[54]. Rahsia

764 79 4
                                    

Tuk tuk tuk

Pintu bilik Sky diketuk beberapa kali. Bunyi ketukan pintu sangat berhati-hati, risau anak gadisnya sedang tidur. Ash tak nak kejutkan anaknya yang sedang bersedih.

".. Sky? Kamu tidur ke? Kalau tak.. Bukakan pintu untuk papa, please. Ada..  Benda yang papa perlu cakap pada kamu."

Tiada balasa. Seminit kemudian, barulah pintu dibuka dari dalam, dan gadis yang mempunyai mata sembab mengintai dari dalam bilik.

Lidah Ash jadi kelu, tiba-tiba segala perkataan yang disusun tadi lesap begitu saja. Renungan si anak gadis buatkan rasa serba salah Ash makin menimbun.

"... " Ash.

"...." Sky.

Pintu ditutup perlahan-lahan, dan Ash yang naik gelabah cepat cepat menahan pintu bilik Sky. Hampir hampir tangannya tersepit, tetapi Ash tak kisah asalkan dia berjaya tarik perhatian Sky.

"Papa.. Nak bawa kamu ke satu tempat." jelas Ash.

"...." Sky.

"Please." rayu Ash.

Barulah si gadis menapak keluar dari biliknya. Dan tanpa banyak soal, dia mengikut Ash keluar dari rumah dan menaiki kereta.

Akhirnya mereka sampai ke destinasi.

Ibu Syarikat Merlin. Sejujurnya, Sky tak pernah menapak ke tempat kerja Ash, dan ini adalah kali pertama dia memasuki syarikat megah tersebut. Ash kemudian membawanya ke lif peribadi dan menekan butang ke tingkat paling atas.

Sky dibawa masuk ke bilik pengarah yang luas. Maria telahpun berada di dalam pejabat, menjangka kehadiran mereka berdua. Pandangan CEO Merlin jatuh kepada Sky, meneliti emosi si gadis.

"Sky, kamu dah bersedia?" soalnya lembut.

"??" Sky.

Melihat tanda soal pada wajah Sky, Maria mengalih perhatian pada Ash, dan si lelaki dihadiahkan dengan pandangan tajam.

"Kau belum terangkan semua kat dia?" suara Maria buatkan Ash seram sejuk, dan segera Ash larikan pandangannya ke tempat lain.

".. Tak boleh diharap. Sudah, berambus dari pandangan aku sekarang sebelum aku hempuk kau!" Maria beri amaran, mahu saja dia beri pengajaran pada si lelaki yang suka larikan diri dari tanggungjawab. Pengecut!

Apa lagi, Ash segera cabut lari, tinggalkan Maria dan Sky berdua. Dia tahu dia salah.

Sky masih berdiam diri, jadi pemerhati setia. Sebabnya, dia masih keliru kenapa dia dibawa ke syarikat tersebut.

"Patutnya Ash terangkan semua pada kamu sebelum kamu ke sini. Tapi.. Budak tu.."Maria geleng kepala. Sekarang, dia pula diletakkan dalam situasi kekok ini.

Sudahlah dia orang luar, bukan dia yang patutnya terangkan pada Sky.

".. Disebabkan kamu dah pun sampai, lebih baik Pakcik tunjukkan pada kamu terus. Tapi, pakcik nak kamu ingat satu perkara. Semua yang kami buat bersebab, bukan sengaja untuk rahsiakan dari pengetahuan kamu. Tolong jangan salahkan Ash. " suaranya serius, dan anak mata Sky direnung lama.

Selepas Sky mengangguk sebagai tanda setuju, barulah Maria membawanya masuk ke pintu yang agak tersembunyi di dalam pejabat.

Apabila dibuka, satu koridor putih terbentang di depan mata Sky, dan dihujung koridor terletak satu pintu kaca yang memerlukan kata laluan dan pengesan cap jari untuk dibuka.

Pada asalnya, tingkat paling atas dikhaskan untuk semua Board Of Director (BOD),  tetapi Ash telah membuat ubah suai dimana hanya bilik pejabat Tuan Pengarah sahaja yang diletakkan di tingkat teratas.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now