[27]. Pilihan

892 90 10
                                    

Rumah agam di hadapan mata pastinya akan buat sesiapa yang melihat terpana dengan kemewahan dan keunikan nya.

Rumah yang dimiliki oleh pasangan muda Merlin, Maria Merlin dan isteri tercinta, Leena Merlin.

Baiklah, berhenti tukar topik.

Sekarang Night dalam dilema. Kerana dia diberi dua pilihan.

Satu, berikan kiss 'jumpa lagi' pada Lia.

Dua, masuk ke dalam rumah untuk bertemu 'ibu mertua'.

Dua dua buat dia dibasahi peluh dingin.

Tapi selagi dia tak buat pilihan, Lia takkan berganjak.

"Night, kau dah habis fikir ke belum? Actually, aku lebih suka kau pilih nombor dua. Mama mesti nak jumpa dengan kau."

Night geleng kepala. Lepas apa yang dia dah buat pada anak gadis keluarga Merlin, dia tak ada keberanian untuk bersemuka dengan Puan Leena.

Tapi tak bermakna dia akan pilih nombor satu.

Dia tak boleh beranikan diri untuk mencium Lia.

"Night, kalau kau tak boleh buat pilihan, aku akan bagi arahan lagi teruk dari ni." ugut Lia.

Ugutan Lia buat Night makin gelabah. Mukanya seperti menahan tangisan.

Buat Lia tersenyum. Sebabnya Lia suka tengok muka sedih Night.
Jangan tanya kenapa.

Seminit. Dua minit.

Night masih kaku.

"Night, kau buat aku menunggu."

Bahu Night terjengket. Macam kucing atau binatang kecil yang ketakutan.

Akhirnya dia cekalkan hati untuk buat pilihan! Dengan badan yang mengigil kecil, Night menoleh dan dekati Lia perlahan-lahan.

Perlahan-lahan sambil matanya dipejam. Jantungnya berdegup kencang terasa seperti nak tercabut.

Baru saja bibir mereka hampir bertaut, cermin pintu kereta diketuk dari luar.

Night yang tersedar cuba jauhkan diri, tapi Lia lebih pantas menarik kepala si lelaki dan bibir mereka bertaut.

Selepas ketukan ketiga, barulah Lia lepaskan Night dan membuka pintu kereta.

Night kemudian tersandar lemahnke kerusi seperti hilang separuh nyawa. Tangannya segera menekup mata, cuba tenangkan diri. Rasa macam seluruh tenaganya disedut keluar dengan satu kucupan.

Tangan kanan yang menutup mata kemudian dialihkan ke bibir yang masih lembab.

Dia bermain-main dengan bibirnya dan tersedar apabila pintu bahagian pemandu dibuka dari luar.

Cepat cepat tangan tadi disembunyikan di belakang.

Tak sempat dia beri apa-apa alasan untuk menutup perbuatannya tadi, dia telah ditarik keluar.

"Mama, Night datang melawat hari ni."

Zappp!

(Ps/ endingnya Night kena buat dua-dua)

Apa yang dikata Lia buatkan Night terasa seperti air sejuk disimbahkan ke atas kepalanya, dan dengan reflek yang tak boleh dikawal, dia menoleh ke arah seorang wanita berambut emas kuning.

Puan Leena.

Lututnya terus jadi lemah, mula tak tenteram.

Adakah Puan Leena nampak apa yang berlaku di dalam kereta tadi?

Persoalan tersebut bermain-main di kepala Night buatkan dia terlupa untuk tunduk hormat kepada Puan Leena.

"Night, dah besar dah kamu ya. Dah tiga tahun kita tak bertemu. Baguslah kamu sihat-sihat saja." ibu yang awet muda itu menegurnya seperti tiada apa yang berlaku.

Puan Leena masih cantik dan berseri sama seperti kali pertama Night bertemu wanita tersebut. Tetapi bila mengingatkan situasi dia berada sekarang buatkan muka Night jadi biru.

Cepat-cepat dia jauhkan diri dari Lia, dan segera tunduk hormat.

"Ma.. Maafkan.. Maafkan saya."

Otaknya bermain-main sama ada untuk melutut atau sujud untuk memohon maaf.

"Maaf? Kamu tak buat salah pun, dan sepatutnya acik yang berterima kasih pada kamu kerana selalu jagakan Lia."

Puan Leena tersenyum lembut, sebelum tangannya mengusap rambut Night dengan penuh kasih.

Terasa bagai segunung beban telah hilang dari bahu Night, dan lelaki itu hanya mahu menangis dan minta maaf pada Puan Leena kerana mengecewakan wanita itu.

Baru sahaja dia mahu memeluk wanita itu, lengannya ditarik dari tepi dan terkunci di dalam pelukkan Lia.

"Jom masuk makan." arah Lia sebelum menarik Night ke dalam rumah.

Bukan Lia tak tahu, Night agak lemah pada orang yang berambut emas.

Contoh terdekat, abangnya dan ibunya.

Cemburu?

Tak. Mana mungkin dia nak cemburu dengan keluarga sendiri. Tapi dahulu... Night pernah jatuh hati pada seorang gadis berambut emas.

Masa tu, Lia masih belum sedar tentang perasaannya pada Night.

Cuma setiap kali Night membuka cerita tentang gadis idamannya, wajah Lia akan berkerut seribu. Dia akan jadi sakit hati dan tiada mood untuk beberapa hari.

Hubungan Night dan gadis berambut emas semakin berbunga.. Buatkan Lia makin sakit mata.

Keadaan berterusan untuk beberapa minggu, dan akhirnya gadis berambut emas tersebut tiba-tiba sahaja bertukar sekolah dan tidak lagi boleh dihubungi.

Night menangis berhari lamanya kerana patah hati. Dan Lia kembali ceria seperti sedia kala.

Ketika itulah Lia sedar perasaannya pada Night telah pun berubah dari sayang antara adik beradik kepada cinta pada seorang lelaki.

SKY [Complete]Where stories live. Discover now