Malam tu, tiada bulan juga tiada bintang. Mungkin kerana awan mendung sembunyikan semuanya.
Dia bersandar ke dinding lantas mendongak ke atas. Kebelakangan ini, ada sesuatu yang buat dia risau.
Dia keliru dan tak faham dengan diri sendiri yang sentiasa resah gelisah.
Tik Tik Tik
Gerimis mula menitik, tetapi dia masih merenung langit yang gelap lain macam tersebut.
Hujan yang turun membuat dia teringat pada Rain. Mungkin resahnya datang dari lelaki itu.
Lelaki itu ada sembunyikan sesuatu darinya. Sedangkan Rain sepatutnya tak boleh sembunyikan apa-apa.
Kebelakangan ini dia tak boleh baca apa yang difikir Rain. Seperti lelaki itu cuba lindungi sesuatu.
Tapi apa?
Makin dia merenung ke langit malam, makin dia tengelam dalam ke dasar laut yang dipenuhi soalan.
Tiba-tiba titisan hujan tadi berhenti, dilindungi payung merah.
"Hitomi, apa kau buat kat sini tak berpayung? Macam mana kalau kau kena demam nanti?"
Suara X buatkan Hitomi menoleh. X yang sentiasa muncul tiba-tiba dah buat dia lali dan terbiasa.
Tak kisah la jika dia berada di bar, atau sedang di restoran mahupun di belakang bangunan, wanita itu akan muncul mengejut, macam dah ada tracking devise kat Hitomi.
Papa pernah menragui hubungan kedua mereka kerana keakraban yang ditunjukkan.
"Kenapa? Kau nampak runsing semacam. Ada sesuatu yang berlaku?" soal wanita itu prihatin.
"Rain.. Sejak dia jumpa seorang perempuan ni, dia banyak sembunyikan benda. Aku cuma pelik kenapa dia berubah."
Masalahnya diluahkan secara spontan. Kalau orang lain yang tanya, tak mungkin dia akan ceritakan begitu saja. Tapi X istimewa.
Mungkin dia cuma perlukan seseorang untuk bergantung.
"Ha. Senang je tu. Aku rasa Rain dah jatuh cinta. Orang yang dah ada kekasih hati ni banyak berahsia." teka X.
Tekaan yang buat Hitomi termenung jauh.
Cinta.
Perasaan yang buat dia rasa janggal. Tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
"Kau tak percaya? Nak aku siasat bagi pihak kau?"
Segera Hitomi mengeleng. Dia tak kacau privasi Rain, dan Rain tak kacau privasi dirinya. Itu perjanjian yang dah termaktub secara tak rasmi.
Baru sahaja X mahu merangkul si remaja, bunyi panggilan menghentikan niatnya.
Segera Hitomi mengangkat panggilan dari 'Papa'. Wajah X jadi serius, dan senyumannya terus mati.
Tak sampai beberapa minit, panggilan berakhir. Belum sempat dia melangkah pergi, tangannya ditarik wanita berambut jingga itu.
"Jangan cakap.. "
"Aa. Kali ni target besar. Ketua Mafia Feng." jawab Hitomi selamba.
Muka X bertambah keruh. Tangannya yang masih mencengkam pergelangan Hitomi digengam sekuat hati.
Tapi sakit macam mana pun, Hitomi langsung tak keluarkam bunyi. Hanya biarkan tangannya berdenyut dan tak cuba lepaskan diri.
"Feng.. Apa.. Apa yang taiko china tu buat kat negara ni? Kenapa mesti Hitomi? Can't you just stop all this nonsense!!! Aku tak suka tengok kau jadi pembunuh. Kau masih remaja lagi!"
Mata X berair, suaranya sudah pun bertukar serak basah. Hitomi hanya mampu mengusap tangan X, cuba memujuk.
Jadi pembunuh?
Hitomi tak kisah. Dia dah biasa.
"Kau tahu kan, aku tak boleh tolak arahan Papa ? Berapa banyak kali pun kau bantah, aku tetap kena buat."
X menggeleng. Hitomi kemudian ditarik dan dirangkul sekuat hati.
"Kali ni bahaya. Kau tahu ketua Mafia Feng tu bukan target biasa biasa. Apa yang papa fikir? Dia nak hantar kau masuk kubur ke??"
Wanita itu mula menangis. Setiap kali Hitomi diberi tugas untuk hapuskan seseorang, reaksinya selalu begini.
Hitomi tahu, X tak pernah kotorkan tangannya dengan darah orang lain. Jadi bagi X, membunuh tu tersangatlah keji.
"Kenapa kau kena ikut cakap papa? Kenapa papa kejam dengan kau?"
"Kau dah tanya aku soalan tu banyak kali. Aku dah dibesarkan papa, mestilah aku kena balas budi dia." Hitomi menjawab.
"Alu lebih suka kau jadi macam Rain. Pergi ke sekolah macam budak biasa dan habiskan masa dengan baca buku. Dan jatuh cinta macam orang lain.... Aku lebih suka kalau kau kekal.."
"Aku dan dia berbeza." tegas Hitomi.
X gelengkan kepala. Payung tadi dah lama tercampak dan ditiup angin. Entah kemana ia terbang dibawa angin kuat.
Hujan pun turun dengan selebat lebatnya, buatkan X dan Hitomi lencun. Angin malam yang bertiup dingin semacam, tapi tak mampu kalahkan dingin hati pada kedua mereka.
"Apa yang bezanya.. Korang berdua masih remaja. Korang berdua..."
Banggg!!
Petir mula menyambar.
Sky masih menanti di pintu utama. Papa sudah pun berjanji untuk pulang malam tu. Jadi selagi papa belum pulang, Sky akan tunggunya di muka pintu.
Tepat jam 9 malam, bunyi kereta berhenti buatkan Sky berlari untuk membuka pintu.
Di hadapannya berdiri Papa dan lelaki berambut emas yang sentiasa berikan senyuman manisnya.
"Sky! Hari ni Light tumpang tidur sini." si lelaki berlari anak dan memeluk gadis kenit di hadapannya.
Tak sampai beberapa saat, Light kemudian ditarik Ash dari terus memeluk anak gadisnya.
"Uhum.. No touching touching."
"Ehh! Dulu boleh je, kenapa lak tetiba tak boleh?" Light merungut.
"Tu dulu. Sekarang cerita sekarang."
Author note:
Akhirnya kita dah sampai ke pertengahan story~~
now kita panggil Rising in ActionSofie so happy~~
Ni series last.. So hopefully you guys enjoy it~~😘😘😘
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romans"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light