Epiloge : Sky

1.5K 97 38
                                    

🎶Mana kucing, mana kucing.🎶
Di dapur, di dapur
🎶Curi ikan goreng🎶
Curi ikan goreng
🎶Meow meow meow🎶
Meow meow meow

🎶Mana adik, mana adik🎶
Menangis, menangis🎶
Ibu buat susu🎶
Ibu buat susu
Tidurlah,tidurlah🎶

Mendengar lagu kegemaran, akhirnya Hana lelapkan mata. Amber cepat cepat mengambil kesempatan untuk mengucup dahi si kecil yang lena di atas pangkuan.

Kecomelan Hana buatkan dia dimanjakan seluruh keluarga. Satu dunia tahu, Hana Merlin adalah harta dan permata keluarga kaya tersebut.

Kelahiran Hana ke dunia menceriakan suasana. Disambut dengan penuh meriah, disanjung semua.

Ash masuk ke bilik dengan berhati-hati, takut mengejutkan si kecil. Mahu dia dibebel isteri tercinta kalau si kecil merengek.

"Mana Mama Hana? Hana dah rindu kat Mama dia ni." rungut Amber sambil mengusap pipi si kecil. Matanya tak lepas dari meneliti kecomelan Hana, tanpa mengalihkan pandangan ke arah suami yang baru datang.

Beberapa tahun selepas dia sedar dari koma,  Amber terpaksa terima kenyataan dia dah tua dan sudahpun berada di pangkat nenek. Masa memakan usia mudanya.

Namun disudut hati Amber, dia sebenarnya masih terkilan atas keguguran anak keduanya.

Tapi kehadiran si kecil Hana, serba sedikit buat Amber terubat.

"Sky masih kat pesta buku. Terlalu ramai sangat peminat budak tu sampai diorang tak bagi dia balik awal." Adu Ash.

Amber geleng kepala. Sejak novel terbaru Sky diterbitkan, Populariti Sky melonjak naik dalam dunia penulisan.

Amber jadi mangsa untuk menjaga Hana sementara Sky menyibukkan diri dalam alam pekerjaan. Masa Hana bersama Amber lebih panjang dari bersama ibunya sendiri.

Ash sudahpun bersara dari syarikat. Merengek-rengek menyuruh Light gantikan tempatnya, supaya dia sentiasa bersama Amber. Walaupun dia masih belum layak bersara, Ash dengan selamba melepaskan tanggungjawabnya.

Katanya untuk menebus kembali 10 tahun yang mereka hilang.

"Sayang, kalau berterusan macam ni, bila kita nak bercuti? Hari-hari Sky sibuk, sampai tak boleh nak jaga Hana." rungut Ash tak puas hati.

"Sabarlah. Esok sebelum bertolak, kita hantar Hana kat papa dia. Biar budak tu jaga Hana sambil uruskan syarikat." cadang Amber.

Ash bagai tersedar rancangan bernas tersebut terus bersetuju, tanpa fikirkan masalah yang bakal menimpa si ayah muda.

Biarkan. Siapa suruh jadi menantu keluarga Lione.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


End

SKY [Complete]Where stories live. Discover now