[15]. The Queen

1K 117 0
                                    

Cerita dalam cerita

Tersebut la kisah seorang permaisuri yang tegas yang digeruni semua pemerintah dan bangsawan.

Si permaisuri telah ditabalkan menjadi pemerintah pada usia muda selepas kemangkatan Raja sebelumnya.

Disebabkan si permaisuri adalah anak tunggal Raja sebelumnya, hanya dia seorang yang layak menjadi pemerintah baru.

Si Pemaisuri telah jatuh hati kepada seorang rakyat biasa. Si lelaki yang baik budi pekerti, jujur dan peramah. Ketulusan hati si lelaki menyebabkan si pemaisuri melanggar adat istana, dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan si lelaki.

Si lelaki diberi gelaran Raja, tetapi tidak memiliki sebarang kuasa. Hanya menurut telunjuk si permaisuri, dan hanya hiasan di sebelah si permaisuri.

Pemerintahan permaisuri adalah zaman yang dikatakan zaman paling aman. Semua bangsawan yang cuba memperlesongkan duit atau menindas rakyat akan dihukum.

Tiada rasuah, tiada pecah amanah dan tiada penindasan. Pemaisuri memerintah dengan adil, malangnya pemerintah sebegini tetap dibenci beberapa bangsawan yang tidak mampu menayangkan kuasa.

"Dinda, sayangku, marilah berehat dahulu. Cukuplah dengan semua laporan untuk hari ini." ujar si Raja.

"Maaf Kanda. Tinggal sedikit sahaja lagi, dan Dinda akan ke kamar untuk beradu bersama. Kanda tidak perlu menanti Dinda." si Pemaisuri membalas dari meja kerja.

Buatkan Raja mengeluh melihat isterinya yang cintakan kerja.

"Jikalau Kanda boleh lakukan sesuatu untuk tolong Dinda... Mengapa Kanda terlalu lemah?" Raja itu mengadu entah keberapa kalinya.

Kata-kata itu dibalas dengan senyuman si Pemaisuri.

"Kewujudan Kanda di sisi Dinda cukup buat Dinda bahagia." jawab isteri dengan lembutnya... Yang kemudian menyuruh Dayang istana untuk membawa Raja kembali ke kamar untuk beradu.

Setahun kemudian, seorang putera dilahirkan dan disambut tinggi rakyat jelata. Mereka sangat sayangkan pemerintah mereka yang adil dan saksama, maka mereka menyambut tujuh hari dan tujuh malam keraiian untuk berita gembira tersebut.

Pada tahun berikutnya pula, perjanjian persahabatan bersama negara jiran telah berjaya, dan Pemaisuri bersiap sedia untuk ke negara sebelah sebagai lawatan tanda persahabatan.

Untuk pertama kalinya permaisuri dan Raja akan berpisah.

"Dinda...  Jaga diri." ujar si Raja sambil menggenggam tangan si Pemaisuri. Matanya sayu, seperti tidak mahu wanita itu ke mana-mana.

"Jangan risau, Dinda akan pulang dengan selamat." janji pemaisuri.

Maka rombongan permaisuri mula berangkat.

Di pertengahan jalan, rombongan tersebut diserang hendap oleh beratus lelaki bertopeng hitam.

Perang kecil berlaku antara pengawal dan penganas. Pertumpahan darah berlaku, dan hampir separuh pengawal mula tumbang.

""Lindungi Permaisuri!!!  Lindungi Permaisuri!!"

"" Lindungi Permaisuri!!  Lindungi Permaisuri!!! "

Mereka berteriak dan pertaruhkan nyawa masing-masing.

Dalam ambang kekalahan, bantuan dari istana tiba. Dan akhirnya kesemua penganas berjaya ditumpaskan.

Permaisuri terpaksa membatalkan lawatannya ke negara sebelah dan menghantar surat memohon maaf atas ketidakhadirannya.

Siasatan keatas percubaan membunuh Permaisuri dijalankan... Dan tidak sampai tiga hari, dalangnya terbongkar.

Kesemua penganas telah diupah Raja untuk membunuh permaisuri ketika perjalanan diplomat, dan selepas kematian permaisuri, Raja akan menjadi pemerintah mutlak.

Mendengar laporan yang diberi, permaisuri buat pertama kalinya merasa lemah. Segera Raja dan kesemua Bangsawan dibawahnya ditangkap dan dipenjarakan.

Kesemua bukti telah terbentang nyata.

