Cerita dalam cerita
Drip Drop Drip... Drop!
Bunyi air menitik membuatkan aku terjaga dari mimpi.
Kali ni mimpi aku lebih jelas dari kebiasaan. Seorang wanita tak berhenti memanggil namaku, merayu rayu supaya aku menyelamatkan dirinya.
Buatkan kepala aku makin runsing. Kenapa semua mimpi ni menghantui aku? Persoalan yang masih belum terjawab.
Seperti biasa, aku ke meja makan dan bersarapan bersama Papa. Dan seperti biasa juga aku akan ke kelas yang membosankan.
"Ame, kau nampak pucat hari ni. Masih tak boleh tidur?" soal Yuu risau.
Dalam kelas ni, hanya dia seorang yang ambil berat fasal aku. Sebab tu lah aku sangat berterima kasih pada Yuu.
".. Tak mengapa. Macam yang kau cakap, keadaan akan kembali tenang tak lama lagi." jawabku, dalam masa yang sama cuba meyakinkan diri sendiri.
Kemudian kelas berjalan seperti biasa. Selesai masa pembelajaran, kertas soalan kuiz diedarkam untuk menguji pemahaman pelajar.
Tik tok.. Tik tok.
Jam didinding kelas berbunyi memenuhi keadaan kelas yang sunyi ketika menjawab soalan kuiz.
Drip.. Dropp.. Dripp.. Dropp..
Bunyi diganti illusi. Dari bawah meja, aku boleh rasakan sesuatu merangkak naik.
"Selamatkan ibu! Selamatkan ibu!!! "
Sentuhan sesuatu yang sejuk beku buat aku menjerit ketakutan.
"Arghhhhhhh!!!"
Jeritan aku menarik perhatian satu kelas, dan masing-masing menoleh ke belakang, dimana aku ditempatkan.
Lembaga yang merangkak dibawah meja tadi lenyap serta merta, buatkan aku terkebil-kebil membalas pandangan rakan sekelas.
"Ame, cikgu rasa baik kamu ke bilik kaunseling selepas kelas. Mungkin kamu tertekan belajar. Pastikan awak hadirkan diri." ujar si guru sebelum kembali menyambung masa Kuiz.
Pelajar lain berbisik sesama sendiri, dan ada yang mengambil kesempatan untuk melihat jawapan rakannya.
"Kau okay?" soal Yuu dari tepi. Dia nampak betul-betul risau.
Aku tak menjawab. Aku biarkan soalan Yuu tergantung, sedang aku dalam termenung dalam duniaku sendiri.
Selepas kelas, aku ke bilik kaunseling seperti yang diarahkan. Aku tak nak perkara remeh sebegini jadi besar dan sampai ke pengetahuan papa.
"Kamu ke Ame? Saya ada dengar beberapa aduan dari cikgu lain tentang kamu."
Seorang perempuan dalam 20-an menyambut kedatangan aku. Dan dia menyuruh aku mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Semua cikgu risaukan kamu, Ame. Kata mereka, kamu selalu bersendirian dalam dan luar kelas. Mereka risau kamu mengalami kemurungan."
Aku tak membalas. Malas.
Aku biarkan sahaja perempuan itu bercakap seorang diri, sampai masa aku dibenarkan pulang.
Yuu menanti di luar bilik. Dia sememangnya kawan sejati. Dia selalu temani aku, sentiasa. Aku meminta diri untuk pulang.
Dripppp Drooppp!!
Hujan mula menitik. Dari rebah ke lebat. Aku cepat-cepat berteduh di luar kedai di tepi jalan. Sekadar untuk mengelak hujan.
Kabus mula terhasil akibat hujan lebat.
"Kenapa kamu tak selamatkan ibu? Kenapa Ame?"
Dari tengah kabus, satu lembaga mula munculkan diri. Perempuan yang sama menghantui mimpi aku.
Satu demi satu dia melangkah, cuba dekati aku. Tangannya mengapai ngapai ke arah aku.
Tangannya yang biru dan berkedut-kedut.
Dia semakin dekat dan semakin dekat. Aku cuba mengundur, tetapi gagal kerana di belakang aku adalah dinding kedai.
"Ame! Ame! Sakit! Ibu sakit! Selamatkan ibu!"
Rayu si lembaga tersebut.
"Siapq kau!! Siapa kau!! Kenapa kau ganggu hidup aku? Pergi! Pergi!"
Akhirnya aku dah tak tahan dengan semuanya. Aku menjerit macam orang gila. Namun jeritan aku tidak beri apa-apa perubahan pada si lembaga.
Dia masih cuba dekati aku, dan mengulang perkataan yang sama. Macam radio rosak.
Tanpa fikir panjang lagi, aku segera berlari ke arah kanan, namun gagal kerana sesuatu menahan aku dari berlari.
Bukan lembaga tersebut, kerana wanita hodoh itu masih jauh beberapa tapak dari aku.
Yang menghalang aku dari terus berlari adalah si dia dengan senyuman manisnya.
"..Yuu?" aku renung remaja yang muncul entah dari mana. Walau sekuat mana aku cuba lepaskan diri, gagal.
"Ame.. Aku bagi peluang untuk kau ingat semuanya. Tapi nampaknya peluang yang aku bagi tu sia-sia. Kau betul-betul dah lupakan kami. Kau buang kami."
Yuu bersuara syahdu. Matanya sayu merenung aku.
"Yuu, apa yang kau cakap ni? Aku tak faham."
Cengkaman Yuu pada lengan aku makin kuat, seolah-olah jarinya boleh menusuk masuk ke dalam danging aku.
Yuu buat aku takut!
Aku keliru dengan semua yang berlaku.
Wanita yang cuba dekati aku tadi telah berhenti. Tangannya masih tak berhenti mengapai sesuatu yang aku tak pasti.
Drippp Droopp
Bunyi air menitis semakin kuat. Tetapi aku boleh dengar apa yang dikatakan Yuu ketika itu.
Cukup jelas.
"Kenapa kai lupa, Ame? Kenapa kau lupa macam mana kau baling ibu dan ayah ke dalam sungai. Kenapa kau lupa yang kau tolak aku jatuh ke dalam sungai? Kenapa kau lupakan kami. "
Bammmm!!
Bunyi guruh berdentum. Saat itu, aku boleh nampak mata Yuu menjadi merah. Dan air mata berdarah menitik keluar tak berhenti.
Ah... Kenapa aku boleh lupa?
Yuu dah lama mati.
Aku yang bunuh dia.
Semua ni hanyalah ilusi yang aku buat untuk hukum diri aku sendiri.
Karya
Rain
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light