[11]. Secret

1.1K 111 3
                                    

"Yes Tuan Muda, ada apa-apa ke yang boleh saya bantu? Bukan saya dah hantar laporan Cik Muda Sky untuk hari ni ke?"

Light bersandar ke kerusi, sambil matanya memerhati email yang terbuka. Email butiran butiran setiap apa yang dilakukan Sky di sekolah. Telephone pejabat dibuka loudspeaker, disebabkan tiada siapa di pejabatnya ketika itu.

"Aku nak kau bagi surat yang aku hantar kat kau nanti pada Doktor bilik rawatan. Ambil gambar dia sekali." Light kemudian mencapai nescafe panas yang tersedia di atas meja. Menghirup dengan tenang.

Disebabkan ST Berlin punya security yang agak ketat, surat dari luar untuk orang dalam sekolah tidak dibenarkan. Jadi surat hanya boleh diberi oleh orang dalam sendiri.

"Kerja tambahan? Tuan Muda nak saya siasat sekali latar belakang Doktor tu ke? Haishh.. Terlalu protective sangat pada Cik Muda Sky." si gadis di hujung talian merungut.

"..jangan banyak soal. Buat je lah kerja yang aku suruh. Tak perlu siasat latar belakang dia." pembantunya yang seorang ni banyak songeh. Tak cukup profesional.

"Orait~ kita bangsawan kelas bawah ni hanya boleh menurut perintah orang atas. Apa boleh buat~"

Baru je Light mahu mematikan panggilan, suara si gadis memberhentikannya.

"Tuan Muda Light~ benda ni dah lama bermain kat fikiran saya. Tuan Muda.. Sebenarnya suka Cik Muda kan? Lagipun korang berdua cuma sepupu jauh saja. Kan? Kan?"

Soalan si gadis buat Light terdiam. Light kemudian meletakkan cawan tadi kembali ke atas meja, dan bersandar pada kerusi.

Soalan tu, dia pernah tanya pada diri sendiri. Dan dirinya sendiri menjawab..

".. Aku dah janji untuk lindungi Sky bagi tempat Puan Amber."

Itu apa yang dia bisik pada diri sendiri. Perasaan dia pada Sky lebih dalam dari sekadar 'suka'. Dia mahu lindungi Sky dari sebarang bahaya.

Dia.. mahu lihat gadis itu kembali senyum seperti dahulu.

".. I see. Okay, saya dah tak nak masuk campur. Tuan muda punya perasaan, hanya Tuan Muda yang tahu. Bye bye~"

Click.. Talian dimatikan.

Di ST Berlin..

"Cik Muda, selamat pagi." si gadis yang tak pernah mengalah menegur Sky, walaupun Sky tak pernah sekalipun membalas.

Sky tak pernah tahu nama si gadis, jadi dia hanya lebel si dia sebagai 'gadis misteri' .

"Harini cik muda akan ke kelab lagi?"

"...."

"Saya dengar pengerusi kelab adalah senior Rain. Dia mesti seorang yang baik kan? Sebab tu Cik Muda pilih kelab Literature."

"....." ya. Perempuan ni memang tak putus asa. Memang misteri.

"Kalau saya masuk kelab Literature sekali boleh? Hehehe.. Gurau gurau. Takut cik muda tak selesa pula."

"....." humm.. Dia masih tak berhenti bercakap. Mungkin dia hanya akan berhenti bila kelas bermula.

Dan lagi, dia sedar diri yang Sky tak selesa dengannya. Tapi masih tebal muka untuk bercakap dengan Sky.

"Kalau Cik Muda happy, saya pun tumpang Happy."

"...."

Bila guru masuk ke kelas, barulah gadis tadi kembali ke tempat duduknya.

Dan macam biasa, selepas kelas tamat Sky dah berada di depan pintu kelab. Dia dah terbiasa dengan rutin tersebut

Bila dibuka pintu, Rain berada di dalam bersama sebuah buku di tangan.

Bamm!..

Fail berisi kertas bertaip diletakkan depan Rain.

"..cerpen aku da siap. Macam yang kau janjikan, sambung novel kau."

Buku ditangan Rian ditutup. Buku yang sama Rain masih belum boleh habiskan walau dah tiga hari mentelaah. Semuanya gara-gara melayan ahli baru.

"Lengkap?"

"Lengkap." Sky bagi kepastian.

Tanpa rasa serba salah, Sky beri novel yang dicita rompak. Novel yang bukan dari ideanya sendiri.

Sebenarnya novel 'Karina' yang ditulis adalah berdasarkan diari yang dijumpai Mama dan Sky satu ketika dulu.

Ketika itu, rumah Utama Merlin di luar negara telah dijual, maka satu keluarga Merlin meneroka rumah Alfred Merlin, Tuan Pengarah sebelum Ash, sebelum pemilik baru pindah masuk. Barangan penting akan dibawa pindah keluar.

Ketika sedang berkemas, Amber main sorok sorok bersama Sky... Dan terjumpa buku diari milik bekas Tuan Pengarah.

"Kalau Alfred luahkan cintanya pada Karina walau sekali, mesti isterinya takkan pilih lelaki lain." itu komen mama selepas membaca diari tersebut.

Buku itu kemudian ditanam di belakang rumah yang dijual, tetapi sehingga sekarang Sky masih ingat isi buku tersebut. Dan... Siapa sangka ia berguna untuk tulis cerita?

"...kau menang. Aku akan sambung cerita. Tapi sebelum tu.. "

"Kau mengelat? Mungkir janji?" Sky memotong.

"... Tak. Aku cuma nak cakap hujung minggu ni ada pesta buku. Kau... Nak ikut? Ia aktiviti kelab yang tak diwajibkan." suara Rain sedikit pasrah. Pertama kali jumpa junior yang suka mendesak macam ni.

Sky berfikir seketika. Disebabkan dia tak ada benda yang perlu dibuat pada hujung minggu, dia kemudian bersetuju.

"Jumpa kat Cafe Blue jam 8:30 pagi. Jangan lambat. Lambat aku tinggal."

Author note.

🏰 Selepas penjualan rumah Alfred Merlin (rumah dimana Fae dan Edward membesar), ada tiga rumah keluarga Merlin yang tinggal.

🏬 Rumah pertama adalah rumah utama yang diduduki Ermy Merlin, ibu kepada Maria Merlin.

🏯 Rumah kedua adalah Rumah keluarga Lione yang diduduki Ash selepas ibunya, Fae Merlin hilangkan diri. Dimana rumah Sky duduki sekarang.

🏠 Ketiga adalah rumah kedua Merlin, diduduki pasangan Maria dan Leena selepas perkahwinan mereka. Juga rumah dimana Light dan Lia tinggal~

SKY [Complete]Where stories live. Discover now