Mengikut lokasi yang diberi Lia, selepas hampir satu jam pasangan Maria dan Leena sampai di hadapan sebuah kedai manisan.
Lia si anak yang tak bertanggungjawab meminta tolong Maria dan Leena untuk bersemuka dengan bakal besan mereka.
Sedangkan, Lia dan Night keluar berjalan entah ke mana.
Maria tarik nafas dalam dalam, sebelum menapak masuk ke dalam kedai, dan matanya segera terpaku kepada penjaga cashier.
Maria "......"
Ren "......"
Masing-masing terdiam.. Leena yang disisi Maria juga terdiam.
"... Ren?" soal Maria ragu-ragu, mana tahu di hadapannya hanyalah pelanduk dua serupa.
"... Apa yang Cik Muda Maria buat kat sini?" balas Ren, buatkan Maria tepuk dahi.
"Kisah lama jangan dikenang! Apa pun, boleh tak kau bawa aku jumpa ibu dan ayah kepada Night?" akhirnya Maria kembali ke topik asal.
Soalan Maria buat Ren berkelip.
"Anak aku ada buat masalah ke?"
Krik krik
Entah cengkerik mana yang sesat berbunyi di pagi hari. Yang pastinya, badan Maria dah kaku macam batu.
Keadaan kekal begitu sehingga Miela keluar dari pintu dapur dan melihat ke arah Leena.
"Putera!!" teriak Miela teruja, dan dia beelari memeluk Leena sekuat hati.
"Miela? Tak sangka dunia ni terlalu kecil." balas Leena bersama senyuman manisnya.
Bila dah pastikan Leena di hadapan mata bukan ilusi, bertambah gembira jadinya si Miela.
"... Isteri kau?" soal Maria ragu-ragu lagi.
Dan Ren hanya mengangguk.
...
......
.........
............Bila kesemua mereka akhirnya berjaya tenangkan perasaan masing-masing, Maria dan Lina kemudian dijemput masuk ke dalam rumah.
Kedai manisan ditutup untuk sehari, kerana tetamu penting yang datang melawat secara mengejut.
Mila berundur ke dapur untuk membancuh minuman bagi tetamu, meniggalkan ketiga yang lain meneruskan perbincangan.
Ren orang pertama yang bersuara dahulu, memecahkan kesunyian antara mereka.
"Kenapa dengan Night?" soalnya sedikit risau. Maklumlah, tetamu mereka ni bukan calang-calang orang.
Maria bertentang mata dengan Leena seperti mengumpul keberanian, sebelum mula menerangkan tujuan kedatangan mereka.
"Sebenarnya kami datang untuk bincang pasal majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi."
Ren berkerut. Majlis perkahwinan?
"Siapa yang nak kawin?" apa kena mengena perkahwinan, Night, dan Maria yang tiba-tiba datang melawat?
Otaknya tak dapat menyambung ketiga titik penting tersebut.
Maria ketap bibir sebelum sepatah demi menjawab.
"Perkahwinan antara Lia dan Night."
Loading..
Ren masih Loading. Otaknya tiba-tiba jadi bebal, terlebih overload mungkin.
"Huh? Lia? Siapa? Kenapa Night tak pernah bagi tahu aku apa-apa?"
Maria faham perasaan Ren saat itu, sebab dia pun melalui benda yang sama. Entah mengapa, dia rasa serba salah pula. Sebabnya dia tahu dalang yang membuat keadaan jadi kucar-kacir, adalah anak perempuannya yang seorang itu.
Leena yang memahami kesulitan Maria, terus wakilkan diri menggantikan tempat si suami untuk menerangkan keadaan.
Leena "Miralia, anak gadis kami. Umurnya baru masuk 18 tahun."
Ren akhirnya berjaya kawal perasaan, dan mula menanya soalan penting. Dia terpaksa terima realiti tersebut.
"Bila majlisnya?"
"Minggu depan." Jawab Leena selamber.
Ren pandang ke arah Maria untuk memastikan ia hanyalah gurauan.
Maria alihkan pandangan ke arah siling sebab ia bukan gurauan.
Ketiga-tiga mereka membisu. Walaupun perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan, tapi ketiga mereka tak boleh nak rasa sebegitu. Sebabnya mereka rasa dipermainkan .
Miela menatang dulang yang dipenuhi dengan cawan berisi air teh masuk.
"Apa yang korang bincangkan?" soal Miela ceria.
Ren "..."
Maria "..."
Leena "... Pasal perkahwinan antara Night dan Lia."
Peebualan topik yang sama berulang kali kedua antara Miela dan Leena. Si ayah hanya melayan perasaan masing-masing di tepi.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light