Rumah keluarga Lione lebih meriah dari biasa. Almaklum, sudah lama meja makan tidak sampai kepada bilangan tiga orang.
Biasanya hanya Sky seorang, atau Ash seorang di meja makan. Kadang kala sahaja kedua mereka ada pada waktu yang sama, buatkan rumah besar tersebut bertambah tambah sunyinya.
Dan jika mereka berdua sahaja, masing-masing membisu tidak tahu topik untuk dibualkan.
Tapi sekarang suasana kekok tersebut telah lesap.
Ditambah lagi dengan kewujudan Light yang menceriakan suasana. Situasi itu buatkan Ash terimbau kenangan lama, ketika Amber masih bersama mereka.
Amber yang sentiasa ada sahaja telatahnya. Pelbagai ragamannya. Dia dalam dunianya sendiri, langsung tak ambil tahu perbualan Light dan Sky.
"Kenapa Light datang hari ni?" soal Sky sekadar membuka topik.
"Sky tak suka Light datang? Sedihnya... " suaranya sayu dan dia buat muka sedih. Drama king je lebih.
"Bukan. Bukan macam tu.... Hurmm.. Takpe lah." si gadis sedikit menyesal mengeluarkan soalan tersebut.
Bila difikir balik, soalan tu kedengaran seperti mahu menghalau. Agak biadap.
"Lia dan Night ada kat rumah sekarang. Lia pesan jangan balik, jadi Light tak boleh balik."
Sky mengangguk faham. Lia hanya muda setahun dari Sky, tapi mereka berdua kurang rapat. Ini kerana Sky bersekolah di ST Berlin manakala Lia pula di Akedemi Henry.
Lia bercita-cita untuk jadi seorang peguam, dan tak mahu masuk campur urusan Syarikat. Jadi hanya Light seorang yang bekerja dan bakal ambil alih syarikat Merlin.
Sky?
Sky tak tahu lagi dia nak jadi apa. Dia tak ada cita-cita.
"... Lupa nak bagi tahu. Hujung bulan ni ST Berlin akan buat karnival. Rain ada cakap, keluarga pun boleh datang melawat."
Dia hanya sekadar nak inform. Tak mengharap kedua Light dan Ash untuk datang. Selama ni dia tak pernah pun perduli pada karnivel tersebut, malah tak pernah tahu ia wujud.
Bagi Sky itu cuma sekadar tambah topik untuk berbual, tapi bagi pendengarnya pula, ia bagai bom yang meletup tak boleh diendahkan.
Sky sendiri yang buka mulut untuk menjemput mereka!
"Light, kamu ambik alih hari tu. Pakcik nak ambik cuti!"
"Tak. Saya pun nak ambil cuti. Hari tu pakcik kan dah cuti seminggu?"
"Itu tak kira. Ini arahan, kamu ganti pakcik."
"Dah la saya bukan orang pertama yang lihat Sky lepas potong rambut!"
"Kenapa pulak kamu kena jadi orang pertama?"
"Saya tetap bangkang. Pakcik gila kuasa."
".. Okay. Kalau kamu nak cuti jugak, cuba buat Maria gantikan tempat kita berdua. Kalau kamu berjaya pujuk Maria, pakcik setuju."
"No problem."
Perbualan berlaku dengan pantas dan secara berbisik. Sky malas nak ambil tahu, dia kemudian keluarkan dua tiket dari poketnya lalu dihulurkan satu pada Ash dan satu lagi pada Light.
Kedua mereka terkebil-kebil meneliti tiket di tangan. Tiket persembahan theater.
Perempuan Salju.
Ash ".. Sky masuk theater ke?" ada sedikit keraguan pada soalan tersebut.
Anak gadisnya jarang besuara, macam mana nak buat persembahan atas pentas?
Reaksi Light juga tak berapa baik, kerana dia tidak menerima laporan tentang ini. Dia terasa seperti ketinggalan sesuatu.
"Rain diminta untuk karang skrip theater, dan Sky dipilih untuk lakonkan watak perempuan salju."
Mata Ash pandang tak percaya pada anak gadisnya. Seperti baru keluar dari kepompong dan berubah jadi makin berseri.
Hati seorang ayah sukar dibaca. Dia tidak pasti ia adalah perasaan gembira atau sedih kerana merasakan anak gadisnya telah membesar.
Sementara Light sibuk menaip mesej pendek pada pembantunya, Lania untuk dapatkan salinan skrip theater yang bakal dilakonkan Sky.
Dia cuma nak periksa dan pastikan, tiada babak yang tak sepatutnya. Contohnya babak kiss.
Sementara rumah Keluarga Lione berseronok dengan dinner mereka, di China.
Seorang lelaki tua sedang duduk meditasi di tepi kolam. Bunyi air terjun buatan menambahkan lagi ketenangan suasana.
Bunyi tapak kaki yang memasuki kawasan taman buatkan Ketua Keluarga Feng membuka matanya.
"Tuan Ketua, semua persiapan telah lengkap, hanya tunggu Tuan Ketua untuk beri arahan." Laura memberi tunduk hormat kepada lelaki tua tersebut.
Feng Long mencapai tongkat di tepi, lalu bangun membelakangi Laura. Matanya masih merenung rumah yang satu ketika dahulu selalu mengurung anak gadisnya apabila dia membuat salah.
Kini anak gadisnya tiada lagi.
"Kita akan bertolak esok. Dah lama aku tak melawat orang di sana. Lagipun aku nak tahu budak Ash tu jaga cucu aku dengan baik ke tidak."
"Tuan ketua jangan risau. Kalau dia mengecewakan, Laura sendiri yang akan ajar dia." gadis kenit itu tersenyum sinis.
Sky dah macam anak buah dia sendiri. Mestilah Laura akan marah kalau gadis itu tak dilayan dengan baik.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light