Dia berlari.
Berlari.
Berlari.Sehingga dia tak sedar namanya dipanggil.
"Sky! Tunggu!"
Tapi dia masih berlari. Sky sendiri tak pasti dari apa dia cuba larikan diri.
Kesedihan?
Kekecewaan?
Ketakutan?
Mana satu?
"Sky Tunggu!!" Suara itu memanggil lagi.
Namun gagal sampai ke telinga Sky, kerana si gadis masih berlari dan berlari. Yang dia tahu, dia perlu lari.
Zappp..
Si gadis ditarik dari belakang, dan dipeluk sekuat hati. Namun Sky masih meronta-ronta cuba lepaskan diri.
"Sky.. Ni aku." suara Light akhirnya berjaya didengari Sky, buatkan gadis itu berhenti meronta. Suara yang cukup dia kenal, suara yang lembut dan menenangkan.
Buatkan air mata Sky bercurahan tanpa henti, dan tangan yang memeluknya dari belakang diramas Sky kuat.
Di dalam dakapan si lelaki, dia lepaskan segalanya. Segala yang dia simpan.
Ketika dia diculik, Sky masih tenang.
Ketika dia mengetahui Rain telah lesap selamanya, buat pertama kali setelah sekian lamanya, Sky menangis akibat kesedihan.
Ketika dia mengetahui Rain adalah orang yang membunuh ibunya, Sky berhenti menangis kerana kekecewaan dikhianati seseorang.
Ketika Hitomi ditembak kerana cuba lindungi dirinya, Sky menangis sekali lagi kerana ketakutan kehilangan si lelaki.
"Light.. Selamatkan Rain.. Selamatkan Rain.. Tolong selamatkan Rain."
Esakan Sky buat Light turut sama terluka. Kali terakhir dia melihat tangisan gadis kesayangannya, Sky menangisi kepergian Amber.
Sejak itu, si gadis sentiasa tabah, tidak pernah tunjukkan sebarang kelemahan.
"… Sky.. Jangan menangis. Jangan menangis." pujuk Light.
Sekarang.. Sky cumalah gadis lemah yang mengigil di dalam pelukan Light. Gadis yang tabah itu telah hilang bersama topeng muka yang selalu di pakai.
"Light.. Light.." selamatkan aku.
Berita tergempar penangkapan Tuan Muda Jeanis Veins kerana terlibat dalam pasaran Dadah terpapar di semua surat khabar. Dan anak kedua keluarga Veins telah di hantar ke pusat pemulihan.
Manakala Hitomi, lelaki yang dicari Sky tidak muncul dalam mana mana berita. Apabila Sky pulang ke tempat kejadian, si lelaki telah hilang begitu saja. Hanya sisa darah sahaja menjadi bukti si lelaki pernah berbaring di situ.
Pasukan yang dihantar Light turut gagal menjejaki lelaki tersebut.
Menurut Sky, kecederaan Hitomi kritikal dan mustahil untuk si lelaki larikan diri.
Namun... Hitomi tetap tidak dapat dikesan, bermakna seseorang terlebih dahulu menyelamatkan si lelaki, membawanya pergi.
Mendengar kemungkinan tersebut, seolah-olah batu besar telah dilepaskan dari dada Sky. Dia pulang ke kamar tidur, merenung langit malam dari tingkap bilik, melayan perasaan.
Dan sejak dari itu, Sky mengurung diri di dalam bilik.. Tak pernah jejakkan kaki keluar.
Kalau diajak berbual, hanya sepatah yang disebut Sky. Kalau ditanya soalan, sepatah juga dia menjawab.
"Aku tahu aku patut gembira kerana Sky pulang dengan selamat. Tapi.. Bukan sekadar pintu bilik tertutup, hatinya juga tertutup pada semua."
Adu Ash. Macam biasa, orang yang setia menjadi pendengar segala aduan si lelaki tak lain tak bukan, Maria.
Maria buat tak endah, menghirup haruman teh sebelum menikmati minum petangnya.
"Light pun tak boleh buat apa. Kalau berterusan macam ni, Sky akan terkurung dalam bilik sepanjang hidup dia! Membesar jadi Neet!" bebel Ash lagi.
Maria kemudian mencapai biskut yang disediakan atas meja, kemudian menjamahnya satu demi satu. Dengan selamba dia menikmati semua juadah atas meja bersama tea yang mengeluarkan haruman mint segar.
"... Aku fikir dah tiba masa untuk bawa Sky bertemu dia. Mungkin boleh kurangkan kesedihan Sky."
"Puufhhh.. Uhuk! Uhuk!" tercekik Maria apabila mendengar nama si dia keluar dia dari mulut Ash. Air teh yang sedang dinikmati dengan aman tadi sudahpun tersembur keluar, merecik ke muka Ash.
Kedua mereka sama-sama terdiam.
".. Kau dah fikir masak masak? Boleh jadi Sky terkena serangan jantung sebab kau." Maria akhirnya meminta kepastian.
Kalau dulu, macam mana sekalipun cara Maria menyuruh dan memujuk Ash untuk membawa Sky melawat si dia, Maria sentiasa gagal. Ash berkeras untuk merahsiakan perkara tersebut dari Sky.
"Sejak Bapak datang tempoh hari, perkara ni dah aku fikirkan. Biarlah Sky jumpa dia sebelum terlambat."
Keputusan muktamad. Ash dah tekad.
".. Fine. Aku maklumkan kat Lais dan Fae. Kau uruskan si Sky. Ingat, kau sendiri kene terangkan segalanya kat Sky, jangan bagi budak tu salah faham." nasihat Maria, sebelum dia bangun dan berlalu pergi.
Sebenanya dia hanya datang melawat dengan menggunakan masa rehat. Kalau CEO syarikat asik menghilang, tak pasal pasal Maria kena hadap kemarahan Light. Almaklum apabila Tuan Pengarah dan CEO hilang, ahli syarikat biasanya mencari Light untuk sebarang urusan.
Anaknya yang seorang tu bukan boleh dibuat main. Ada saja cara si budak untuk balas dendam secara halus.
".. Maria, maaf sebab aku selalu susahkan kau."
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romantik"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light