[32]. Keluhan

791 73 6
                                    

"Quin.. Lambatnya kau datang."

X menjuihkan bibir , gelas berisi wine digoyang-goyangkan dengan senyuman bebal. Quin tanpa banyak bersuara membuka kot putihnya lalu disarungkan pada bahu Wanita mabuk tersebut.

Baju X tersangatlah menonjol, sehingga semua lelaki di dalam bar  mencuri pandang dari ekor mata mereka. Kalau Quin datang lebih lambat, entah Mamat mana akan cuba dekati X.

"Aku tak macam kau, at least aku ada kerja Official. Aku tak ada masa free nak melayan kau." balas Quin.

Gelas di tangan X dirampas, lalu diletakkan jauh. Namun X lebih keras kepala dan merampas gelas tersebut kembali. Kemudian menambah isi gelas lalu ditunggap secepat mungkin.

"Tak habis habis dengan budak tu. Biarlah dia nak jadi pembunuh ke, penculik ke, jangan biar dia ganggu tugas kau."  dah selalu sangat X buat perangai macam ni. Semuanya gara-gara budak Hitomi.

Biasanya Quin jadi mangsa untuk hantar X balik lepas dah puas luahkan isi hatinya.

"Aku tahu! Aku tahu aku tak patut masuk campur urusan diorang. Tapi.. Dia cuma budak kau tahu, dia cuma seorang budak!"

X memicit kepalanya yang semakin pening. Ada sebab lain kenapa dia mahu berjumpa Quin hari ni. Quin yang boleh membaca maksud tersirat X, merengus kasar.

"Kau nak aku tolong kau selamatkan dia kan?" Tepat tekaan Quin, seperti biasa.

X tersengih, lalu mendakapkan mukanya ke atas meja, cuba sembunyikan emosinya dari terus dibaca Quin.

"... Kau dari dulu memang budak tak comel, Quin. Kenapalah aku kutip budak tak comel macam kau ni?" rungut X.

Cuma Quin yang boleh tolong Hitomi sekarang. Tanpa Quin, rancangan X tak akan berjaya.

X tahu bertapa bencinya Quin kepada Hitomi dan kesemua ahli Kumpulan Butterfly. Sebab tu, hanya dengan mengungkit kisah lalu mereka, dia ada harapan untuk lembutkan hati si Doktor muda.

Kumpulan butterfly adalah kumpulan pengedar dadah paling terbesar di pasaran antarabangsa. Kumpulan yang sama merangut nyawa Puan Amber Vi Lione.

Seorang wanita yang paling Quin hormati. Wanita yang banyak berjasa kepada Quin.

"Kau sanggup lupakan tanggungjawab kau.. Siap ugut aku dengan cerita lama hanya untuk budak tu?  Berbaloi ke semua ni?" nada Quin bertukar keras.

X hanya mampu tersenyum lemah. Dia bangun dan mencapai kembali gelas tadi, cuba mengisi air baru.

Tangannya terhenti apabila dicengkam Quin, dan wanita itu ditarik untuk berhadapan dengan si lelaki.

"Kau dah lupa ke siapa kau? Jangan sampai aku buat laporan pasal kau dah khianati kami." ugut Quin. Matanya tajam merenung X, jelas amarahnya sedang membuak.

X "... Ini kali terakhir aku minta tolong kau. Lepas ni, aku takkan libatkan emosi dalam tugas aku lagi."

Gengaman Quin makin longar, dan Quin tahu dia telah kalah.

Bila X buat muka merayu macam tu, Quin tak boleh tolak.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Selepas kematian Puan Amber, Quin menyambung pelajaran ke luar negara semata-mata tunaikan janjinya kepada Puan Amber untuk habiskan pelajaran.

Kemudian dia mula hilangkan diri kerana tidak mahu keluarganya terlibat dengan apa yang bakal Quin lakukan.

Dia mengkaji punca kematian Puan Amber dan membuat penyiasatan persendirian, hingga Quin berjaya mendapat petunjuk ke arah Kumpulan Butterfly.

Hidupnya jadi tak tentu arah, meliar di lorong lorong sunyi setiap malam. Dia mula memburu kumpulan butterfly tanpa perdulikan bahaya yang bakal ditimpa.

Ia berterusan sehingga X selamatkan Quin dari dikejar gangster jalanan. Dan mereka berdua menyorok di dalam bangunan terbiar.

"Aku dengar kau la tikus yang sibuk korek maklumat pasal kami?" X tersenyum nakal, dan jarinya bermain-main dengan pipi Quin.

"Kau ... bukan ahli Butterfly." dia menepis tangan X, rimas.

"Oo.. Tapi semua orang kat sini tau siapa aku. Salah satu veteran seller untuk produk butterfly." X agak terkejut dengan tuduhan remaja di hadapannya.

Tekaan Quin tepat, kerana X cumalah spy yang dihantar untuk memantau gerak geri kumpulan Butterfly.

" Thanks selamatkan aku tadi." Quin tak berminat pada sesiapa yang tiada kena mengena dengan targetnya. Dia baru saja melangkah setapak, namun lengannya ditarik dari belakang.

"Tunggu! Kau nak terus siasat pasal Butterfly ke? Kalau kau teruskan, nyawa kau akan melayang!"

"..so? Aku dah pilih jalan ni, jadi aku dah sedia dengan bayaran dia." tegas Quin.

Mata mereka merenung sesama sendiri, tak mahu mengalah. Akhirnya X mengeluh dan lepaskan tangan Quin.

"..fine. Aku boleh tolong kau. Macam yang kau cakap, aku bukan ahli Butterfly. So, nak terima tawaran aku?"

"Aku bukan budak kecik. Tak perlu risaukan aku." Quin menepis tangan X, tak berminat pada tawaran yang diberi.

"Tak. Kau cuma remaja. Kalau teruskan macam ni, kau hanya hancurkan masa depan kau. Ikut aku, dan kau takkan menyesal."

Itu perjumpaan pertama antara Quin dan Miss X. Dari situ, dia dilatih untuk jadi ahli pasukan narkotik dan menyelinap masuk ke kumpulan butterfly.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now