[38]. Feng Long

746 67 20
                                    

Feng Long, terkenal dengan ketegasan dan kekejaman. Tuan Ketua kepada kumpulan Mafia terbesar, mengawal lebih separuh kawasan China.

Dikatakan, Feng Long seorang hitman paling ditakuti semua ketika zaman mudanya. Tak pernah lepaskan walau satu taget.

(Ps, teringat anime Hakata Tonkotsu Ramen. Aww..  The plot is good.)

Pada usia 28, Feng Long telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang memberi Feng Long tisu di tepi jalan. Selepas mengahwini si gadis, Feng Long bersara dari dunia assassin.

Dia kemudian mewarisi kumpulan Feng , seterusnya menaikkan nama keluarga sehingga menjadi salah satu kuasa besar.

Well, semua tu tak penting sekarang.

Apabila dia bertemu Sky, cucu kesayangan....  Feng Long cumalah lelaki tua yang terlebih manjakan si gadis.

Manjakan terlebih, sampai ke tahap orang di sekeliling Feng Long takkan kenal Tuan Ketua yang digeruni dan lelaki tua yang manjakan cucu tersebut adalah orang yang sama.

"Sky~~ Sky cucu Tuk ayah!  Tuk ayah dah datang melawat~ rindu tak, rindu tak?" si tua berlari kecil mendapatkan Sky.

Feng Long muncul tanpa amaran. Tiba-tiba saja dah pecah masuk rumah, muncul di ruang makan.. Dan peluk Sky dari belakang.

Setiap tahun, Feng Long paling kurang akan melawat Sky sekali. Jadi Sky dah biasa dengan kemunculan mengejut Feng Long.

Ash?

Bila nampak Feng Long, muka Ash naik pucat dan dia akan diam seribu bahasa. Sejak Amber masih hidup, Ash memang takut dengan bapa mertua yang seorang itu.

"Tuk ayah, lama tak jumpa. Sihat?"

Mendengar suara cucu perempuan kesayangan, Feng Long tersengih macam kerang busuk. Bangga kerana Sky ambil berat pasal dirinya.

Cepat cepat dia mengambil tempat di sebelah Sky, langsung tak pandang atau tegur Ash yang telah pun jadi tunggul kayu, mengeras disitu.

Pembantu rumah yang sememangnya profesional sudahpun meletakkan hidangan di hadapan Feng Long seperti mereka sudah lama menjangkakan kedatangan lelaki tua tersebut.

"Tuk ayah sihat saja. Sky macam mana? Ash layan dengan baik tak? Dia ada buli kamu ke?"

Soalan dari Feng Long buat Ash keluar peluh dingin. Setiap tahun, dia dibebel oleh Feng Long supaya layan Sky dengan baik. Dulu, Feng Long cakap macam mana pun, ia hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sebab Ash masih belum waras, masih belum dapat terima kehilangan Amber. Tapi sekarang, bila dia dah mula rapat kembali dengan Sky, mengingatkan selama bertahun-tahun lamanya dia tak layan Sky dengan baik buatkan Ash rasa serba salah.

Topik yang dah jadi salah satu duri dalam dagingnya.

Click.

Bunyi picu ditarik, dan dahi Ash diacukan pistol tiba-tiba. Tiada siapa sedar bila gadis kenit tersebut muncul.

Profesional killer, Laura yang dikatakan pengganti Feng Long dan memegang kedudukan nombor satu dalam list Hitman. Sentiasa menembak tepat pada sasaran.

"Kalau Ash tak jaga kamu dengan baik, akak boleh uruskan dia untuk kamu."

Dia leretkan pistol ke leher Ash, kemudian mengacukannya pada dagu si lelaki.

Nasib baik Ash dah biasa dengan pistol, kalau orang lain mungkin dah pengsan ketakutan.

"Kak Laura, jangan buli papa. Meh la duduk sini, dinner bersama."

Walaupun Laura sepatutnya berada di pangkat makcik, tapi dari dulu dia berkeras untuk dipanggil kakak. Apa boleh buat, ada je orang dalam dunia yang tak boleh terima kenyataan dia semakin tua.

"Aww, Sky jadi makin comel sekarang. Siap dah pandai ambil hati! Akak bangga dengan kamu!" dengan pantas Laura berlari mendapatkan Sky, dan si gadis dipeluk sekuat hati.

Kemudian pipi Sky dipicit-picit dengan geram. Mata Laura melirik pada anak mata milik si gadis, emas dan bersinar. Hatinya jadi sayu seketika apabila melihat warna mata yang telah lama dia rindui.

".. Kan Bagus.. Kalau akak dapat lihat mata emas ibu kamu juga." bisiknya perlahan sebelum melepaskan pelukan.

Dinner menjadi begitu meriah dengan kehadiran Feng Long dan Laura. Mereka membuka isu semasa, juga menceritakan pengalaman mereka sepanjang tahun lepas. Sepanjang perbualan, Ash hanya diamkan diri dan tumpukan pada hidangan di depan mata.

Laura dan Feng Long makin terhibur apabila Sky lebih banyak berinterasi dan berkongsi. Setahun boleh mengubah seseorang, dan buktinya berada di depan mata.

Selesai menjamu selera, Laura dan Sky naik ke tingkat atas untuk bermain game, meninggalkan Ash dan Feng Long berdua.

Suasana jadi semakin tegang, dan Feng Long kembali serius. Matanya melirik ke arah Ash, sebelum bersuara.

"Berapa kali aku nak cakap, aku tak pernah salahkan kau atas apa yang jadi kat  Lucie."

Apa yang Feng Long cakap buatkan Ash tunduk. Hari ni, tepat ulang tahun ke sepuluh selepas kejadian tersebut, namun dalang di sebaliknya masih belum tertangkap.

"..maaf." satu perkataan yang sentiasa diulang Ash, buatkan Feng Long mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Macam mana keadaan sekarang?" dia mengubah topik tadi, sudah luak dengan kemaafan yang dipinta Ash.

".. Tiada perubahan. Mama dan papa dah cuba sehabis baik, tapi..." ayatnya tergantung dan riak wajahnya makin keruh.

Feng Long mengeluh lagi, dia bangun lalu menepuk bahu Ash. Lawatannya hari ini berbuah hasil, kerana dia dapat melihat hubungan anak beranak ini semakin baik.

"..baik kau lupakan semua benda ni. Aku rasa Lucie pun nak kau mulakan hidup baru. Carilah perempuan lain yang boleh gantikan Lucie dalam hati kau." tegas Feng Long, hanya untuk menerima gelengan dari Ash.

Lelaki yang degil.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now