"Baby~ tengah buat apa tu?"
"... Light. Panggil saya LIGHT."
Si kecil mencebik, sakit hati dengan makcik yang seorang ni.
"Eh~ taknak~ selamanya Baby adalah Baby. Baby~~"
Sengaja perempuan itu mencubit kedua belah pipi sampai memerah pipi gebu si kecil.
"Baby~" dari belakang wanita itu, seorang gadis kecil mengintai. Mata emas si gadis memandang penuh minat pada Light.
"Sky!" gembira Light apabila terlihat adik sedara kesayangannya.
Cepat cepat dia tepis tangan Makcik Amber, dan berlari mendakap Sky.
"Ceh. Korang berdua ni rapat sangat. Macam belangkas, pantang berjumpa tak nak berpisah." Amber tersenyum mengalah.
Sky ketawa gembira dalam pelukkan Light, dia paling suka bertemu Light bila hari cuti.
Light baru berusia 11 tahun, tapi dia telahpun berada di sekolah tinggi. Sangat susah untuk bertemu Light kalau bukan hari cuti.
"Baby, makcik nak keluar sekejap. Jagakan Sky ye sementara Makcik tak ada."
Light memang dah biasa jagakan Sky bila makcik Amber ada urusan.
"Balik lambat sikit. Kami tak kisah."
Dia lebih suka dapat bersama Sky, lebih lama lebih bagus.
"Sky, jangan rindu mama ye."
"Tak rindu~ Tak rindu~"
Jawapan Sky buat Amber naik geram. Sengaja dia cubit pipi si kecil sampai naik merah.
Lepas melihat pipi Sky dan pipi Light sama warna akibat dicubit, barulah dia puas hati.
"Terima kasih Light. Bila ada kamu, makcik tak risau untuk tinggalkan Sky. Jaga dia baik-baik tau."
......
Bila mendengar berita kematian Makcik Amber, dada Light berdebar tak berhenti.
Tidak habis habis dia bayangkan adik kesayangannya Sky menangis tidak berhenti.
"Lajukan kereta!" dia berikan arahan pada pemandu. Dia baru sahaja pulang dari negara X kerana percutian bersama kelas.
Percutian Light terbantut apabila mendapat berita tersebut, dan kini dia menyesal kerana tiada di sisi Sky pada saat saat genting ini.
Bila sampai di rumah keluarga Lione, segalanya tak seperti yang Light sangkakan.
Sky tidak menangis. Tiada setitik air mata mengalir.
Hanya mata kosong memandangnya sepi.
"Sky?" abang dah balik. Kenapa tiada reaksi?
".. Mama dah tiada. Light... Mama dah tiada. Mama tinggalkan Sky selamanya." ujar si kecil.
Dia memeluk si kecil. Air mata ditahan supaya tak nampak lemah.
"Sky.. Jangan risau. Light ada untuk Sky. Light akan bersama Sky selamanya. Light akan gantikan Makcik untuk bersama Sky."
Sky tiada reaksi. Senyumannya hilang sejak hari tu.
Air mata Sky juga hilang pada masa yang sama.
"Sky kena jadi kuat dan lindungi Papa. Supaya Papa tak lagi sedih." ujar si kecil Sky lagi.
Habis siapa yang akan lindungi Sky?
Light janji pada diri sendiri, dia akan lindungi Sky.
.....
Bang!
"Woi! Bangun lah Light!"
Selamba sahaja si lelaki menghempuk fail besar pada si dia yang lena tertidur.
Light tersedar dari mimpi. Dia menjeling lelaki rambut hitam di depannya dengan sakit hati.
"Apa kau buat kat sini? Menyemak!"
Dia merengus kasar. Si lelaki berambut hitam, Night, selalu datang hanya untuk beri masalah padanya.
"Sampai hati kau kata aku menyemak. Merajuk la macam ni. Aku balik!"
Sengaja dia buat buat cembeng, tapi malangnya tidak diperdulikan Light.
Mereka sekarang berada di pejabat, dimana Light merupakan assistant CEO, masih belum diberi pangkat tinggi.
Dia bekerja dibawah ayahnya, Maria Merlin.
Night?
Si lelaki hanya menyemak di dalam syarikat. Bukan pekerja di situ.
Night adalah kawan Light sejak sekolah rendah. Entah macam mana boleh melekat dengan Light sehingga sekarang.
Sebab mereka berdua macam air dan minyak, tak boleh ngam.
"Kau kata nak balik. Balik lah!" Light menghalau.
Dia capai dokumen yang tergendala tadi untuk sambung bekerja. Malas nak layan Night.
"Wuuu.. Kejamnya Light. Aku datang nak minta tolong sikit je. Sanggup kau halau aku macam sampah. Mana persahabatan kita pergi? Mana janji janji manis kau?"
Huh! Drama queen.
Light dah naik muak dengan perangai rakan yang seorang ini.
Geram."Aku dah tolong rekomen kau kat hospital X bulan lepas. Apa lagi kau nak?"
"... Dia tak ada kat situ. Jadi aku nak pindah hospital Y. Tolong rekomenkan aku~~"
Night seorang doktor pelatih. Doktor yang suka mengampu Light untuk tolong dia masuk mana mana hospital yang dia berminat.
Dengan hanya satu kata dari Light, semua hospital akan buka tangan untuk terima Night.
Hurm..
Kenalah ada kawan yang berguna, betul ke tidak?
"... Kau usaha sendiri." Light tekan loceng, memanggil pengawal untuk halau keluar Night.
Hati perut?
Tiada. Dia cukup muak tengok muka Night.
"Eh~~ kita kawan kan! Sahabat sejati kan! Tolong lah aku~~ hari jadi mak aku nak dekat! Aku kena cari dia sebelum hari jadi mak aku! Pleasee.... Mak aku rindu kat dia. Dah enam tahun dia tak balik... Uuuuuu"
Dia pura pura menangis.
"Aku sibuk." Light bagi alasan.
"Kau tu hanya sibuk mengintip adik kau je! Tak ada hati perut! Aku pun ada adik kat rumah, tapi tak pernah mengintip dia hari hari! Brocon! Lolicon!"
"....."
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light