Bila aku buka mata, aku berada di sebuah padang bunga yang luas. Banyak persoalan yang timbul dalam diri aku.
Di mana tempat ni?
Kenapa aku berada kat tempat ni?
Siapa aku?
Aku makin keliru, dan ketakutan mula menyelinap masuk. Ketakutan kepada sesuatu yang tak diketahui.
Langkah kaki aku perlahan merayau rayau di sekitar padang, sehingga aku terjumpa sebuah rumah di hujung jalan.
Seorang remaja lelaki membuka pintu dari dalam dan merenung ku.
"Awak pun mangsa juga ke?" soalnya.
Mangsa? Mangsa untuk apa?
Memahami wajah aku yang penuh persoalan, si lelaki mengajak aku masuk ke dalam rumah.
Dia hidangkan susu panas yang baru siap dibancuh untuk aku. Sambil itu dia mula menceritakan segala yang berkaitan dengan tempat ini.
"Ini adalah dunia mimpi, dicipta oleh seseorang yang punyai keinginan tak tersampai. Bila aku sedar saja, aku dah ditarik ke dunia ni. Mungkin kau juga mangsa macam aku."
Terangnya.
Aku tak punya apa-apa memori, malah aku langsung tak faham apa yang si lelaki terangkan.
Dia agak risau dengan situasi aku, jadi dia ambil keputusan untuk jaga aku. Dia juga janji untuk menolong aku dapatkan kembali memori aku dalam masa yang sama mencari cara untuk lepaskan diri dari dunia mimpi ini.
Kami akan berjalan ke sana dan ke mari mencari sebarang pertunjuk dan apabila malam tiba, barulah kami pulang ke rumah.
Hanya aku dan si lelaki, Dean, manusia yang berada dalam dunia mimpi tersebut.
Kami sentiasa bersama, menghilangkan kesunyian masing-masing.
Hari demi hari, hubungan aku dan Dean makin rapat. Dean akan menceritakan tentang kehidupannya, tentang dirinya.. Juga impiannya.
Aku hanya mendengar, dan kadang kala aku memaksanya terus bercerita untuk mengisi masa.
Aku dah terlalu selesa dengan kehidupan kami sekarang. Tanpa sedar, aku berharap ia akan kekal selamanya.
"Cantiknya.." kataku pada sang bunga merah. Cik bunga punya dua kelopak, dan dihujung kelopak bercaya malap.
Dean lantas memetik sang bunga, dan diselitkan ke telinga aku. Dia kemudian mengusap rambut aku dan tersenyum lembut.
"Macam ni lagi cantik." puji Dean iklas.
Aku jadi malu malu kucing, dan muka aku terasa panas dan memerah. Sedang aku bermain-main dengan perasaan berbunga, Dean sudah pun jauh ke hadapan.
"Cepat, hari dah nak malam." panggil Dean dari jauh.
Tersedar dari berimaginasi, aku cuba mengejarnya dari belakang, namun sakit yang tiba-tiba menyerang buatkan aku tersadung dan jatuh ke tanah.
Kepala aku seperti diketuk dengan kayu, berdenyut tak berhenti. Dan beberapa imej ditayangkan pada aku seperti menonton wayang.
Entah bila aku jatuh pengsan. Apabila aku sedar, aku telah pun terbaring di atas katil.
Sepanjang aku tidak sedarkan diri, Dean berada di sisi mengharap aku kembali sihat.
"Mungkin memori kau sedikit demi sedikit kembali." jelas Dean.
Sejak dari hari itu, keadaan yang sama berulang. Aku kerap terjatuh dan luka-luka apabila sakit kepala menyerang.
Dean membatalkan semua aktiviti luar kami, menyuruh aku berehat di rumah.
Imej imej yang ditayangkan setiap hari mula membentuk satu cerita tentang kehidupan seorang gadis.
Tiap-tiap hari, satu demi satu plot diisi pada kepada aku, dan seperti novel, satu demi satu misteri terungkai.
Apabila semua memori aku kembali... Aku sudah pun tahu siapa diri aku, kenapa aku berada di sini dan.. Siapa Dean.
Petang yang redup tersebut, seperti hari kebiasaan aku dan Dean minun petang di luar rumah, memerhati padang bunga di depan mata.
Aku tahu.. Hari ni segalanya akan berakhir.
Segalanya perlu berakhir.
Aku dah tak boleh bersama Dean lagi.
".. Dean Diamond." aku memanggil nama penuh si lelaki.
Dia menoleh.
Dean Diamond, seorang lelaki yang cukup aku kenali.
..tunang ku.
Dean tidak sedar, memorinya tentang aku telah hilang. Si lelaki tidak berpura-pura apabila dia mengatakan dia tidak mengenali aku.
Semuanya salah dunia mimpi ini. Biarkan kami bersama, tanpa memori lama.
"Dean Diamond. Cuba kau ingat, siapa aku? Siapa nama aku?" sekali lagi aku panggil nama si lelaki.
Dia merenung aku, lama. Dan perlahan, dia melontarkan satu nama.
".. Kristal."
Ya. Nama aku kristal. Tunang kepada lelaki bernama Dean Diamond.
".. Dean. Kau kena bangun. Berhentilah bermimpi, dan kembali ke alam nyata." hati aku perit bagai dibelah pisau, tetapi aku cuba sedaya upaya memberi cinta hatiku senyuman terakhir.
Dean mula mengingati kembali memori tentang aku. Air mata Dean tak berhenti mengalir, sedar mengapa mimpi tersebut diwujudkan.
Sebulan sebelum perkahwinan kami, kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan.
Dean jatuh koma, tidak sedarkan diri... Dan aku yang duduk di tempat penumpang terkorban.
Ya.
Dean mencipta dunia mimpi ini dan memerangkap roh aku di dalamnya.
"... Kristal.. Aku tak nak semua ni berakhir. Aku tak boleh teruskan hidup tanpa kau." rayu Dean.
Aku menarik Dean ke dalam dakapan aku, dan seperti anak kecil, aku memujuk si lelaki.
"Kau boleh Dean. Aku tahu kau boleh. Hidup bagi pihak aku juga, dan bahagia bagi pihak aku juga. Dean.. Aku cintakan kau."
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light