Berbeza dengan kelab yang memainkan lagu rancak untuk menghairahkan anak muda, bar adalah tempat yang sunyi menghasilkan suasana romantik. Juga tempat yang sesuai untuk tenangkan perasaan.
Dia yang sentiasa nampak kemas dan berkarisma, kini hanyalah seorang lelaki kusut masai macam hilang arah. Rambut emasnya dibiarkan serabai, dan di hadapannya dipenuhi beberapa botol kosong.
Lia sebagai adik tak pernah lihat abangnya yang begitu teratur boleh jadi begini.
"Apa yang abang buat ni? Papa risau tahu tak? "
Tegur gadis bermata emerald. Dia mengambil tempat di sisi Light, kemudian memesan jus segelas dari penjaga bar.
Light langsung tak menoleh, matanya masih merenung ke satu arah. Pipinya yang putih gebu naik kemerah-merahan akibat terlebih minum.
"... Sekali sekala. Biarlah aku buat apa yang aku nak." suaranya serak, seperti orang baru habis menangis. Kalaulah Maria dan Leena lihat keadaan anak lelaki mereka sekarang ni.... Mesti mereka terluka.
Light adalah kebangsaan keluarga, sebagai anak pertama dia punya tanggungjawab besar sama ada di rumah atau syarikat.
Light seorang yang matang sejak ramaja, selalu optimistik dan tersenyum ceria.
Tapi sekrang, dia tak ada beza dengan orang mabuk di tepi jalan.
" Kau putus cinta? Sky tolak kau?" teka si adik.
Light "......."
Tak menjawab, juga adalah jawapan. Saat itu, jus yang dipesan Lia sampai. Tanpa banyak bicara, dia hulurkan gelas kepada si abang yang tengah bersedih.
Bukan Lia tak tahu nak bersimpati, tapi salah abangnya juga keadaan jadi macam ni. Tak semua orang menang dalam cinta.
"Tu apa yang berlaku kalau abang tak bertindak. Orang yang abang suka dirampas orang lain." mungkin agak kasar, macam letakkan garam pada luka. Lagi tambahkan kesedihan Light.
Tapi Lia tetap nak cakap. Dah banyak kali dia suruh abangnya luahkan perasaan pada Sky, bukan hanya menunggu macam orang bodoh.
"..aku tahu. Tapi aku tak sama macam kau Lia." dia sembamkan muka atas meja.
Kalau dilayan si adik, makin banyak kata kesat akan Light dengar. Dia cuma nak bersendirian sekejap? Salah ke?
Nasib baik Lia adik yang memahami. Dia terus diamkan diri dan biarkan Light. Selepas setengah jam, barulah dia bersuara kembali.
"Jom balik. Mama dan papa tunggu kat rumah. Diorang risaukan abang."
".. Mn."
Sky merenung matahari yang tersembunyi di balik awan mendung. Ramalan cuaca menyatakan hari ini akan cerah, namun kenyataannya hujan lebat bakal turun tak lama lagi.
Siapa yang tahu masa depan? Manusia hanya boleh meramal sahaja.
Dah beberapa hari Rain tak hadirkan diri ke ST Berlin. Sejak karnival tempoh hari. Kini Sky pula rasa ditinggalkan seorang, kebosanan.
Menyesal tak minta nombor telephone Rain.
Menyesal.
Sangat menyesal.
Cakap pasal menyesal, nama penuh Rain pun Sky tak tahu. Siapa lelaki itu, hobinya.. Fikirannya. Semua Sky tak tahu.
Ini kali pertama dia teringin untuk mengenali seseorang. Perasaan baru pada Sky yang agak lembab dalam bidang ni.
Angin bertiup lembut, sementara Sky masih leka merenung matahari yang tersembunyi.
Bila difikir balik, Papa pun tak balik dua tiga hari ni. Papa hanya tinggalkan mesej pada Sky menyuruhnya jaga diri dan beberapa lagi bebelan yang malas Sky nak terangkan.
Katanya, Papa ada urusan penting, dan akan cuba pulang hari esok. Mungkin Sky patut fikirkan masa depannya sekarang.
Kalau dia bekerja di syarikat selepas tamat belajar dua tahun lagi, mungkin dia boleh ringankan beban Papa. Dan.. Setiap hari dia boleh bersama dengan papa dan juga Light.
Light.
....
Cakap pasal Light, Sky baru sedar Light juga tak pernah datang melawat ke rumah sejak karnival hari tu. Sky dah terlalu biasa dengan lawatan Light tiap-tiap hari, tapi kenapa dia boleh tak sedar Light hilangkan diri?
Light tak beri apa-apa mesej pun.
Ehh?? Kenapa semuanya berlaku serentak? Sky mula keliru.
Mana semua pergi? Macam dah rancang.
.....
Dia mula rasa boring. Akhirnya Sky capai kertas kosong dan mula bercerita.
Tentang mimpinya ketika zaman kanak-kanak satu ketika dahulu.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light