[2]. Rain

2.1K 174 20
                                    

Walaupun sky tak bercakap, tak bermakna dia tidak mendengar. Menurut rakan kelasnya, pendaftaran kelab telah menjadi satu kewajipan bermula semester ini. Kalau dahulu, ia hanya dibuka kepada siapa yang berminat.

ST Berlin cuba mengalakkan anak murid mereka untuk berkomunikasi dengan tujuan meluaskan networking sebagai persediaan masa depan. Semuanya melalui kelab kelab yang ditubuhkan.

Disebabkan ia adalah satu mandatori, Sky terpaksa akur.  Dia sedang sibuk meneliti senarai semua kelab yang diwujudkan di Kolej tersebut. Kelab sukan dari awal lagi telah ditolak tepi.

Aktivi kebudayaan juga ditolak tepi kerana ramai ahli. Aktivitinya juga....  Tak bersesuaian dengan jiwa Sky.

Dari banyak banyak kelab yang tersenarai, hanya satu berjaya menarik perhatian Sky.

Kelab Literature.

Penerangannya mengatakan.. Aktiviti kelab hanyalah membaca,  dan ahli kelab tersebut hanyalah seorang.

....

Block A, Tingkat 6, Bilik 14.

Sekarang sky berdiri di depan bilik tersebut. Dia fikir beberapa saat sebelum menolak pintu.

Bilik tersebut dipenuhi buku buku tersusun rapi di atas rak. Hanya sebuah meja panjang, dan enam buah kerusi. Tiada ahli yang dimaksudkan.

Kosong.

Dia berjalan sekitar kawasan bilik, acah acah pemeriksa. Sebuah fail yang terselit antara buku buku menarik perhatian Sky, lantas dia tarik ianya keluar.

Sky buat apa yang dia rasa dia nak buat. Itu sifatnya yang tak boleh diubah. Kata uncle Maria, itu sifat yang dia dapat dari Papa dan Mama.

Jadi bukan salah Sky.

Dia selak kertas kertas yang terkumpul rapi di dalam fail tersebut. Ia adalah kertas kertas yang tertulis beribu perkataan.

Sebuah novel yang belum dibukukan.

Manuskrip?

Sky jadi lebih tertarik. Satu satu helai dia baca dengan penuh minat.

Hobi sky adalah membaca.

Kenapa?

Membaca boleh buat Sky lupa kepada realiti. Membaca boleh buat dia masuk ke dalam dunia buku, dunia fantasi.

Membaca buku cerita adalah apa yang Mama selalu buat pada Sky satu ketika dahulu.

Sebab itu Sky pilih kelab ini.

Sunyi dan buku.

Seperti kelab yang ditubuhkan khas buat dirinya.

Sedang dia asyik membaca, pintu ditolak dari luar.

Mereka pandang sesama sendiri. Kemudian Sky buat tak perduli dan kembali membaca manuskrip di tangan.

"Siapa?" akhirnya lelaki tersebut, si pendatang baru menyoal.

Tiba-tiba ada perempuan asing dalam bilik kelabnya. Dia fikir dia telah tersalah masuk bilik tadi.

Sky buat tak peduli. Dia paling tak suka orang ganggu pembacaannya.

Si lelaki "...."

Lelaki itu kemudian mencapai satu buku, menarik satu kerusi dekati tingkap, dan mula membaca.

Sunyi...

Suasana yang Sky suka.

Dia menyelak muka surat seterusnya, hanya untuk menjumpai perkataan 'bersambung'.

Buku tak lengkap.

Ciss..  Sky tak suka buku yang tak lengkap!

"Mana sambungan dia?" Sky soal tak puas hati. Akhirnya dia bersuara juga.

".. Aku belum tulis lagi." jawab si lelaki endah tak endah.

Dia pun tak suka orang ganggu bacaannya.

Mata Sky bersinar mendengar jawapan si lelaki.

"Kau tulis?" cepat cepat dia dekati si lelaki. Jarang Sky tunjukkan ekspresi teruja.

"Kau belum jawab soalan aku, sekarang kau tanya aku macam macam. Siapa kau?  Apa kau buat kat kelab aku?" si lelaki tutup buku di tangan.

Bukannya dia boleh tumpukan lagi pada bacaan, baik dia tutup terus.

"Ahli baru kelab ni." jawab Sky selamba.

Jawapan dia buat lelaki itu berkerut.

"Bila kau daftar masuk?" setahunya, untuk masuk ke kelab, seseorang perlu kebenaran ketua kelab atau ahli jawatan kuasa untuk sahkan.

Dia sorang sahaja di kelab ini, maka dia adalah president.

Bila pula dia benarkan kemasukkan ahli?

"Kejap lagi aku daftar. Sambung novel ni. Aku nak penghujung." Sky masih tak mengalah.

Mata mereka betembung. Atau lebih tepat lagi, si lelaki merenung bahagian rambut yang menutup mata Sky.

"... Cerita yang tak menarik tak perlukan sambungan. Cerita tu tak perlu penghujung."

Dia merenung fail pada tangan Sky, mengeluh kecil. Banyak banyak buku, kenapa mesti fail itu yang jadi perhatian budak baru?

"Lupakan fail ni. Anggap kau tak pernah baca apa-apa." dia merampas fail tersebut dari tangan Sky.

"Esok aku datang lagi. Lusa pun. Pastikan kau sambung. Aku tunggu." jawab Sky, lalu keluar dari bilik tersebut.

Si lelaki terkebil-kebil melihat gadis berambut biru tersebut. Betul-betul buat bilik ni macam bilik dia.

Suka hati masuk, suka hati je keluar. Dia selitkan Fail tadi ke tempat asal. Baru je si lelaki capai buku tadi untuk sambung membaca, pintu dibuka sekali lagi.

Sky datang bersama borang yang siap di isi.

Si lelaki. "...."

Dia dah tak boleh nak kata apa. Hanya mengeluh kemudian beri pengesahan pada borang tersebut.

Kelab Literature ada ahli baru.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now