Dia memuntahkan darah ke lantai. Bahagian belakang yang ditembak hampir buatkan Hitomi pitam, tapi dia paksa untuk kuatkan diri dan bersandar ke sisi pintu.
Sky ditarik ketepi, dihalang dari menjadi target tembakan. Dadanya makin sukar menarik nafas, dan kakinya semakin hilang tenaga.
"Hitomi. Kau buat aku kecewa dengan kau. Betul betul kecewa." Jeanis menuruni tangga.
Pistol tidak lagi diacukan ke arah Hitomi, tapi tak bermakna Hitomi akan selamat.
Hitomi merenung bapa angkatnya, kemudian beralih kepada perempuan di sisi Jeanis.
X.
Gadis berambut jingga yang sentiasa Hitomi percayakan.
X.
Nampaknya, karma memang wujud. Roda memang sentiasa berputar. Akan tiba masa seseorang di atas, dan akan tiba juga masa dia berada di bawah.
Rain telah khianati Sky, sekarang giliran Hitomi pula dikhianati X.
Karma.
Ya. Karma.
Dia tersenyum lemah, hampir ketawakan situasi sekarang. Entah kenapa, Hitomi rasa geli hati.
Sakitnya tadi mulai hilang, diganti dengan satu perasaan aneh.
Bukan Marah.
Bukan Sedih.
Bukan juga Kecewa.
Hitomi tak pasti apa yang dia rasa sekarang. Bila dia cuba buat baik, segala benda buruk yang dia telah buat membalasnya berganda ganda.
Sky merenung pada darah yang mengalir di lantai. Kemudian matanya diarah kepada baju yang dibasahi merah.
Akhirnya, air mata yang tadinya terkunci, kini mengalir tak berhenti. Menjadi hujan yang memcurah curah di wajah si gadis.
"Hitomi, Rain nak aku bagi kebebasan kat kau. Nampaknya, aku akan tunaikan permintaan budak bodoh tu. Aku akan bebaskan kau dari dunia ni."
Bebaskan dari dunia ni?
Maksud Jeanis mati kan?
Tanpa membalas, Hitomi terus menarik tangan Sky dan dibawa lari keluar.
Apa pun, Jeanis takkan cederakan Sky buat sementara waktu. Kerana Sky masih ada nilai di mata Jeanis.
Jadi Hitomi pertaruhkan perkara tersebut dan bawa lari si gadis.
Jeanis mengeleng kecewa dengan anak angkatnya yang seorang itu. Sangat kecewa.
Dia yang kutip budak tu dari tepi jalan, besarkan dia, latih dia untuk jadi pengikut yang berguna. Tapi akhirnya pilih untuk khianati Jeanis.
Huh!
"X, kau buat kerja yang bagus dengan bagi tahu benda ni kat aku awal-awal. Boleh aku lihat dengan mata aku sendiri, macam mana budak tu campak najis kat muka aku." jelas Jeanis.
Jeanis bukan seorang yang gelojoh. Sejauh mana pun Hitomi cuba lari, dengan kecederaan parah tersebut, Hitomi takkan berjaya lepasi kawasan Jeanis.
Dia capai putung rokok dari poket seluar, kemudian pengikut di bahagian kanan kehadapan untuk menyalakan api.
Dengan bangganya dia hembuskan asap rokok ke udara. Sempat juga dia beri isyarat mata kepada pengikut Butterfly untuk menangkap sampah tak guna.
Tak lama lagi, objektif besar Jeanis akan tercapai. Dia dah tak perlukan barang buangan.
"Baguslah Tuan datang sendiri untuk lihat pengkhianatan Hitomi. Senang kerja saya untuk perangkap Tuan." ujar X tiba-tiba.
Dan beberapa pengikut Butterfly mengacukan pistol ke arah Jeanis. Buatkan si lelaki terpaku seketika.
Lantas dia menoleh ke arah X yang tersenyum sinis.
"Nasib baik Tuan pilih kilang Dadah ni untuk kurung Cik Muda Sky. Sekarang, kami dapat tangkap Tuan dalam kilang ni, dan tak ada undang-undang yang boleh lepaskan Tuan lepas ni." X tersenyum sinis.
Bayaran kali ni berat untuk menangkap ikan besar. X masih terluka dengan pandangan yang diberi Hitomi tadi.
Tapi X ada tugasnya sendiri. Walaupun terpaksa khianati Hitomi.
"...tch.. Jangan fikir kau dah perangkap aku! Kalau aku jatuh kat sini, semua akan ikut aku ke neraka!"
Jeanis tersenyum sinis. Pengikut butterfly bukan sahaja di dalam kilang, tapi mereka memenuhi sekeliling kawasan kilang.
Dan baru sebentar tadi Jeanis menghantar mesej kepada semua untuk bunuh dua pelarian yang rosakkan segalanye.
Apabila X menahan Jeanis, dia telah pun gagal untuk menghalang mesej tersebut, dan hanya mampu harapkan Hitomi berjaya larikan diri.
Hitomi masih berlari.. Sejauh mungkin yang dia terdaya.
Dia tahu dia banyak dosa, dan apa yang dia buat sekarang tak mungkin dapat hapuskan semua dosa yang telah dilakukan.
Tapi Hitomi tekad.
Walaupun hatinya terluka bila terpaksa menerima hakikat X telahpun membelot dan memberitahu semua rancangan Hitomi kepada Papa.
Agak aneh juga apabila tiada satupun pengikut Butterfly mengejar mereka, tapi Hitomi tak peduli.
Dia tarik tangan Sky dan keluar dari kawasan kawalan Kumpulan Butterfly. Selepas beberapa belok kiri dan kanan antara bangunan, akhirnya mereka sampai ke bandar biasa.
Dia akhirnya bersandar ke dinding bangunan. Tangannya makin sejuk akibat kehilangan darah yang banyak. Ditambah lagi dengan dingin pagi hening, tangan Hitomi mula mengigil kecil.
"Kau cuma perlu jalan sikit, dan pasukan keluarga Merlin akan datang jemput kau. Aku dah... Bagi signal kat diorang, yang kau akan muncul kat sini."
Terang Hitomi. Dia dah tak mampu bergerak lagi. Dia dah terlalu letih.
Jadi Sky perlu pergi dengan kakinya sendiri.
Buat masa sekarang, Hitomi cuma mahu terlelap dan berehat.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romansa"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light