[59]. Ikatan yang sah

966 73 12
                                    

Di malam Ahad, ketika bulan purnama sangat cantik menghiasi langit malam, majlis perkahwinan antara Lia dan Night berlangsung dengan gahnya.

Artis jemputan majlis ialah Aila, kakak perempuan Night yang merupakan seorang model dan pelakon yang sedang di ambang populariti.

Lia sentiasa berkepit dengan Night, tak nak rengangang langsung. Ke sana ke mari, sentiasa berdua.

"Lia, kongsilah sikit, kemana kamu nak pergi bulan madu?" soal Amber ingin tahu.

"Kami nak melancong keliling dunia. Mungkin tahun depan baru balik." jawab Lia selamba. Night di tepi hanya mengangguk.

"Night, dari tadi kamu nampak tak fokus. Ada benda yang kamu fikirkan ke?" tiba-tiba Leena menyampuk.

Soalan Leena buat Night gelabah, seperti takutkan sesuatu. Tangannya yang memegang tangan Lia semakin kuat meramas.

"Night cuma tak biasa dengan orang ramai. Mama jangan risau, Night tak apa-apa..." jawab Lia bagi pihak Night.

Apabila yang lain sedang sibuk berbual sesama sendiri, Lia ambil kesempatan untuk mengusap tangan Night seperti cuma memujuk, dan kedua mereka bertentang mata.

"Lia.. Aku.. "

"Jangan lupa janji kau. Jangan lupa senyum, jangan bagi orang lain sedar sesuatu." bisik Lia ke telinga Night, kemudian mencium pipi suaminya.

"Budak muda sekarang, tak malu bermesra depan orang." suara lelaki yang tiba-tiba muncul menarik perhatian si pasangan.

Lelaki berambut merah yang tersenyum ke arah mereka cukup Night kenal. Entah berapa tahun lamanya mereka tak bertemu.

"Quinnn!!" teriak Night gembira, berlari macam anak kecil ke arah abang kesayangan.

"Kau pergi mana selama ni! Ibu risau tahu tak!" rungut si adik. Masalah yang dirunsingkan tadi terup lesap akibat terlalu gembira bertemu si abang.

".. Aku sibuk dengan kerja. Light yang suruh aku datang hari ni." jelas Quin. Dia kemudian mengalihkan perhatian ke arah Lia yang mendekati.

"Abang Quin, lama tak jumpa." si gadis menyambut kedatangan abang ipar dengan senyuman manis.

Quin "Betul tu, Lia. Kau dah makin cantik sekarang."

Lia "Terima kasih."

Quin kembali berikan tumpuan pada Night di sisi Lia, kemudian memperlahankan suara supaya tetamu lain tidak dengar perbualan mereka.

"Night.. Boleh kau jujur dengan abang? Kau cintakan Lia, atau kau hanya dipaksa?" dia renung mata si adik, buatkan Night terdiam membisu.

Lia yang mendengar mula berkerut. Senyuman manis diganti renungan tajam, seperti mahu membunuh seseorang.

".. Apa tujuan abang Quin datang ke sini? Rosakkan majlis?" suaranya sinis, berjalan setapak demi setak dekati Quin.

Walaupun lelaki di depannya adalah abang ipar Lia, dia takkan maafkan sesiapa yang cuba rosakkan majlis impiannya. Dia takkan maafkan!

Night tiba-tiba berdiri di antara Lia dan Quin, menghalang pergaduhan.

"Aku cintakan dia." jawab Night tegas. Tiada keraguan dalam mata si lelaki.

Si abang hanya tersengih mendengar jawapan si adik. Nampaknya tiada apa yang dia perlu risaukan tentang pasangan baru itu.

".. Baguslah macam tu. Jaga diri kau Night." pesan Quin. Dia menepuk bahu si adik, bangga dengan budak yang akhirnya telah matang dan membesar.

"Quin, dah selesai ke?" muncul seorang gadis berambut jingga yang datang entah dari mana.

"Mn." jawab si lelaki sebelum berjalan ke arah Xanxia.

"Kemana abang nak pergi? Apa kata jumpa Ibu dulu? Ibu rindukan kau!" Night dengan segera mengangkap lengan si abang, tak nak lepaskan.

Langkah Quin terhenti. Dia kemudian menjeling ke arah ibunya yang sedang berbual sakan dengan tetamu.

Baguslah ibu berada dalam keadaan sihat, fikirnya.

"Aku tahu. Kata kat ibu, jangan risaukan aku. Dan minta maaf kat dia bagi pihak aku." dia lepaskan diri dari Night sebelum menghilang di antara tetamu bersama gadis berambut jingga tadi.

Night pandang kosong ke arah abangnya hilangkan diri. Sampai sekarang, Night tak boleh faham dengan perangai si abang.

Lengan baju Night ditarik dari belakang, buat Night tersedar sari lamunan. Apabila ditoleh, dia lihat wajah resah Lia. Sudah terlalu lama sejak kali terakhir Night melihat wajah sebegitu dari Lia.

".. Night, apa yang kau cakap tadi..." suaranya tersekat-sekat, seperti takut mendengar jawapan Night.

Lia takut kalau apa yang Night kata hanyalah sekadar untuk selamatkan keadaan. Dia harap, itu perasaan sebenar Night.

Kedua tangan si gadis ditarik ke dalam gengaman Night, dan diramas perlahan.

"Lia.. Lepas dari hari tu, aku banyak fikirkan balik perasaan aku. Dan aku sedar. Aku pilih untuk kahwini kau sebab aku tak nak kehilangan kau. Kat Uk nanti..kita sama-sama berusaha. Jangan tinggalkan aku." terang Night.

Dia kemudian melutut di hadapan si gadis, tak lepas dari merenung wajah Lia. Apa yang dia mahu katakan pada Lia selama ini , dia ucapkan.

"Maaf kerana lambat sedar. Aku juga cintakan kau, Miralia. Sudi tak kau luangkan sisa hidup kau bersama aku?"

SKY [Complete]Where stories live. Discover now