak? Dia suruh Lia naik tengokkan keadaan abang." runggut si gadis kenit.

"Cakap kat mama yang aku okey je. Mama tak perlu risau." jawab Light malas, langsung tidak beri muka pada Lia. Dalam hati, menyesal kerana tak kunci pintu awal-awal.

"Kenapa abang nak seksa diri macam ni? Hanya buang masa dan risau kan orang lain." bebel Lia.

Bebelan nya tak diambil kisah. Light buat tak endah kerana dia malas nak berbalah.

" Sudah-sudahlah tu asyik nak melayan perasaan. Lia dengar yang Sky masih berkurung dalam bilik. Kenapa abang tak ke sana? Bukan ke abang patut berada di sisi dia pada saat-saat macam ni?" tambah Lia lagi.

Perempuan kalau mebebel maknanya dia risau dan ambil peduli. Sebab Lia risau melihat si abang yang mengalahkan zombie dua tiga hari ni, bebelan si gadis makin berjela. Mungkin sebab Lia tak berhenti, akhirnya Light menjawab.

"Aku tahu. Tapi aku tak layak ada kat sisi dia sekarang. Aku gagal lindungi dia, biarkan dia diculik.. Biarkan dia terluka. Malah bukan aku yang selamatkan dia, tapi lelaki lain! Semua ni hanya buat aku terseksa!" suara Light makin meninggi. Buatkan Lia menikus. Tak pernah si abang tinggikan suara, sentiasa bersuara lembut walaupun sedang marah.

"Buat masa ni, biarlah aku jauh diri dari Sky. " Kepala Light mula berdenyut lagi, lantas dipicit picit. Mungkin juga gara gara banyak berfikir, atau mungkin juga disebabkan kelaparan.

Keadaan antara dua beradik makin keruh, namun Lia tetap beranikan diri bersuara.

"Lia tak faham dan Lia taknak faham. Sebab Lia takkan jadi macam abang. Lia takkan biarkan Night keseorangan bila dia sedih. Lia akan sentiasa ada di sisi dia!"

Light. " Bayangkan kalau Night menangis kerana perempuan lain. Apa yang kau akan rasa?  Apa yang akan kau buat?"

Mendengar soalan Light, Lia terus membisu. Firasatnya mengatakan, keadaan akan jadi lebih buruk kalau mereka terus berbalah.

"Bagi aku masa untuk bersendiri. Tolong faham."

Akhirnya Lia mengalah, dan mengundur diri. Tak guna mereka terus berbalah, lagi lagi dalam keadaan Light masih belum waras.

Ada kala, masa adalah ubat. Bukan kata-kata.







"Doktor doktor, bila abang akan datang? Kenapa abang tak datang lawat Nina?" soalnya lagi pada si doktor muda.

Doktor psikiatri muda itu tak mampu menjawab. Dia telah diberikan tugas untuk menjadi doktor peribadi kepada Nina Veins. Pada mulanya si doktor muda agak gusar untuk menerima posisi tersebut. Namun, setelah beberapa hari menjaga Nina, hatinya jadi lembut.

Mungkin faktor utamanya adalah kecantikkan si gadis, menyebabkan hati doktor muda itu jadi prihatin, dan kasihan.

" Doktor doktor, kalau Nina baik-baik saja, abang akan datang melawatkan?  Abang tak akan marah lama lama kan?  Mungkin Nina ada buat salah, sebab tu abang merajuk!" tambah si gadis bermata merah itu lagi.

Buatkan si Doktor muda makin serba salah. Dia tak tahu macam mana nak menjawab soalan Nina. Kerana Jeanis Jeans telah dijatuhkan hukuman gantung.

Jeanis tak akan terima kebenaran keluar untuk melawat si adik sehingga hari hukumannya.

Nina berada dalam keadaan mental yang masih belum stabil. Si gadis tidak boleh menerima sebarang tekanan, bagi mengelakkan kerosakkan mental lebih parah. Sebab itu..  Dia tidak boleh mengetahui perkara sebenar.

"Kenapa Doktor tak jawab? Kenapa? Kenapa?  Kenapa? Nina rindu kat abang!  Nina nak jumpa abang!!" emosi Nina makin tak stabil. Sedikit sahaja lagi, dia akan memberontak.

Si Doktor muda cuba sedaya upaya memujuk si gadis, cuba menstabilkan perasaan pesakitnya.

"Sabarlah. Abang Nina sayang kat Nina, dia pasti akan datang."

Biarlah ianya satu penipuan sekalipun. Asalkan, Nina boleh jadi tenang.

Si Doktor kemudian meminta diri dari bilik rawatan. Mulalah dia mendengar suara suara jururawat berbisik sesama sendiri.

"Sayangnya, muka cantik tapi gila."

"Jadi cantik pun salah, jadi hodoh pun salah."

"Tapi ni semua balasan. Siapa suruh abangnya musnahkan hidup orang lain. Sebab tu si adik kena tebus dosa si abang."

Doktor muda yang tidak tahan dari terus mendengar gosip tersebut mencelah.

"Kalau tak cukup kerja, aku boleh tambahkan." matanya tajam menjeling ketiga-tiga jururawat di bucu.

Cepat cepat jururawat tadi mengundur diri, takut mencari fasal dengan Doktor muda yang punya pangkat agak tinggi.

".. Orang zaman sekarang ni.. Suka sangat tengok malang orang lain." kutuk si Doktor muda perlahan.

Entah mengapa, hatinya terbakar mendengar pesakitnya dicemuh orang lain. Buat masa ni, si doktor muda masih belum sedar perasaannya.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now