[34]. Starting Point

743 76 9
                                    

"Jadi, apa yang heroin kita cari?  Nak aku bantu?" tawar Rain. Dia dekati Sky, dan sama-sama mengintai ke arah penonton dari belakang stage.

"Heroin? Bukan ke aku bawa watak villain?" bantah Sky.

Watak yang dibawa Sky adalah watak perempuan yang menyebabkan ramai lelaki terbunuh kerana mengejar kecantikannya.

Dan bagi Rain, watak tersebut dicipta khas untuk Sky. Bayangan dia pada watak Perempuan Salju, adalah bayangannya pada Sky yang berambut biru.

Cantik dan tidak akan mampu diperolehi.

"Tolong aku carikan lelaki rambut biru." Sky menjawab pertanyaan Rain yang telah berulang dua kali.

Dia kembali fokus meneliti isi dewan yang luas tersebut.

"Cuba cari kat bahagian paling depan. Sebab tiket yang aku bagi kat kau sepatutnya tiket VIP, khas untuk family atau yang berkait dengan pelakon sahaja." cadang Rain.

Sky serta merta mengalihkan pandangan pada kerusi paling hadapan. Melihat dua kelibat yang mencurigakan buatkan Sky ketawa kecil. Akhirnya dia dapat cam disebalik penyamaran tersebut.

"PfffHahaha..  Patut la aku tak nampak diorang tadi. Hahaha.." pertama kali dia ketawa setelah sekian lamanya.

Rain mencari dua lelaki yang dimaksudkan Sky, dan keningnya berkerut.

"Aku fikir kau je perempuan yang pelik. Rupanya satu family pelik." komen Rain, buatkan Sky mencubit lengan si lelaki.

"Aku tak pelik." tegas Sky.

Rain melarikan lengannya dari terus jadi mangsa cubit. Dengan mudahnya dia menarik kolar Sky dan diheret untuk menjauhi pentas.

"Urhh.. Kita nak ke mana ni?" soal Sky dan dibiar saja dirinya diheret.

"Rehearsal untuk kali terakhir. Kau pun dah jumpa family kau kat mana kan? Jangan buang masa lagi."  jelas Rain.

"Kau tak nak cari mana family kau ke?" mendengar soalan tersebut, langkah kaki Rain terhenti seketika. Suasana jadi tegang, dan kolar Sky dilepaskan.

"... Diorang takkan datang." jawabnya tanpa perasaan.

Ya. Kalau keluarganya tak datang, keadaan akan jadi lebih tenang.

Sky yang sedar pada perubahan emosi Rain terus mengunci mulutnya. Diam lebih baik dalam sesetengah situasi.

Selesai rehearsal terakhir, masa persembahan telah tiba.

Kemunculan Sky di atas pentas buatkan semua penonton terpaku dengan kecantikkannya, dan mata mereka tidak lepas memerhati setiap gerak geri si gadis.

Berbaju putih, berambut biru yang mengerbang.. Perlahan-lahan berjalan di atas di atas pentas yang dihiasi salju.

Matanya yang bewarna emas menarik semua yang memerhati ke dalam satu ilusi, seolah-olah mereka telah menjadi hamba kepada si cantik di atas pentas.

Si gadis yang mempersoalkan tentang cinta mula menyanyi kecil di atas pentas, dihiasi rama-rama putih yang berterbangan. Menari nari di atas pentas dengan baju kembangnya dan mengoda setiap pemburu yang melintas.

Mata Light tidak lepas merenung Sky di atas pentas. Tanpa pengetahuannya..  Sky telah menjadi rama-rama yang baru sahaja keluar dari kepompong.

Hatinya terasa sayu.. Melihat Sky yang menari dengan gembiranya di atas pentas buatkan air mata Light jatuh menitis.

Apa perasaan ini?  Kenapa dia rasa dia ditinggalkan?

Melihat pandangan yang Sky berikan pada watak utama lelaki, Light tersedar sesuatu.

Dia lantas bangun dan tinggalkan dewan theater, tak sanggup lagi berada di situ. Ash yang masih leka melihat anak gadisnya membuat persembahan langsung tidak sedar kehilangan Light.

Selesai persembahan, Ash yang akhirnya sedar dia telah ditinggalkan segera mencari Light. Baru saja dia keluar dari dewan, Ash lihat Light sedang bersandar di salah satu pokok merenung ke langit.

"Kau dah kenapa, tiba-tiba hilangkan diri." tegurnya pada Light.

Light tak menoleh, terus merenung pada langit yang cerah.

"Saya ni...masih diperlukan ke kat sisi Sky?" soalnya.

Ash menarik telinga Light, dan merangkul bahu si dia.

"Patutnya aku yang cakap benda tu. Aku ayah dia, mestilah aku rasa sedih tengok Sky dah besar..  Kenapa kau pulak yang melebih."

"Apa pakcik merepek ni. Dulu pakcik suka sangat habiskan masa kat pejabat 24 jam, anak pakcik patutnya pejabat tu. Saya yang jaga Sky tiap-tiap hari tahu tak. "

Pak!

Kepala Light disekeh. Sakit pula hati Ash bila Light ungkit semua kesalahannya. Baru saja dia nak beri ceramah lebih lebih, Ash dilanggar seseorang.

Jeanis Vein.

Berpeluh-peluh Ash bila terserempak si lelaki, sengaja dia menoleh ketepi untuk sembunyikan mukanya.

"Maaf, terlanggar."  ucap jeannis sebelum berlalu pergi.

"Jeanis Vein? Kenapa dia ada kat sini? .... Tunggu dulu. Tak silap dia ada anak angkat." Light meneliti kelibat lelaki muda yang baru saja berlalu pergi. Entah kenapa, dia tak sedap hati dengan pandangan yang Jeanis Vein beri pada mereka.

Light yakin Jeanis sengaja melanggar mereka.

Tapi rangkulan Ash yang makin kuat buat dirinya berhenti berfikir dan segera lepaskan diri.

"Papa!  Light!" panggilan manis yang sayup kedengaran menarik perhatian kedua mereka.

Ash berlari anak untuk mendapatkan Sky, lalu dipeluk sekuat hati.

"Sky!  Papa datang."

"Terima kasih datang... Tapi kenapa dengan janggut ni?  Hodoh betul." kritik Sky, dan Ash hanya ketawa.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now