Di negara Jwizz, musim sejuknya mencecah setengah tahun. Ketika salji turun, makanan adalah isu paling besar dan kritikal kerana tumbuhan tidak boleh hidup dalam iklim sejuk.
Maka anak muda akan memburu kancil atau rusa di hutan untuk menampung kehidupan mereka.
Waktu itu, sesuatu yang buruk telah berlaku. Anak muda yang memburu di hutan tidak pulang pulang berbulan lamanya.
Apabila salji telah cair dan musim panas kembali, orang kampung menemui mayat kesemua anak muda yang hilang di bawah curam.
Muncul khabar angin tentang seorang perempuan di tengah hutan salju.
Kononnya, anak muda yang pergi memburu telah terserempak dengan seorang perempuan cantik di tengah hutan. Dan mereka yang terpikat akan mengekori si gadis sehingga tidak sedar akan curam di hadapan dan jatuh ke kematian mereka.
Mereka mengelarkannya sebagai Perempuan salju.
Musim sejuk tiba sekali lagi. Seorang pemuda, Gin tetap dengan pendiriannya untuk pergi kehutan walaupun ramai penduduk kampung tidak menyokong keputusannya.
Bagi Gin, jika mereka tidak mencari makanan tambahan, kampung mereka akan terhapus akibat kelaparan.
Dia mula menjelajah hutan yang diliputi salju putih. Selepas memanah dua ekor arnab, dan seekor kancil, Gin membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
Ketika itu, dia terdengar suara merdu seorang gadis sedang menyanyi kecil. Dan dari jauh, Gin boleh melihat seorang perempuan berbaju putih sedang menari dan menyanyi.
Salju putih yang turun seperti rama-rama cahaya yang berterbangan di sekeliling si gadis. Pemandangannya cukup indah dan mengasyikkan, mungkin itu yang diwawarkan semua. Perempuan sajlu.
Sedar dirinya berada dalam bahaya, Gin menoleh dan mempercepatkan langkahnya untuk pulang ke rumah.
Namun perempuan salju muncul di hadapannya dan menghalang jalan. Lembut sahaja suara lunak si gadis membuka soalan.
"Kenapa kau tak menoleh? Kenapa kau tak tertarik?" soal si gadis.
Dan Gin menjawab jujur.
"Aku perlu pulang. Ada seseorang yang aku cintakan sedang menanti kepulangan aku. Aku tak boleh tinggalkan dia sendirian."
"Cinta? Cinta boleh buat kau begitu berbeza dengan mereka yang lain?" soalnya sekali lagi.
Perempuan salju kemudian hilang apabila ditiup angin. Hanya suaranya sahaja bergema di sekeliling hutan.
"Buktikan pada aku. Buktikan cinta itu wujud."
Dengan itu, Gin berjaya pulang ke rumah. Apabila pintu ditolak, dua orang gadis menyambutnya serentak.
Buatkan Gin terundur beberapa langkah ke belakang. Kerana isteri tercinta telah menjadi dua!
"" buktikan pada aku, cinta tu wujud."" kedua-dua gadis bersuara serentak.
"Perempuan salju?" soal Gin tak percaya. Dia keliru pada apa yang sedang berlaku.
"" salah satu dari kami adalah realiti, dan salah satunya lagi cumalah illusi. Kalau kau cintakan dia, buat pilihan yang betul. Sekirannya kau gagal, nyawa korang berdua milik aku."" kedua gadis bersuara serentak.
Isteri Gin telah pun dirasuk untuk ikut serta dalam permainan tersebut.
Gin meneliti pelanduk dua serupa di hadapannya. Ternyata kedua mereka terlalu seiras sehingga segala jerawat dan kesan parut pada muka adalah sama.
Gin sedar, dengan hanya melihat dari luar, dia tidak akan berjaya membezakan kedua mereka. Tapi.. Gin perlu selamatkan cinta hatinya.
Jika dia seorang sahaja yang menjadi mangsa, Gin tidak kisah nyawanya jadi bayaran. Tetapi.. Dia perlu lindungi orang yang dicintai.
"Pada kali pertama kita bertemu.. Aku tahu kau adalah cinta hati aku. Walaupun orang sekeliling kita halang hubungan ini, aku berkeras. Kerana aku cintakan kau. Aku terima kau seadanya.
Ingat lagi, pertama kali aku melamar kau.. Aku kata, biarlah kita berdua habiskan hayat ini bersama. Walaupun kau tak boleh beri aku zuriat, walaupun keluarga kita tak akan pernah sempurna, aku cintakan kau seadanya."Mendengar luahan hati Gin. Salah seorang dari gadis itu menitiskan air mata. Perempuan salju yang tidak mampu memiliki perasaan cinta tidak mampu menitiskan air mata.
Maka perempuan salju telah kalah. Identitinya sudahpun terdedah.
"Dan lagi.. Walaupun kau boleh tiru luaran. Kau takkan boleh tiru dalaman. Perempuan salju takkan tahu, isteri aku lelaki.. Jadi aku hanya perlu periksa jantina korang untuk tahu mana yang realiti, dan mana yang ilusi."
Pap!
Kejutan tersebut buatkan perempuan sajlu larikan diri dan tidak pernah lagi munculkan diri.
Itulah dia cinta sejati.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light