Nyata Raja hanya mengahwini Permaisuri hanya untuk merebut takhta.

Luluh hati wanitanya.. Air mata tidak berhenti bertakung dan mengalir.

Selepas seharian cuba mengawal perasaan, akhirnya permaisuri melangkah masuk ke penjara untuk bersemuka dengan suami tercinta.

Selepas dipenjarakan, Raja nampak tidak bermaya dan lesu, mungkin suasana di penjara buatkan Raja nampak susut dari biasa.

Melihat kehadiran si permaisuri, Raja tidak bersuara. Hanya merenung ke satu arah dengan pasrah.

"Mengapa Kanda buat bergini?  Demi kuasa?  Mengapa Kanda?" soal permaisuri hiba.

Raja hanya memberi senyuman lemah pada isterinya. Melihat senyuman itu, air mata permaisuri tidak berhenti melimpah.

Dia sayang lelaki itu. Terlalu sayang sehingga dia terluka sedemikian rupa apabila si lelaki telah mengkhianati dirinya.

Hukuman bunuh pada bangsawan dan Raja telah ditentukan jatuh pada tiga hari dari sekarang. Dan permaisuri mengurung diri di dalam kamarnya melayan perasaan.

Sehari sebelum hukuman, pintu bilik permaisuri diketuk dari luar.

Dihadapnnya berdiri perdana menteri yang taat pada permaisuri.

"Tuanku, ada sesuatu yang patik mahu sampaikan. Tetapi perkara ini terlalu sulit dan tidak boleh disampaikan dihadapan yang lain."

Mendengar apa yang dikatakan perdana menterinya, si permaisuri memberi arahan supaya kesemua Dayang di dalam bilik untuk berundur diri.

Dan perdana menteri menghulurkan sepucuk surat pada pemaisuri. Tulisan tangan di dalam cukup permaisuri kenal. Tidak bukan, adalah tulisan tangan cinta hatinya.

"Pada hari kejadian, Raja telah menghantar dua surat. Satu kepada pengawal istana untuk memberitahu permaisuri dalam bahaya, dan satu lagi pada tangan patik. Raja telah titahkan patik untuk rahsiakan perkara ini dari Tuanku sehingga hukuman dijalankan ... Tapi patik tak sanggup untuk berdiam diri lagi."

Barulah permaisuri memahami situasi yang berlaku.

Bangsawan yang cuba menjatuhkan keluarga diraja cuba memberontak. Raja melihat ini adalah peluang untuk hapuskan mereka sekaligus, dan bersetuju untuk bekerjasama supaya boleh memerangkap kesemua mereka.

Apabila cubaan membunuh tidak berjaya, penyiasatan akan dilakukan dan mereka semua akan terdedah.

"Kanda adalah seorang lelaki yang beruntung untuk menerima cinta seorang perempuan yang sangat hebat seperti Dinda. Setiap hari Kanda harapkan masalah Dinda akan berkurangan, dan Dinda boleh bersenang lenang seperti orang biasa. 
Kanda sebagai seorang rakyat sangat berterima kasih atas pemerintahan Dinda dan mengharapkan kerjaan ini akan kekal aman di bawah pemerintahan Permaisuri Agung Lysnavia. Oleh itu.. Maafkan Kanda jikalau keputusan Kanda telah lukakan hati Dinda."

Raja fikir, sekalipun dia tidak bersetuju untuk membantu bangsawan yang tamak itu semua, bangsawan tersebut tetap akan mencuba cara lain untuk cederakan permaisuri.

Oleh itu.. Ini adalah keputusan yang Raja telah buat.

Untuk korbankan dirinya.

Pada hari hukuman dijalankan, air mata permaisuri tiada lagi. Kesemua bangsawan yang memberontak termasuk Raja dihukum gantung.

Sejak dari hari itu, kedudukan Raja telah kosong sehingga putera mahkota menaikki takhta pada usia 20 tahun.

Permaisuri kemudian hilang dari istana, dan menurut khabar angin dikatakan Permaisuri telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang menyerupai Raja.

Kenyataannya tiada siapa tahu. Pada malam sebelum hukuman dijatuhkan, Raja telah diganti dengan pesalah lain dan telah lama di bebaskan.

Selepas Permaisuri menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah, dia memilih untuk menghabiskan sisa hayatnya bersama lelaki tercinta.

Written By
Lania

SKY [Complete]Where stories live. Discover now